Review Filem : X-Men : Days of Future Past



Assalamualaikum dan salam sejahtera


X-Men: Days of Future Past ialah filem superhero Amerika Syarikat 2014 berdasarkan karakter fiksyen X-Men yang muncul dalam Marvel Comics. Diarahkan oleh Bryan Singer, ia merupakan filem ketujuh dalam siri filem X-Men dan merupakan sekuel kepada kedua-dua X-Men: The Last Stand dan X-Men: First Class. Filem ini dibintangi Hugh Jackman, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Halle Berry, Anna Paquin, Ellen Page, Peter Dinklage, Ian McKellen dan Patrick Stewart.

X-Men: Days of Future Past menjadi filem yang mendapat ulasan paling baik dalam siri filem X-Men. Ia dipuji untuk jalan ceritanya, kesan visual dan babak aksi, lakonan dan elemen tematik. Ia juga merupakan filem dengan pendapatan tertinggi dalam siri filem ini, mengutip lebih $747 juta di seluruh dunia, menjadikannya filem ke-6 dengan pendapatan tertinggi pada tahun 2014. Filem ini menerima satu pencalonan Anugerah Akademi untuk Kesan Visual Terbaik, menjadikannya filem X-Men pertama mendapat pencalonan untuk mana-mana kategori Anugerah Akademi.



Plot :

Pada tahun 2023, robot yang dikenali sebagai Sentinels, pada asalnya dicipta untuk membunuh mutan, kini memburu kesemua manusia untuk kemusnahan dunia serta seluruh umat manusia yang berada di ambang kepupusan. Baki mangsa yang terselamat, juga tidak dapat menahan serangan tersebut kerana terlalu ramai. Dalam usaha demi menyelamatkan masa hadapan, Wolverine telah dihantar ke masa lampau tahun 1973, bagi menghalang pembunuhan pencipta senjata perang Sentinel iaitu Dr. Bolivar Trask, yang dilakukan oleh Mystique, mutan yang berkebolehan mengubah menjadi sesiapa saja, untuk mengubah sejarah daripada tercetusnya peperangan yang membawa kepada kehancuran mutan dan manusia sejagat.


Ulasan : Bagi aku sendiri , filem ini merupakan filem terbaik antara semua filem X-Men yang pernah wujud. Sebab apa? Pertamanya adalah sebab jalan cerita yang menarik. Semua sedia maklum bahawa ada dua generai yang berlakon. Generasi pertama adalah ketika trilogy pertama iaitu pelakon yang sudah berusia. Manakal generasi kedua adalah trilogy terbaru yang bermula dengan X-Men First Class.

Jadi , filem ini memperlihatkan gabungan kedua-duanya sekali. Selain itu, filem ini merupakan kemuncula pertama watak Quicksilver di dalam filem. Babak apabila Quicksilver beraksi merupakan salah satu babak yang aku suka.


Pelakon-pelakon yang hebat juga memainkan peranan. Aku juga suka pada watak Mystique yang dilakonkan oleh Jennifer Lawrence. Kalau di trilogy sebelum ini , watak Mystique lebih misteri dan kurang bercakap tetapi lakonan Jennifer Lawrence lebih menarik dan lebih memaparkan sisi yang lain bagi watak Mystique.


Markah yang aku beri : 8.654 / 10

Sekian.

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wah best eh cite ni...boleh lah bwk anak tengok ni nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tapi citer ni dah lama , tahun 2014 kalau tak silap.. kalau nk tgok kena download.

      Delete
  2. Akak pun suka pada watak Quicksilver disebabkan kepantasannya, Wolverine pulak nampak macam tenang sikit jika dibandingkan pada X-Men 1 dulu yang berperwatakan ganas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg siri X men pertama wolverine nampak berbeza dripd yg terkini..

      Delete
  3. Tak minat sangat X-men tapi kalau tertengok boleh je layan sampai habis :D

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post