23 Jun 2018

Tempat-Tempat Istimewa di Tanah Suci Mekah



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Anda sudah pernah ke Tanah Suci Mekah? Kalau belum jom kita lihat tempat-tempat istimewa yang terdapat di kota suci ini.


Rumah Saidina Abu Bakar r.a. Terletak di tingkat 4 Hotel Hilton @ Makkah Hotel Tower dan ditanda dengan sebuah masjid atau tempat solat.


Rumah Abu Lahab. Terletak di sebelah luar tempat Saie. Abu Lahab merupakan kerabat Nabi S.A.W, namun dia diantara pemuka Quraish yang keras menentang dakwah Nabi S.A.W


Rumah Saidatina Khadijah
Terletak di sebelah luar tempat Saie, berhampiran kompleks tempat wuduk dan bilik air.


Dar An Nadwah
Parlimen Quraish, terletak di bahagian kawasan pembesaran Masjid yang baru.


Dar Al Arqam
Pusat dakwah nabi S.A.W secara sulit di Mekah sebelum berhijrah ke Madinah


Jabal Arafah atau Jabal Rahmah
Tempat Nabi S.A.W. berwukuf semasa Hajjatul Wada', tempat ini juga dikatakan tempat dipertemukan Adam dan Hawa.


Jamraat
Tempat yang mana dilaksanakan wajib haji mengikut Manasik Nabi Ibrahim a.s. Tempat di mana menyaksikan pengorbanan Ayah dan Anak di mana syaitan dikalahkan dengan keteguhan iman mereka.


Bab As Salam
Dikatakan Nabi S.A.W. banyak melalui pintu ini untuk masuk ke Masjid Al Haram. Terletak di sebelah luar tempat saie, berhampiran Bukit Safa.


Masjid Aisyah, Taniem.
Miqat untuk jemaah yang berada di dalam Tanah Suci Mekah.


Masjid Kheif.


Wadi Muhassir. Di antara Muzdhalifah dan Mina. Dinamakan muhassir kerana Allah menjatuhkan bala keatas tenterra bergajah @ abrahah saat dalam perjalanan menghancurkan Kaabah. Sunat untuk kita berjalan dengan laju apabila melalui tempat-tempat yang pernah Allah jatuhkan bala keatasnya.


Masjid Sajarah. (Pokok)
Tempat dimana Allah menampakkan Mukjizat Nabi S.A.W ketika Nabi berdakwah kepada sekumpulan Jin.


Masjid Jinn. Tempat dimana Nabi S.A.W. berdakwah kepada sekumpulan Jin.


Mina


Jabal Abi Qubais
Sebuah bukit yang berhampiran Bukit Safa. Sekarang terbinanya Istana As Safa diatasnya. Tempat dimana dikatakan berlakunya peristiwa bulan terbelah.


Masjid Kheif
Tempat Nabi S.A.W berMabit di Mina.


Masjid Namirah.


Masjid Aqabah


Bab Al Fatah
Tempat dimana Kaum Muslimin masuk ketika pembukaan Kota Mekah oleh Nabi S.A.W dan para sahabat dengan izin Allah S.W.T


Sekian.

Sumber : Facebook

4 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.