2 Jun 2018

Tanda-Tanda Lailatul Qadar



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ketenangan yang dirasai pada malam al-Qadar ini bersempena turunnya malaikat beserta pelbagai rahmat dan berkat untuk hamba-Nya yang benar-benar menghayati kedatangannya. Firman Allah SWT.: “Turunlah malaikat dan rohnya dengan izin Allah. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar.”   (Surah al-Qadr, ayat 5 – 6).

Rasulullah SAW bersabda:  “Pada saat berlakunya Lailatul Qadaritu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.”     (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).

Sebahagian ulama berpendapat, orang yang mendapat al-Qadar itu akan melihat beberapa tanda antaranya ialah:

a.  Tanda malam Qadar ialah :
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Alam terang benderang walaupun berada di tempat gelap.
  • Segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
  • Tiada kedengaran suara salakan anjing.
  • Mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka.
  • Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


b.  Tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah:
  • Pada paginya terbit matahari dengan bentuk putih bersih bagai bulan penuh.
  • Sinar mentarinya tidak terasa terlalu panas walaupun cahaya cerah memancar.
  • Alam dan udara terasa begitu segar dan bersih.
  • Terasa seperti diperkenankan segala doanya.

Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah Ta’ala biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Tujuan disembunyikan malam Lailatul Qadar itu mempunyai hikmahnya tersendiri supaya kita berusaha mencarinya, meningkatkan ibadat pada semua malam dan untuk menguji keimanan Islam terhadap janji Allah SWT.

Lailatul Qadar adalah satu malam untuk Allah berikan kelebihan berlipat ganda kepada orang yang meyakini janji Allah. Mereka bersungguh merebut peluang di penghujung Ramadan yang tidak diperoleh pada bulan lain.

Nabi SAW bersabda: “Apabila malam akhir Ramadhan maka menangislah langit dan bumi serta malaikat kerana musibah yang menimpa umatku.” Sahabat bertanya: Apakah musibah itu? Rasulullah menjawab: “(Musibah) kerana perginya Ramadhan kerana dalam bulan ini doa dimakbulkan semua sedekah di terima dan semua kebaikan dilipat gandakan pahalanya serta seksaan ditolak.” (Hadis diriwayatkan oleh Jabir)

Sumber : Shafiqolbu

3 ulasan:

  1. InsyaAllah.. moga kita sama-sama dapat rasa manisnya Ramadhan..

    BalasPadam
  2. Moga ada rezeki untuk kita semua menikmati Lailatul Qadar.

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.