30 Jun 2018

Review Maggi Pedas Giler Perisa Tom Yummz



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sebelum ini , aku ada tulis satu review berkenaan Maggi Pedas Giler iaitu perisa Ayam Bakar. Kali ini , setelah berjaya mencari perisa Tom Yummz makanya kita kan review Maggi Pedas Giler berperisa Tom Yumzz. Untuk pengetahuan semua, ejaannya memang sebegitu rupa.


Ejaan


Seperti membuat mee segera yang lain , haruslah di rendam dengan air panas terlebih dahulu. Kemudian perlu ditoskan airnya keluar kerana ini adalah mee segerea jenis mee goreng. Ada ke mee goreng yang ada air?


Rupa bila dah siap di gaul dan diuli tidaklah sama seperti dalam gambar yang berada pada luaran bekas itu. Kan lebih terbaikk jika ada udang dan pelbagai lagi bahan yang ada seperti dalam gambar.


Tibalah masa untuk merasa maggi ini. Percubaan pertama dilakukan oleh ayah aku. Haha, suapan pertama telah terbukti bahawa maggi ini memang pedas giler! Kemudian, diteruskan suapan oleh kakak aku dan adik aku. Sememangnya maggi ini sangat pedas. 

Aa yang berbeza dengan Maggi Pedas Giler Perisa Ayam Bakar? Perbezaannya adalah dari segi rasa, untuk maggi Tom Yummz, ia mempunyai rasa pes tom yams yang lebih kuat. Baru buka bahan perasa sahaja dah boleh bau tom yam itu. Untuk tahap kepedasan pula , bagi aku rasa Maggi Ayam Bakar lebih pedas. Tetapi kedua-duanya memang Pedas Giler!

Kepada anda yang nak cuba, bolehlah cari Maggi Pedas Giler di mana-mana pasaraya terdekat.

Sekian

14 ulasan:

  1. takberani nak try hahaha yang ayam bakar pun makan takhabis

    BalasPadam
  2. lagi suka tomyum ni dari ayam bakar tapi dah rasa tak yang mamee kimchi punya? sedap gila yang goreng tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh terbalik pulak.. saya sukar yg ayam bakar.. tk pernah try lgi mameee kimci tu.. lepas ni nk cari la :)

      Padam
  3. haha..pedas tahap nak nangis..:)

    BalasPadam
  4. Ehhh nampak gaya kena tgu mood nak mkn pdas memuncak, baru try ni. Sebab krg tahan pedas 😊

    BalasPadam
  5. nak try jugaklah nnti..tercabar plak..heheh

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.