7 Kisah Rogol dan Pembunuhan Kejam di Seluruh Dunia



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Untuk entri kali ini , aku nak kongsi dengan pembaca semua kisah rogol dan pembunuhan yang paling kejam yang berlaku di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.Sehingga kini , aku masih tertanya-tanya kenapa ada orang yang sanggup nak rogol orang lain? Kemudian, boleh pulak bunuh orang yang dirogol tu? Bukankah ada dua kekejaman disitu? Bila mana aku membaca kisah-kisah ini , terbit rasa ngeri terhadap semua kekejaman yang dilakukan.



7) Gadis dirogol dan disula dengan cangkul



Pembunuhan kejam ini mendapat perhatian umum sehingga kini. Satu kejadian yang sangat tragis apabila Eno gadis 18 tahun merupakan seorang pekerja kilang yang datang ke kampung orang mencari rezeki untuk memenuhi kesusahan keluarga dikampung telah ditemui maut dengan tangkai cangkul melekat di kemaluan. Bukan itu sahaja, wajah Eno juga di koyak menggunakan garpu hingga mengakibatkan luka terbuka di bahagian rahang, serta bekas gigitan manusia di kedua buah dadanya. Kejadian ini berlaku pada 13 Mei yang lalu. Ketiga-tiga suspek telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas pembunuhan kejam ini.

6) Dirogol oleh 14 lelaki ketika pulang dari sekolah.



Yuyun gadis yang berasal dari desa kecil di sekitar kawasan Bengkulu menghembuskan nafas terakhir setelah dirogol oleh 14 lelaki hingga lubang dubur dan kemaluan mangsa bercantum.Yuyun yang berusia 14 tahun telah menjadi korban seksual yang cukup hangat dibualkan di tv mahupun di media sosial negeri itu. Mangsa dirogol secara bergilir dimana kaki dan tangannya di ikat dan lehernya di cekik, kepalanya di pukul menggunakan kayu. Selepas dirogol sampai mati, mayatnya di buang kedalam semak.

5) Dirogol 19 lelaki sehingga hilang ingatan

Gambar Hiasan

Gara-gara terlalu cepat mempercayai orang yang dikenali, itulah yang membuat gadis cantik 20 tahun dirogol bergilir gilir selama seminggu oleh 19 lelaki termasuk di antaranya seorang anggota polis. Bunga yang berusia 20 tahun kini tidak lagi seperti dulu yang ceria dan suka bersolek Kejadian hitam itu menjadikannya hampir gila dan trauma, ibu dan adik beradiknya sendiri tidak di kenalinya. Difahamkan hampir keseluruhan ingatan Bunga hilang akibat dia disuntik dengan dadah yang terlalu banyak semasa dia dalam tahanan oleh 19 lelaki pada hujung bulan April 2016 yang lalu.

4) Dirogol selama 14 hari sehingga rahim hancur dan mandul.



Itulah perkara yang disembunyikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Margot Woelk hingga umurnya mencapai 95 tahun. Wanita ini menyimpan sejarah silamnya sendiri tanpa diketahui siapa pun termasuk anak angkat dan arwah suaminya, hingga lah sebelum kematiannya ia menceritakan segalanya.

Woelk mengisahkan ketika umur 20 tahun diamana ketika itu dia bekerja dengan Hitler,dia bekerja untuk memastikan hidangan masakan tidak beracun sebelum di hantar kepada Hitler.Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet. Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya. Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.

3) Rogol, bunuh, potong mayat tersebut dan dimakan.



Jeffrey Lionel Dahmer adalah nama yang paling popular di tulis oleh blogger apabila membuat artikel “pembunuh paling kejam di dunia” Jeffrey Lionel Dahmer tidak hanya merogol wanita, dia juga merogol lelaki, penderaan seksual secara berantai, dan juga gemar merogol mayat. Tidak hanya itu,dia juga akan mengerat daging mangsa dan di masak lalu di makan. Sejak usia 18 tahun Dahmer melakukan kekejaman itu dan mangsanya 85 peratus lelaki dan selebihnya adalah remaja wanita.

