11 Jun 2018

Kisah Baju Raya 2018



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali ini aku nak kongsi cerita tentang baju raya tahun 2018. Alhamdulillah , aku baru sahaja selesai membeli baju raya untuk tahun ini. Baju raya aku kali ini adalah dua baju iaitu baju melayu bewarna hijau dan juga bewarna coklat.Untuk makluman semua, ianya hanyalah baju sahaja, tiada seluar. Jadi, pada raya nanti aku akan pakai bersama seluar slack ataupun seluar jeans.

Kisahnya begini, sebenarnya aku bercadang nak pakai baju melayu sepasang iaitu baju bersama seluar, kiranya satu set. Tetapi aku baru tahu bahawa tahun ini ada tema pula. Kali terakhir keluarga aku membuat tema warna raya adalah ketika aku kecil, iaitu tahun yang aku sudah lupa. Apa yang pasti ianya bukanlah 10 tahun yang kebelakangan ini.


Tema warnanya adalah coklat. Tak kisah warna coklat apa pun. Jadi , kami sekeluarga ke Sungai Petani, Kedah untuk mencari baju melayu disitu. Apa yang membuatkan aku geram adalah susah nak cari baju bewarna coklat sepasang. Satu lagi, aku tak suka warna coklat! Lagi lah aku geram. Siapalah yang cadangkan warna ini?

Setelah mencari di beberapa kedai, akhirnya aku dan ayah aku jumpa warna coklat di kedai Nagoya yang terletak berdekatan dengan KFC dan Jam Besar. Ayah aku memilih baju melayu teluk belanga manakala aku pula memilih baju melayu cekak musang. Untuk memuaskan hati aku , disebabkan baju itu tiada seluar, jadi aku tekad untuk memilih satu lagi baju warna lain daripada tema.

Ada dua pilihan dalam hati , iaitu sama ada biru atau hijau. Tetapi setelah difikir selama 4 saat , aku pilih warna hijau untuk dipadankan dengan seluar jeans bewarna putih. Tema kedua aku adalah sebuah parti politik.


Raya tahun lepas, aku memakai kurta yang berwarna marron dan juga merah. Tahun hadapan aku bercadang untuk membeli baju raya awal iaitu sebelum Ramadhan bermula. Puas hati.

Sekian.


18 ulasan:

  1. hahaha susah lau ada tema bagai. Kami sekeluarga mmg tak bertema setiap kali raya. haha sebab masing2 ada minat sendiri. haha~ betul tue kalau nak beli baju raya better beli awal2 :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasal.. tiba2 tahun ni ada tema pulak.. terpaksa ikut jelah :)

      Padam
  2. Buat pertama kali tahun ni tema warna baju raya ditentukan oleh anak2. Mereka semua dah ada.. ibunya punya baju takde lagi (protes dalam diam sebab tak suka warna tu).. hahaha..

    BalasPadam
  3. Warna coklat tu kegemaran saya tu..awak mesti nampak tampan dalam warna coklat, percayalah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah , nnti kita tgok masa hari raya pertama..

      Padam
  4. Mmg pening once ikut tema..Tapi dlm gmbr nmpk cantik nnt..Selamat hari raya... =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pening + germ sbb warna yang dipilih utk jadi tema bukan warna kegemaran..

      Padam
  5. Tak apa...satu tema pilihan keluarga..1 lagi warna citarasa sendiri...keluarga gembira..diri sendiri pun bahagia..alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu dpt dua.. kalau dapat warna yg ikut tema keluarga sahaja.. mmg beraya dalam suasana geram..

      Padam
  6. Hahahaa.. boleh lah warna tu, warna alam, kayu dan daun. Nnt tmpk gbr raya byk2 sini k Ril 😊😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah in shaa Allah nnti saya tunjuk masa raya nnti :)

      Padam
  7. Kalau bertema-tema, sedondon la apa la memang kureng sikit, tak minat langsung sedondon sedondon ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan!! sbb susah nak sama dgn warna yang ditemakan itu.

      Padam
  8. beli sebelum Ramadhan senang sikit, tak payah bersesak dengan orang lain dah

    BalasPadam
  9. Lawalah warna coklat tu.. cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah cantik bila hari raya nnti saya pakai :)

      Padam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.