21 Jun 2018

Seram : Dirasuk Seorang Demi Seorang



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Assalammualaikum.. Pengalaman yang ingin saya ceritakan ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu. Pada waktu itu saya baru berumur 11 tahun. Kami sekeluarga tinggal di Johor di sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah itu telah dibeli oleh ayah. Pada mulanya, rumah yang kami diami itu sememangnya agak keras, mungkin kerana rumah itu sudah lama dibiarkan kosong. Macam-macam perkara yang sering terjadi dalam rumah yang kami diami itu. 


Walaupun saya baru berumur 11 tahun, tetapi setiap kejadian aneh yang berlaku, saya pasti akan mengingatinya. Kejadian aneh yang saya katakan antaranya dialami oleh adik saya yang berumur lima tahun. Pada waktu itu, dia ingin ke tingkat atas di biliknya selepas dia mandi. Tiba-tiba, dia menjerit dan turun ke bawah sehingga dia terjatuh dari tangga rumah kami. Ketika itu ibu dan bapa saya sedang bekerja, nenek yang melihat adik dalam ketakutan segera bertanya, "Kenapa adik menjerit tadi? Turun tangga pun sampai terjatuh?" lalu adik menjawab, "Nek, adik nampak hantu, badan dia besar, banyak bulu, mata dia merah. Adik takut Nek." 


Mungkin hantu yang dikatakan adik itu adalah lembaga yang berbulu dan bermata merah. Seorang budak kecil memang dapat melihat benda halus, saya yakin adik tidak berbohong. Dari hari itu, bukan kejadian itu sahaja yang berlaku. Malah kali ini lebih menyeramkan. Pada waktu jam 6.30 petang, saya merasakan badan saya agak lemah dan sakit kepala. Saya terus baring di sofa ruang tamu. Sambil memejamkan mata dan tidur-tidur ayam saya dapat mendengar ibu, pakcik dan makcik saya baru pulang dari tempat kerja pada jam 7 malam. 

Pada waktu saya berbaring di sofa, pakcik saya mengadu lehernya sakit dan meminta nenek saya urutkan lehernya. Sedang nenek saya urut leher pakcik, tiba-tiba pakcik saya itu ketawa. Katanya geli seperti lehernya digeletek oleh nenek. Nenek yang tahu serba sedikit untuk menghalau makhluk-makhluk halus ini segera membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an. Pada masa yang sama, ibu saya pula tiba-tiba menunjukkan jari ke arah nenek sambil ketawa mengilai-ngilai. Makcik saya yang berada di situ seperti dirasuk dan seakan-akan ada orang yang mencekik lehernya. 

Sambil menarik sesuatu di lehernya dan seakan-akan sesak nafas dan makcik saya menarik tali yang ada di lehernya, tetapi tiada tali yang terikat di lehernya. Kami dirasuk seorang demi seorang dan waktu itu saya sedang mencekik diri saya sendiri sambil menangis sekuat hati. Tetapi pada masa itu saya tidak sedarkan diri. Adik dan kakak saya yang lain yang menceritakan keadaan saya pada waktu saya dirasuk oleh makhluk halus. 

Pada waktu kami dirasuk seakan-akan ada benda yang memasuki tubuh kami. Rupanya keadaan badan saya lemah pada waktu petang itu kerana ada benda sudah mula masuk dalam badan saya. Nasib baiklah nenek saya tahu cara untuk menghalau benda yang tidak nampak oleh mata kasar manusia. Sejak dari itu, kami sekeluarga berpindah ke rumah lain dan menyewakan rumah itu. Ini adalah pengalaman yang benar-benar berlaku dalam hidup saya.

Sekian

10 ulasan:

  1. Pergh!! Seram betul pengalamannya..

    BalasPadam
  2. Hurm... macam susah nak percaya cerita macam ni tapi tulah kalau sendiri dah alami tak boleh nak kata apalah.

    Mungkin makluk halus tu marah sebab dah kacau rumah dia. Kena minta mereka yang pandai tolong pindahkan makhluk-makhluk tu ke tempat lain.

    BalasPadam
  3. erkk ngerinya.. keluarga mama pun pernah kena juga beramai2 tapi mama x kena

    BalasPadam
  4. Pernah tjadi kat adik cmni, msk je rmh trus mgamuk, lama juak dlm 2 jam, pastu aku sapu muka dgn air dibaca alfatihah terus urut ke rambut 3 kali. Trus adik sedar & cakap , hah dh kluar dia... eh nnt aku tulis kat blog 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. nnti cerita ya dekat blog.. nk baca :)

      Padam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.