Konsert Pertama Kumpulan Projector Band



Assalamualaikum dan salam sejahtera



PROJECTOR BAND yang lebih dikenali dengan genre “band rock” ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan dianggotai oleh 5 orang anak muda yang terdiri daripada Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad  Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai pemain drum.

Pada awal kemunculan mereka, PROJECTOR BAND telah menghasilkan sebuah single yang bertajuk SUDAH KU TAHU yang diilhamkan oleh Razif, pemain gitar utama dalam band ini. Lagu pertama mereka telah menjadi viral di media sosial dan menjadi fenomena yang besar dalam industri muzik tempatan. Lagu ini juga telah berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan memenangi tempat ke-3 pada malam tersebut. Mereka juga berjaya dalam merangkul anugerah tontonan muzik video paling tertinggi di Youtube.

Mereka juga pernah tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM22), Lagu Terbaik dan Lagu Paling Emo di Anugerah Digital ERA 2016 (DMA), Artis Berkumpulan Terbaik di Anugerah Bintang Popular 2017 (ABPBH 3.0), Artis Baru Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Berkumpulan Terbaik di Anugerah Meletop ERA 2017 (AME), Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik  2017 (APM).

Mereka terus bertahan dalam industri muzik tempatan dengan empat lagi single yang bertajuk PASTI ADA KAMU, AISYAH, MESKIPUN KAU TAHU, dan PERCAYA HATI, lagu duet pertama bersama Eka Sharif, bekas peserta Akademi Fantasia 9.

Setelah hampir 3 tahun mencipta nama di dalam industri muzik tanah air, PROJECTOR BAND telah mendapat peluang untuk mengadakan konsert pertama mereka anjuran JW Live Productions Sdn Bhd bertempat di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur. Konsert ini akan diadakan pada 28 Julai 2018 bersamaan dengan hari Sabtu pada pukul 6.00 malam (satu jam). Di konsert ini juga, mereka akan mempersembahkan single terbaru mereka yang bakal dikeluarkan pada tahun ini yang bertajuk SETIA MENANTIMU.

Pelancaran tiket konsert akan diadakan pada 30 Jun 2018 di Quill City Mall, Kuala Lumpur, Ticketing Hub (Ground Floor) pada pukul 4 petang. PROJECTOR BAND akan membuat penampilan khas pada hari tersebut dan membuat persembahan. Sesiapa yang hadir berpeluang untuk bergambar dan beramah mesra bersama mereka.

Tiket boleh didapati di Ticket Charge Quill City Mall, Kuala Lumpur atau di www.ticketcharge.com.my dengan harga RM 50 (normal) dan RM 100 (VIP).  Antara yang terawal membeli tiket akan mendapat Album Projector Band secara percuma (stok adalah terhad). Kami berharap konsert ini akan mendapat sambutan yang hangat dan meriah dari peminat-peminat muzik tanah air. 

Follow Projector  Band : 
Instagram : projectorbandofficial
Facebook  : Projector Band Official 
Youtube    : Projector Band Official

Artist Booking:
Emryll  :+6017-240 0183 / +6018-387 8075  
Email   : infomediaasiaproduction@gmail.com
Media Asia Production Sdn Bhd (MAPMUSIC)
No.20-3, Jalan Metro Pudu 2,
Fraser Business Park,
55100 Kuala Lumpur,Malaysia.
Website     : www.mapmusic.my 

Sekian

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Above all else, it is anything but a smart thought to place your task in a wooden or steel box. Some plan highlights shield the gadget from the components notwithstanding forestall harm, robbery or natural risks, so you can see the picture plainly. You can decide to fix the gadget to an impermanent base, however you may have the adaptability to eliminate the task at whatever point you need to. projector-enclosures.co.uk

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post