 2) Dirogol sehingga koma selama 42 tahun


Aruna Shanbaug yang berasal dari India merupakan wanita yang berusia 67 tahun dan mengembuskan nafas terakhir pada Mei 2015 lalu setelah koma selama 42 tahun. Aruna yang bekerja sebagai jururawat hospital dirogol secara ganas hingga menyebabkan pekak telinga dan matanya buta serta koma sejak 1973. Aruna dicekik dengan rantai anjing dan di ro9ol melalui dubur oleh seorang lelaki ketika hampir hari pernikahannya. Malah, Aruna dicekik hingga membuat darah tidak mengalir ke otaknya.

1) Bomoh Ahmad Suraji menambah ilmu hitam dengan membunuh 42 perempuan.



Bomoh AS (Ahmad Suraji ) seorang lelaki yang lahir pada 10 Januari 1949 dan mempunyai lulusan sekolah rendah dan telah menikahi 3 wanita beradik kandung. Bomoh As memiliki 9 anak tinggal serumah dengan kesemua keluarganya di Deli Sumatra Utara Medan. Kisah bomoh As terungkap terbongkar apabila menemui mayat seorang wanita yang bernama Kamala Dewi yang berusia 21 tahun pada 27 April 1997. Dari hasil siasatan selama hampir sebulan, 41 mayat wanita ditemukan dalam satu kuburan massal yang difahamkan mangsa seksual dan pembunuhan Bomoh AS. Kekejaman itu dilakukan untuk meningkatkan ilmu hitam yang di turunkan oleh ayahnya sendiri sejak ia kecil. Katanya bomoh As harus membunuh 70 wanita untuk menyempurnakan ilmu hitamnya.

Difahamkan, bomoh As akan mencekik mangsa sampai air liurnya keluar, setelah keluar, bomoh As akan menghisap air liur mangsa sebanyak mungkin, selepas itu mangsa yang tidak berdaya itu dirogol dan kemudian di humban kedalam satu lubang dan di tanam hidup-hidup. Kisah bomoh As berakhir pada 10 Julai 2008. Sekitar pukul 10 malam, dia menghembuskan nafas terakhir di hadapan Time Tembak Brimob Polda Sumut. Difahamkan peluru yang ditembakkan itu di doa oleh seorang ulama berasal dari Aceh kerana bomoh As kebal dengan peluru. Malah, kisah bomoh As pernah di angkat menjadi sebuah filem yang bertajuk ”Misteri kebun tebu” dan pada sesiapa yang berminat untuk menontonya pastikan anda tidak berseorangan.


..............................................

Sangat ngeri bukan? 


Sekian

Post a Comment

29 Comments

  1. Dimanakah hati dan perasaan manusia2 nii semua? Sgt kejam

    ReplyDelete
  2. semoga keluarga kita dilindungidari musibah sebegini..

    ReplyDelete
  3. oh my.. these news are really terrible... hope to hear and see lesser of these type of news in future...

    ReplyDelete
  4. scarynya.. kenapa la orang ni kejam sangat dan tak ada peri kemanusiaan. setiap orang ada hak untuk hidup bahagia kot. semoga dijauhkan dari musibah seperti ini.

    ReplyDelete
  5. Aduhhh seramnya cerita ni. Kenapa kejam sangat mereka yang merogol tu. Sengsara seumur hidup mangsa tu, yang mana terus meninggal dunia pastinya keluarga mangsa juga menerima kesan yang mnedalam. Terima kasih sharing.

