10 Sinetron Indonesia Yang Pernah Popular di Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Masih ingatkah anda beberapa tahun dahulu , industri hiburan Malaysia dipenuhi dengan banyak drama sinetron dari negara jiran? Ketika itu agak sukar untuk kita melihat drama terbitan tempatan. Untuk mengingati kembali memori ketika itu jom kita lihat antara 10 daripada drama sinetron yang pernah popular di pasaran tempatan.



10. Cinta Kirana



Penerbit : MD Entertainment
Bilangan Episod : 93

Drama sinetron ini ditayangkan di Malaysia melalui saluran Astro Ria pada tahun 2010. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Nia Ramadhani , Randy Pangalila dan Kiki Farel. Siapa yang pernah tengok cerita ini di Astro Ria?


9. Jelita



Penerbit : Sinemart
Bilangan Episod : 57

Drama sinetron Jelita ini ditayangkan di Malaysia melalui saluran TV3 pada tahun 2009. Salah satu sinetron yang popular di Malaysia ini dibintangi oleh Agnes Monica dan Bayu. Siapa yang boleh lupa dengan lagu temanya iaitu lagu Matahariku nyanyian Agnes Monica? 


8. Kejora dan Bintang

Penerbit : Sinemart
Bilangan Episod : 77

Drama sinetron seterusnya ini bertajuk Kejora dan Bintang. Pernah dengar? Drama ini ditayangkan pada tahun 2011 di saluran Astro Ria. Antara pelakon drama sinetron ini adalah Baim Wong, Alyssa Soebandono dan Rachel Amanda. Lagu tema sinetron ini adalah lagu Rindu Setengah Mati nyanyian D'Masiv.

7. Sejuta Cinta Marshanda
Penerbit : Sinemart
Bilangan Episod : 61

Drama seterusnya adalah sinetron Sejuta Cinta Marshanda. Antara pelakon yang terlibat adalah Marshanda, Bain Wong dan Ashraf Sinclair. Sinetron ini telah ditayangkan di Malaysia melalui saluran TV3. 
6. Upik Abu dan Laura
Penerbit : Sinemart
Bilangan Episod : 110

Sebuah drama sinetron yang menjadi siulan ramai rayat Malaysia ketika ditayangkan, sinetron Upik Abu dan Laura. Drama ini telah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2009 di saluran TV3. Lagu tema bagi sinetron ini adalah lagu You say Aku yang dinyanyikan oleh pelakonnya juga Cinta Laura. Pelakon yang membintangi sinetron ini adalh Alyssa Soebandono , Cinta Laura dan Irwansyah. 

5. Benci Bilang Cinta



Penerbit : Sinemart
Bilangan Episod : 49

Drama terbitan tahun 2006 ini telah ditayang di Malaysia pada tahun 2011 di saluran Astro Ria. Sebuah sinetron yang agak popular juga di Malaysia. Lagu tema sinetron ini adalah lagu Benci Bilang Cinta nyanyian Radja. Antara pelakon yang terlibat adalah Marshanda, Baim Wong, Rio Reifan dan juga Kirana Larasati. Sinetron ini dikatakan sama seperti drama korea yang berjudul Princess Hours. Siapa yang pernah menonton sinetron ini?

4. Nada Cinta


Penerbit : MD Entertainment
Bilangan Episod : 244 episod

Sinetron Nada Cinta ini pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011 di saluran Astro Ria. Dibintangi pelakon seperti Randy Pangalila , Mikha Rmbayong dan Ajun perwira, sinetron ini bertemakan drama muzikal. Siapa yang masih ingat akan drama ini? 

3. Olivia
Penerbit : Rapi Films
Bilangan Episod : -

Drama sinetron Olivia ini dibintangi oleh Velove Vexia, Raffi Ahmad dan Dirly. Mengisahkan tentang seorang perempuan tomboy yang suka dengan rakannya dan menjadi perempuan feminin. Ada yang masih ingat?


2. Malin Kundang
Penerbit : MD Entertainment
Bilangan Episod : 81

Siapa masih ingat akan sinetron ini? Di Malaysia , sinetron ini ditayang di beberapa saluran termasuklah TV3, TV9 dan juga RTM2. Antara pelakon yang terlibat di dalam sinetron ini adalah Desy Ratnasari , Fachry Albar dan juga Alia Miranti.


1. Bawang Merah Bawang Putih

Penerbit : MD Entertainment
Bilangan Episod : 108

Di tangga pertama adalah sinetron Bawang Merah Bawang Putih. Sebuah sinetron yang mendapat begitu banyak penerimaan daripada rakyat Malaysia. Sinetron ini telah ditayang pada sekitar tahun 2006 -2007 di saluran TV3. Siapa masih ingat penangan sinetron ini? Antara pelakon yang membintangi sinetron ini adalah Revalina S. Temat, Nia Ramadhani , Dimaz Andrean  dan Nena Rosier. Lagu tema sinetron ini adalah Merah putih Warnamu. 



Macam mana? Ada tak sinetron yang pernah anda lihat dan gemari? Mungkin ada beberapa lagi drama yang aku terlepas pandang. Tetapi walaupun sinetron ini episodnya banyak sampai ratusan episod tetapi tak jemu.

Sumber : Wikipedia
Sumber Gambar : Google Image 

Sekian

Post a Comment

51 Comments

  1. mutiara! yang kembar nama mutia dengan tiara tu, best jugakkk rindu cerita indon dulu dulu

    ReplyDelete
  2. Zaman dulu memang gigih menonton sinetron. Sambil sakit hati tengok jahatnya pelakon dia! Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau jahat tu mmg jahat sungguh.. skrg mcm kurang sikit sinetron yg ditayang..

