Badminton : Cabaran Malaysia Berakhir di Thailand Open 2018



Assalamualaikum dan salam sejahtera



BANGKOK: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2018 berakhir selepas pemain perseorangan wanita, Sonia Cheah dan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di suku akhir, malam tadi.

Aksi di Stadium Nimibutr di sini menyaksikan Chia-Wooi Yik gagal meneruskan kemaraan apabila tunduk 14-21, 12-21 kepada pasangan tuan rumah, Bodin Issara dan Maneepong Jongjit dalam pertarungan selama 38 minit.

Terdahulu, harapan Cheah, pemain nombor satu negara, untuk melakarkan kejutan tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain India, Pusarla V. Sindhu, yang juga pilihan kedua kejohanan, 17-21, 13-21 dalam saingan selama 36 minit.

Sementara itu, pemain wanita nombor dua dunia, Akane Yamaguchi dari Jepun, gagal melepasi peringkat suku akhir apabila dikejutkan oleh pemain nombor 12 dunia, Zhang Beiwen dari Syarikat Amerika, 21-14, 19-21, 19-21 dalam pertarungan selama 50 minit.

Kejohanan tersebut menawarkan hadiah wang tunai US350,000 (kira-kira RM1.4 juta).

-- BERNAMA

Sumber : Astro Awani

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post