    ReplyDelete
  6. seriously menakutkan dan semoga kita semua dijauhkan dari segala keburukan yang macam ni. Kalau boleh berita macam ni tak ingin dibaca sebab cukup memalukan dan mengaibkan mangsa

    ReplyDelete
  7. Seram dan loya baca ni. Kesian ya para wanita yang terlibat. Semoga pesalah seperti ini dihukum sewajarnya

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah menjaga kita semua daripada bala sebegini. Semoga di beri hidayah kepada penjenayah di luar sana

    ReplyDelete
  9. Aduhhh scary sangat lah baca benda2 macam ni. Moga dijauhkan kita semua dr benda2 sebegini. Allahu..x sanggup bayangkan seksanya mangsa..huhuhu

    ReplyDelete
  10. Dunia akhir zaman >.<

    Berlambak sangat benda macam ni,

    Kena doa banyak2 Allah lindungi kita selalu.

    Buat mangsa teraniaya, dan keluarga, yakinlah balasan akan dapat lambat atau cepat kepada si pembuat.

    dunia bolehlah lepas. akhirat.. hurm

    ReplyDelete
  11. Allahuakbar.....xmampu nk baca dgn teliti....kenapa ada manusia kejam mcm ni dlm dunia...kenapa kena bwt perbuatan yg xberperikemanusiaan ini....mmg xboleh habis nk pikir...

    ReplyDelete
  12. Kejam betullah la setan2 ni. Kerja nak layan hawa nafsu je. Utk perempuan di luar sana, hati2 la. Lelaki ni lain mcm sikit. Jangan balik malam2. Pergi pub, disko. Melainkan kau memang seronok benda tu. Tapi tula. Sekali kena potong badan, tk seronok da

    ReplyDelete
  13. Uishh... manusia ni kadang-kadang lebih menakutkan dari hantu. Tuhan dah bagi hati dan perasaan tapi masih ada yang boleh buat perkara yang kejam macam ni. Harap-harap dijauhkanlah.

    ReplyDelete
  14. Aduiii.. Ngeri nyaa cerita ni... Takdak keperimanusiaan langsung... Kita yg dengaq pun trauma.. Apatah lagi yg kena lalui menda tu

    ReplyDelete
  15. Seramnya baca kisah2 nie. Sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Nafsu binatang semuanya. Semoga kita semua dijauhkan drpd kejadian2 yg tidak diingini seperti ini.

    ReplyDelete
  16. ya allah,.. sis baca ni terus naik bulu roma! seram nya. gigil tangan tulis komen ni haaa.. tak mau la.. minta selisih jadi kat kita semua... ya Allah jauhkanlah... :( BINATANG!! SYAITAN!! SEMUA ADA TU...

    ReplyDelete
  17. Ngeri baca semua ceriat macam ni..kadang takut nak keluar..kalau nak keluar kene berteman..tak mau pergi sorang-sorang

    ReplyDelete
  18. baca nie pun dah cukup seram....kenapa ada manusia yang tergamak buat benda sekeji ini..anyway tahnks for sharing

    ReplyDelete
  19. adeyh, tak ckup kuat untuk bace satu satu. tkot mlut terkeluar kate kate yg boleh mmbawa kepada dosa. hukhuk.

    ReplyDelete
  20. Uih menakutkan betullah. btw dah lama x baca blog dengan article2 macam ni. sekali sekala dapat baca syok jugak.

    ReplyDelete
  21. Serius benda ni berlaku disekeliling kita. Pernah juga terserempak dengan perogol yang dibelasah oleh orang ramai...yang lucunya perogol tu merayu minta balas kesian. Tapi mereka ni pernah tak rasa balas kesian bila melakukan jenayah?

    ReplyDelete
  22. Takot bile baca kisah2 pembunuhan ni.Macam mana orang boleh ada rasa nak buat macam tu yer.Kejam betul. Lepas mungkin didunia tapi diakhirat belum tentu.

    ReplyDelete
  23. Lia tak sanggup nak baca kes rogol ni sebab sedih & rasa sebak dengan mangsa. Kenapalah kejam sangat sampai sanggup merogol dan membunuh.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.