      Delete
  3. Ada cerita tu jadi memori manis sebab menonton bersama arwah tok dan tok wan zumal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kdg2 sinetron ini mengingatkan kita pada kenangan ketika itu..

      Delete
  4. yang NO.1 tu gigih tau balik sekolah cepat-cepat nak tengok citer tu..lepas tu esok pulak dekat sekolah sambung duk citer pasal nie..

    ReplyDelete
  5. Sakit jiwa dgn jln cerita sinetron tapi ttp nk tgok juga.x leh miss sbb nti x dpt tgok watak jahat kena balasan petir ke mati kena langgar ke.hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! haha jalan cerita berbelit2 tapi still nak tonton

      Delete
    2. 1 lagi bila saspens ke terkejut ke,mesti kamera zoom in muka pelakon.hahaha.

      Tapi yg betul2 layan smpai habis cter bawang Putih bwg merah tu la..

      Delete
  6. Alahai , sangat nostalgia untuk flashback ni. Paling suka semestinya lah yang nombor satu tu. Stress teramat kot layan. zaman sekolah dulu. Turun dari bas sekolah , terus tanggal kain sekolah , cecepat amik nasi dgn lauk..terus dok depan TV. Kenangan sgt ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahaa.. saya pun sanggup ponteng kelas mengaji.. adoiyyy

      Delete
  7. Sinetron yg paling nad igt sampai skrg tue cite bawang putih bawang merah..tengah femes zaman nd bljr poli dlu..sanggup turun p cafe semata2 nk tgok cite nie..

    ReplyDelete
  8. Suka tengok yang nombor 5 tu. Geram, sedih, kelakar. Tak miss tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. sinetron tu pon antara yg saya tengok jgak ,tapi bukanlah tahap mcm sinetron bwg putih tu

      Delete
  9. Akak pernah tengok yang bawang merah bawang putih tu je..yang lain2 tu macam keterlupaan plak pernah tengok ke x..skrg ni mmg susah la nak tengok tv sebab kerja kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun zaman2 tu je yg selalu tengok tv, skrang ni macam tv tu perhiasan je dirumah..

      Delete
  10. dah lama tak folo sinetron sejak berkecimpung dalam dunia k-drama. saya pernah la tengok yang bawang merah tu, tapi memang kebanyakannya tak minat sangat dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 pun saya suka tgok sinetron, sekarang mcm tak sempat :)

      Delete
  11. Masa sekolah rendah dulu rajin la layan sinetron ni haha. Lama-lama tengok jadi bosan pulak sebab lama sangat dan kadang-kadang keluar part merepek hihi

    ReplyDelete
  12. Haha. Banyak betul da sinetron sekarang. Dulu layan bawang putih bawang merah je . Itu pun best jugak. Kelakor layan sinetron ni banyak babak suspen je lebih. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg sekarang tak sure pulak sinetron apa. yg saya tgok dulu2 je. tu pon masa sebelum stay dkt asrama

      Delete
  13. Aaaaaaa teringat dulu masa kecik2 layan cerita indon. Best. Tapi itulah masalah dia. Panjang sgt episod dia sampai beratus. Tapi tetap setia nak tengok. Rumah mak ayah pun dapat siaran indon & Singapore so memang best laaa layan sinetron hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya dapat siaran sana. haha samalah, panjang berjela

      Delete
  14. Bawang merah bawang putih dengan cinta kirana tuh pernah lah tengok dna layan dulu. Yang lain tak layan sangat.mula mula tengok best jugaklah lah. Tapi lama lama jadi bosan sebab lama sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kan, jalan cerita berbelit2 pastu episod pula beratus2

      Delete
  15. yang nombor satu tu win ! TATAP MATA SAYA. hahahha. dan dan pulak si puteh boleh pregnant episod last tu. yang lain tak layan. rasanya benci bilang cinta tu kat astro dulu kan? tengok kejap kot. fenomena btoi semua senetron indon ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. legend ayat tu! haha mmg fenomena, tapi sekarang macam kurang

      Delete
  16. Yang lain macam pernah dengar tapi yang paling confirm ingat mestilah bawang merah bawang putih, cerita legend tu beratus episode 🤣 best tengok dengan nenek dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya macam semua orang pernah tgok sinetron bawang merah bawang putih tu

      Delete
  17. Paling ingat yang Bawang Putih Bawang Merah tu... hehehehe... siap ada pari-pari gitu... kalau termiss satu episod, adoiiii la... tak keruan jadinya... seboleh-bolehnya akan pastikan tengok juga setiap episod tu... kalau ada diulang-tayang, nak tengok juga sekali lagi...

    ReplyDelete
  18. Tak sangka saya pernah tengok semua sinetron di atas! Terjebak sebab nenek saya suka sangat tengok segala drama tv ni. Dari telenovela, sinetron, naagin, etc. Walaupun sinetron ni boleh buat sakit hati, tapi tetap jugak follow hehe

    ReplyDelete
  19. Dalam banyak tu bawang putih bawang merah je yg akak sempat tengok. Jenuh nk tggu hbs 108 ep tu. Hehe

    ReplyDelete
  20. Alamak teringat pulak zaman duk layan sinetron dulu. Suka sangat dengan bawang merah, cinta kirana & nada cinta. Suka sangat tengok pelakon hensem tu. heheh

    ReplyDelete
  21. banyak-banyak dalam list ni saya tengok bawang putih bawang merah je. ibarat cerita yang tiada penghujung. hahaha

    ReplyDelete
  22. I've never watched these dramas before, thanks for the recomendation.

    ReplyDelete
  23. dulu masa study mmg gila ikut sinetron ni...sampai dh lupa pelakon ni p lakon kt drama mana...sbb banyak drama muka sama...terutama baim wong tu..mmg minat ke dia...

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.