25 Jun 2018

"Saya Pernah Jadi Atheis." Pelakon Adam Corrie



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia pernah berpegang pada prinsip kehidupan tanpa Tuhan atau atheis. Menerusi perkongsian daripada Twitternya, pelakon filem KL Gangster 2 itu bagaimanapun diberikan hidayah ketika hidupnya terasa kosong.

"Saya dilahirkan dari keluarga agama Budha. 

"Kemudian saya pernah jadi atheis. Tidak percaya pada tuhan. 

"Kemudian sy rasa kosong dlm hidup ini. Tiada pegangan dlm hidup. 

"Tapi itulah nama hidayah, apabila kita mencari kebenaran, Allah campakkan hidayah dlm diri ini. Alhamdulillah," tulis Adam.





Adam menambah dia bersyukur diberikn peluang untuk mengenali agama Islam dan kembali kepada fitrah sebenar sebagai hamba Allah.

"Tiada apa yang perlu dibanggakan kalau tak percaya pada tuhan. Itu pilihan anda tak percaya syurga, neraka dan Tuhan. 

"Kalau anda bangga jadi atheis dan  saya pula berasa syukur Alhamdulillah. 

"Allah masih bagi peluang saya mengenali dan pulang padaNya. Tenang," katanya.

Adam secara rasmi telah memeluk Islam sekitar bulan Julai 2007 dan telah mendirikan rumah tangga setahun kemudian. Perkongsian Adam itu menyentuh hati netizen dan tertarik dengan perjalanan hidupnya.


5 ulasan:

  1. Moga beliau akan menjadi contoh teladan terbaik buat orang lain. In Sha Allah.

    BalasPadam
  2. kalau Allah dah ketuk pintu hati beri hidayah-Nya.. rezeki dia dan semoga berkekalan =)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. semoga terus mendapat hidayah..

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.