10 Filem Terbaik Lakonan Shah Rukh Khan



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali ini kita akan mengimbau kembali filem-filem yang pernah dilakonkan oleh Shah Rukh Khan. Beliau dikenali sebagai King Of Bollywood dan sudah berlakon hampir 80 buah filem dan menerima pelbagai anugerah.  Beliau juga merupakan pelakon filem yang paling berjaya di dunia. Jadi, jom kita kira turun 10 filem terbaik yang pernah dilakonkan beliau sebagai teraju utama. Carta ini adalah mengikut kegemaran dan citarasa aku sendiri. Oleh itu, jika ada sebarang tidak puas hati dan sebagainya bolehlah komen di bawah.

Baca Juga :10 Pelawak Terbaik Malaysia

10. Phir Bhi Dil Hai Hindustani [2001]


Pengarah : Aziz Mirza
Pelakon : Shah Rukh Khan, Juhi Chawla , Johnny Lever, Paresh Rawal
Box Office : USD $ 3.8 juta

Filem Phir Bhi Dil Hai Hindustani ini merupakan filem drama komedi yang ditayangkan pada tahun 2001. Plot filem ini adalah berkisarkan tentang Ajay Bakshi dan Ria Banerjee, masing-masing merupakan wartawan bagi syarikat televisyen yang bermusuhan. Mereka kemudiannya berusaha untuk selamatkan nyawa seorang lelaki yang tidak berdosa yang dituduh membunuh adik kepada seorang ahli politik.

Filem ini ditempat ke 10 kerana beberapa sebab. Antaranya adalah plot cerita yang menarik. OST di dalam filem ini juga sangat merdu dan sedap didengar. Antara lagu OST yang tak boleh dilupakan adalah "I Am The Best" dan  "Kuch To Bata".


9. Chennai Express [2013]

Pengarah : Rohit Shetty
Pelakon : Shah Rukh Khan , Deepika Padukone
Box Office : USD $ 72.31 juta

Filem di tempat ke 9 adalah filem Chennai Express. Sebuah filem komedi aksi yang ditayangkan apda tahun 2013. Plot filem ini adalah tentang Rahul Mithaiwala , yang secara tak sengaja menaiki tren dari Mumbai ke Rameswaram, jatuh cinta dengan anak perempuan kepada puak gangster yg dilakonkan oleh Deepika Padukone.

Apa yang menarik pada filem ini adalah penggunaan bahasa Hindustan dan juga Tamil. Selain itu , ada jugak parody babak menaiki tren yang sama seperti filem Dilwale Dulhania Le Jayenge. Bagi aku , OST di dalam filem ini agak kurang berbanding filem-filem lain. Yang menonjolkan filem inia dalah dari segi plot dan pertembungan dua bahasa di India. 


8. Ra.One [2011]

Pengarah : Anubhav Sinha
Pelakon : Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, Arjun Rampal
Box Office : USD $ 31 juta

Filem di tempat ke 8 adalah filem Ra.One. Pernah tonton? Sebuah filem adiwira yang ditayangkan pada tahun 2011. Cerita ini mengisahkan tenang Shekhar Subramanium, seorang pembina permainan video telah membuat satu permainan yang mengandungi antagonist [Ra.One] yang lebih berkuasa daripada protagonist [G.One]. Ra.One telah keluar daripada permainan itu dan memasuki dunia sebenar dan mahu membunuh Lucifer iaitu ID anak kepada Shekhar dan merupakan hanya pemain yang boleh mencabar kekuatan Ra.One. Kemudian , mereka terpaksa keluarkan G.One daripada dunia permainan untuk melawan Ra.One dan selamatkan mereka. 

Apa yang menarik adalah plot ceritanya yang berkisarkan tentang permainan video. Salah satu plot yang sangat original. Selain itu, CGI filem ini yang setanding dengan negara barat. Tak hairanlah kualitinya sebegitu kerana bajet yang dikeluarkan untuk filem ini adalah sebanyak USD 19 juta.


7. Dilwale Dulhania Le Jayenge [1995]

Pengarah : Aditya Chopra
Pelakon : Shah Rukh Khan, Kajol
Box Office : USD 68 juta

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa filem ini ditangga ke 7 dan bukan yang lebih tinggi. Filem ini telah di tayangkan pada 20 Oktober 1995. Plot filem ini adalah tentang Raj dan Simran, pemuda dan pemudi yang bukan menetap di India, jatuh cinta ketika sedang bercuti di Eropah bersama rakan-rakan. Raj berusaha untuk memenangi hati keluarga Simran tetapi ayah Simran mempunyai perjanjian bersama rakannya. 

