Penampilan Terbaru Pelakon Johnny Depp Tampil Kurus & Pucat



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Heboh di media sosial apabila tular gambar terbaharu Johnny Depp yang kelihatan semakin kurus dan pucat.Foto yang tular itu telah mencetuskan kebimbangan di kalangan netizen sehingga ada yang beranggapan aktor tersebut kini sedang sakit.

Menurut laporan Daily Mail, Johnny Depp telah bergambar dengan peminat di Rusia pada minggu lalu sebelum beraksi dalam satu konsert bersama kumpulan muziknya The Vampires Hollywood. Gambar-gambar itu dirakamkan di hotel Four Seasons di St. Petersburg, Moscow iaitu lokasi persembahan kumpulan muzik tersebut.

Keterujaan wanita-wanita itu berkongsi gambar terhenti apabila ramai netizen yang memberikan komen lebih kepada kebimbangan terhadap keadaan kesihatan Depp. Rata-rata netizen meluahkan rasa risau dengan keadaan terbaharu Depp dan berharap agar dia mendapat rawatan terbaik untuk mengubati masalah penyakit yang dihadapi.

Namun ada juga yang mengatakan ia mungkin penampilan terbaru Depp bagi menjayakan filemnya yang akan datang.

Sumber: Daily Mail | AstroGempak

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Dulu cukup minat dengan aktor Johnny Depp ni..

    ReplyDelete
  2. Akak suka dengan lakonan Johnny Depp, sebab ada sense of humor dalam dirinya walaupun serius..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya pun... macam2 watak yg dia dah pernah lakonkan..

      Delete
  3. Lain betul rupa Johny Depp. Semoga beliau sihat...

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post