Apa itu LGBT ? (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender)



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa itu LGBT?

LGBT atau juga dikenali dengan nama lain GLBT adalah merujuk kepada sekelompok golongan yang mengamalkan cara hidup Gay, Lesbian, Biseksual, dan Transeksual. Nama ini telah diguna pakai sejak tahun 1990an lagi bagi melabel mereka yang mejalani hidup LGBT. Singkatan ini juga diterima oleh setengah Negara di barat seperti Amerika syarikat yang memberi kebenaran untuk menjalan cara hidup LGBT ini, sama seperti protokol Negara mereka iaitu "American is a Free country!"

Selain daripada itu negara lain yang membenarkan cara hidup LGBT ini adalah Argentina, Perancis dan Turki. Istilah LGBT bertujuan untuk menekankan kepelbagaian seksualiti dan gender budaya berasaskan identiti. Ia boleh digunakan untuk merujuk kepada sesiapa yang bukan heteroseksual atau bukan cisgender, bukan semata- mata untuk orangorang yang lesbian, gay, biseksual atau transgender.



Tidak semua negara memandang cara hidup ini patut dijalankan, sesetengah negara  juga telah menentang secara habis-habisan cara hidup ini. Keebanyakan negara ini adalah negara-negara islam seperti Malaysia. Walaupun cara hidup ini telah sampai di negara itu, namun masyarakat telah menolak untuk menerima kelompok ini. Ini adalah kerana cara hidup LGBT ini tidak selari dengan cara yang telah diajar oleh Islam.  Adalah lebih sedih lagi apabila kelompok-kelompok ini juga telah dilahirkan sebagai islam dan mendapat tuntutan ilmu yang mendalam tentang islam.



Lesbian

Lesbian adalah golongan yang mempunyai tarikan seksual terhadap perempuan lain. Golongan ini mudah jatuh cinta dan kasih sesama mereka. Mereka juga mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup bersama selama-lamanya. Golongan lesbian ini bukan golongan yang biasa, mereka adalah golongan yang istimewa. Sesetengah daripada mereka merasakan kurang sopan apabila berada dalam masyarakat yang tidak mengamalkan gejala ini. Segelintir daripada mereka akan merasa kurang selesa bila berpakaian dengan pakaian perempuan, mereka lebih selesa apabila memakai pakaian lelaki sebagai hiasan tubuh. Mereka juga lebih cenderung untuk melakukan aktiviti lasak yang selalu dilakukan oleh golongan lelaki seperti bersukan. 



Gay

Seterusnya, maksud G di dalam LGBT yang memberi maksud Gay. Perkataan Gay selalunya digunakan untuk merujuk kepada pasangan sejenis sama seperti lesbian tetapi yang membezakan nya adalah lelaki bersama lelaki. Gay juga merupakan satu gejala yang tidak sihat kerana individu tersebut mudah tertarik dengan kaum sejenis. 

Perkara ini dilarang sama sekali dalam Islam. Golongan ini sangat mudah tertarik dengan lelaki lain terutamanya kepada lelaki yang mempunyai rupa paras menarik, tampan, bergaya, bertubuh sasa dan sebagainya.

Biseksual

Biseksual adalah merujuk kepada individu yang mempunyai kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan kedua'dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Golongan seperti ini mempunyai keinginan seks yang melampau kerana mereka rela dan seronok apabila melakukan hubungan seks dengan kedua'dua jantina. Biseksual adalah istilah untuk orang yang tertarik secara seksual baik terhadap lelaki mahupun perempuan. 

Biseksual juga didefinisikan sebagai orang yang memiliki ketertarikan secara psikologi, emosional dan seksual terhadap lelaki dan perempuan. Seseorang yang mengalami biseksual akan menjalinkan hubungan asmara dalam tempoh waktu tertentu dengan seseorang daripada gender yang sama, kemudian di waktu yang lain, pelaku biseksual akan menjalinkan hubungan serius dengan seseorang dari jantina yang berbeza pula. 

Jelas disini bahawa biseksual bukanlah satu gejala yang memberikan manfaat dan juga kesihatan yang baik. Apabila hubungan seks dilakukan dengan ramai pasangan, melibatkan jantina yang berbeza pula, ia akan mendatangkan kemudaratan pada si pelaku. Walaupun perkara ini susah untuk dipercayai oleh sesetengah daripada pembaca, namun ia benar berlaku di zaman yang serba moden ini.



Transeksual

Manakala Transeksual atau transgender ialah satu keadaan di mana seseorang cenderung mengenalpasti diri mereka dengan gender yang tidak konsisten dengan  jantina biologi mereka. Biasanya mereka akan melakukan beberapa usaha perubatan untuk menukar keadaan fizikal mereka supaya menyerupai jantina berlaianan. 

Menurut beberapa pengkaji, golongan transeksual ini mengalami kecelaruan gender iaitu merasai dirinya terperangkap dalam tubuh yang salah, di mana mereka berkeinginan untuk memiliki jantina yang berlainan dari yang ditentukan sejak lahir. Golongan ini, kebanyakannya dapat dilihat di kawasan-kawasan maksiat, seperti dirumah pelacuran, sesetengah dari golongan ini kebanyakannya telah menukar alat kelaminnya malah sesetengah hanya memakai pakaian seperti mengikuti jantina lain. Malah terdapat juga yang hanya menambah buah dada untuk menampakkan persis seperti perempuan

Sumber : AcademiaEdu

Sumber Gambar : Google Image

Sekian

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Sama-sama kita banteras golongan senget ini dari berleluasa...

    ReplyDelete
  2. negara malaysia bermajoriti agama islam bukan negara islam ikut perlembagaan negara

    ReplyDelete
  3. Golongan yg dilaknat Allah..

    Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata,

    “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki” (HR. Bukhari, no. 5885)

    Ibnu ‘Abbas juga berkata,

    “Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat pria yang bergaya seperti wanita dan wanita yang bergaya seperti pria.” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Keluarkanlah mereka dari rumah-rumah kalian.”

    Ibnu ‘Abbas katakan, “Nabi pernah mengeluarkan orang yang seperti itu. Demikian halnya dengan ‘Umar.” (HR. Bukhari, no. 5886)

    Begitu pula dalam hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu disebutkan,

    “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat laki-laki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (HR. Ahmad, no. 8309, 14: 61. Sanad hadits ini shahih sesuai syarat Muslim, perawinya tsiqah termasuk perawi Bukhari Muslim selain Suhail bin Abi Shaih yang termasuk perawi Muslim saja).

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post