Filem ini begitu berjaya kerana ia menunjukkan sifat kekeluargaan yang begitu tinggi. Selain itu, OSTnya juga sangat 'best'! Semua lagu di dalam ini berjaya memberi kenangan di dalam ingatan. Untuk pengetahuan semua , filem ini merupakan filem pertama yang aku tonton di wayang ketika kecil. Filem ini ditangga ke 7 kerana ada lagi filem yang lebih layak berada di kedudukan lebih tinggi. 

6. Kuch Kuch Hota Hai [1998]

Pengarah : Karan Johar
Pelakon : Shah Rukh Khan, Kajol, Rani Mukerji
Box Office : USD$ 16 juta

Salah sebuah filem yang epik. Pastinya tak akan jemu ditonton walaupun sudah berkali-kali menonton. Filem Kuch Kuch Hota Hai merupakan sebuah filem arahan pertama Karan johar dan ditaangkan pada 16 Oktober 1998. Plot filem ini adalah mengenai kisah cinta tiga segi. Filem ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian , bahagian pertama tentnag kisah mereka di kampus kolej manakala bahagian kedua pula tentang anak tunggal yang kematian ibunya cuba menyatukan ayahnya dan rakan lama. 

Filem ini sangat berjaya apabila diterima baik oleh semua pihak. Walaubagaimanapun , filem ini ditangga ke 6 kerana ada aku merasakan bahawa Rahul hanya suka pada Anjali selepas Anjali mengubah penampilan dan juga aku kesian pada Aman Mehra , lakonan Salman Khan. 

5. Main Hoon Na [2004]

Pengarah : Farah Khan
Pelakon : Shah Rukh Khan, Sunil Shetty, Sushmita Sen, Amrita Rao, Zayed Khan
Box Office : USD$ 7.5 juta

Filem di tempat ke 5 adalah filem Main Hoon Na. Filem ini telah diarahkan oleh Farah Khan iaitu pengarahan pertama beliau. Filem ini bergenre drama komedi. Plot filem ini adalah tentang askar Ram Sharma yang perlu memastikan projek Milap berjaya iaitu projek membebaskan tahanan di sempadan India dan Pakistan. Di samping itu, Ram juga perlu menjaga Sanjana di Darjeeling yang kebetulan merupakan tempat tinggal   keluarga tiri Ram Sharma. 

Filem ini berjaya menarik perhatian aku kerana pelbagai unsur komedi yang ada.  Selain itu, plotnya yang menarik dan unsur kekeluargaan yang kuat menjadikan aku suka dengan filem ini. OST di dalam filem ini juga sangat bagus. 


4. Mohabbatein [2000]

Pengarah : Aditya Chopra
Pelakon : Shah Rukh Khan, Amitah Bachchan, Aishwarya Rai
Box Office : USD $ 13 juta

Siapa yang tak pernah tonton filem ini sila keluar daripada negara ini sekarang! Filem ini sering ditayangkan di kaca tv Malaysia. Filem ini ditayangkan pada tahun 2000 , merupakan filem muzikal romantik dan drama. Filem kedua yang dilakonkan Shah Rukh Khan di bawah pengarah Aditya Chopra. Filem ini mengisahkan tentang permusuhan antara Raj Aryan Malhotra dan Narayan Shankar. Kisah mereka ini turut disertai tiga kisah percintaan pelajar Gurukul , Sameer, Vicky dan Karan. 

Filem ini berjaya menarik perhatian aku kerana aku suka bagaimana plotnya diceritakan. Aku tertarik pada kisah percintaan tiga pelajar tersebut. Walaupun Aishwarya Rai hanya muncul beberapa babak sahaja , tetapi itula babak yang aku suka. OST filem ini juga antara yang terbaik pernah dihasilkan. 

3. Dil To Pagal Hai [1997]

Pengarah : Yash Chopra
Pelakon : Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor, Akshay Kumar
Box Office : USD$ 11 juta

Filem Dil To Pagal Hai ini merupakan filem muzikal romantik dan ditayangkan pada tahun 1997. Filem ini berkisarkan tentang dua penari yang berebut cinta pada seorang juru tari. Filem ini merupakan filem paling berjaya di India pada tahun tersebut.

Filem ini merupakan salah satu filem kegemaran aku kerana OSTnya. Semua lagu-lagu di dalam filem ini  sangat aku gemar. Nyanyian Lata Mangeshkar dan Udit Narayan begitu merdu. Selain itu, kisah cinta antara Rahul dan Pooja sangat menarik dan plot filem ini berjaya buatkan aku menonton filem ini berulang kali.

2. Kabhi Kushi Kabhie Gham [2001]

Pengarah : Karan Johar
Pelakon : Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shah Rukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor.
Box Office : USD$ 20 juta

Filem di tangga ke 2 adalah filem Kabhi Kushi Kabhie Gham. Sebuah filem  yang sangat dikenali di Malaysia. Sebenarnya aku masih berfikir sama ada filem ini layak di tempat pertama atau kedua. Filem ini telah diarahkan oleh Karan Johar dan ditayangkan pada tahun 2001. Plot filem ini adalah mengenai kisah keluarga India yang terpaksa mengharungi cabaran dan salah faham di dalam keluarga juga kisah cinta antara dua darjat yang mendapat tentangan keluarga.

Filem ini yang pastinya akan membuatkan anda mengalirkan airmata sememangnya sebuah filem yang sangat bagus dan terbaik. Plot filem ini yang mementingkan kekeluargaan dan juga tradisi sememangnya patut dipuji. Kisah dan plot sebegini sememangnya menjadi tarikan buat orang ramai. Selain itu, barisan pelakon yang handal yang membarisi filem ini membuatkan lakonan mereka nampak sangat berkesan.  Dengan bajet hanya sekadar USD 6 juta sahaja, filem ini berjaya memberikan satu penanda aras yang baru pada industri filem India. OST filem ini juga menjadi satu punca filem ini mendapat kejayaan sebegitu rupa. 

1. Om Shanti Om


Pengarah : Farah Khan
Pelakon : Shah Rukh Khan, Deepika Padukone, Arjun Rampal, Shreyas Talpade, Kirron Kher
Box Office : USD$ 22 juta

Di tempat pertama adalah filem On Shanti Om. Sebuah filem romantik melodrama yang telah ditayangkan pada tahun 2007. Filem ini diarahkan oleh Farah Khan. Plot filem ini adalah berkisarkan tentang seorang artis junior pada tahun 1970an, Om. Om menyimpan perasaan terhadap Shanti, iaitu pelakon terkenal ketika itu yang juga telah berkahwin secara senyap. Shanti kemudiannya dibunuh oleh suaminya sendiri dan dilihat oleh Om pada ketika itu. Selain Shanti, Om juga terbunuh pada malam itu dan beliau dan dijelmakan semula sebagai seorang bintang terkenal pada tahun 2000 an. Om kemudiannya ingin membalas dendam terhadap percintaannya yang tidak dicapai. 



Filem ini ditempat pertama kerana aku suka pada plotnya. Walaupun kelahiran semula merupakan satu benda yang tidak wujud, tetapi aku rasakan ianya idea yang sangat bernas. Seterusnya , aku suka pada babak yang dilakonkan ketika zaman 1970an. Semuanya begitu rapi disediakan prop dan sebagainya. Selain itu, aku juga suka dengan babak-babak ketika pembalasan dendam sedang dijalankan, babak mencari Shanti di alaf baru, dan juga ketika babak akhir filem ini.

Antara yang menarik minat aku adalah OST di dalam filem ini. Kesemua lagu di dalam ini sangat segar untuk didengari. Yang paling aku suka adalah lagu terakhir iaitu lagu 'Dastaan-E-Om Shanti Om' iaitu lagu ketika Om sedang menceritakan kisah hidupnya. Ada juga lagu yang membuat aku terbuai iaitu lagu 'Main Agar Kahoon'. Antara yang epik di dalam filem ini adalah ketika ramai pelakon Bollywood membbuat kemunculan istimewa pada lagu 'Deewangi Deewangi'. Hampir kesemua pelakon Bollywood yang hebat membuat kemunculan cameo pada lagu ini.

..............................................

Bagaimana dengan senarai filem di atas? Sebenarnya ada beberapa lagi filem yang mungkin akan dimasukkan dalam carta sekiranya carta ini ditambahkan lagi nombornya. Antaranya ialah filem Kal Ho Na Ho [2003], Devdas [2002], Baadshah [1999], Duplicate [1997], Yess Boss [1997], Rab Ne Bana di Jodi [2008], My Name is Khan [2010] dan Dilwale [2015]. Mungkin filem Kal Ho Na Ho akan berada di tangga ke 11. Harapannya  agar ramai bersetuju dengan carta ini atau anda mempunyai carta anda tersendiri..
Sekian.

Baca Juga : 5 Filem Terbaik Lakonan Saiful Apek

Baca Juga : 10 Sinetron Indonesia Yang Pernah Popular di Malaysia

Sumber : Wikipedia

Post a Comment

6 Comments

  1. movie SRK kebanyakannya bertemakan cinta fantasi, that's why la dia boleh meletop kalah kawan seangkatan dia. but he's really great in his movies. Banyak kali tengok pun tetap angau atau emosi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bila tgok... rasa macam hilang masalah dunia kita..

      Delete
  2. kalau SRK berlakon tak pernah jemu tengok cerita dia walaupun dah banyak kali tayang dekat TV..macam cerita P.RAMLEE lah tak pernah jemu tengok

    ReplyDelete
  3. Suka sangat filem2 lakonan SRK. Semua best, x jemu tengok banyak kali

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.