13 Julai 2018

Giveaway 'Nak Hadiah, Jawab Dulu' By OmbakBergigi



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Dah lama rasanya tak sertai mana-mana giveaway. Alhamdulillah , sedang blogwalking, terjumpa satu giveaway menarik yang dianjurkan oleh blogger Ombak Bergigi. Giveaway ini menarik kerana menawarkaan hadiah 2 Tiket Wayang percuma. Selain itu, peserta juga perlu menjawab soalan dengan menarik untuk dinobatkan sebagai pemenang. Kepada anda yang nak sertai boleh klik pada gambar giveaway diatas. 

Soalan : APA YANG PERLU ADA DALAM SEBUAH PERHUBUNGAN

Disebabkan soalan ini agak luas untuk dijawab, aku akan jawab dalam beberapa situasi dan keadaan.


1. Hubungan antara dua negara

Hubungan antara dua negara, yang paling penting adalah kerjasama dan juga kesefahaman sesama negara. Sebagai contoh, Malaysia dan negara Indonesia. Walaupun majoriti rakyat mereka tidak suka pada Malaysia, rakyat Malaysia tidak perlu mempunyai sikap yang sama, malah perlu membalas dengan penuh rendah diri dan sopan santun

2. Hubungan manusia dengan tuhan

Hubungan antara manusia dengan tuhan sememangnya perlu dijaga. Kepada yang mempunyai agama atau kepercayaan, perlulah akur dengan segala yang telah diperintahkan oleh Tuhan masing-masing. Di dalam Islam, kita perlulah mengikut suruhan yang telah ditetapkan dan berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

3. Hubungan manusia sesama manusia

Bagi hubungan sesama manusia pula, perlulah bertoleransi dan tolak ansur dalam setiap keadaan. Selain itu, kesefahaman antara manusia adalah sangat penting. Jangan ada prasangka buruk atau sebagainya tanpa sebarang usul periksa. Saling menjaga dan memahami keadaan manusia sekeliling kita.


4. Hubungan manusia dengan haiwan/tumbuhan

Perlu diingat bahawa bukan manusia sahaja yang menghuni dunia yang fana ini. Masih wujud ciptaan Allah S.W.T yang lain iaitu haiwan dan tumbuhan. Maka yang paling penting adalah menjaga alam sekitar dan habitat haiwan sebaik mungkin. Itulah salah satu cara untuk kita berbuat baik kepada haiwan dan tumbuhan.


* dah macam karangan waktu sekolah.

Sekian

10 ulasan:

  1. yang bawah sekali tu yang paling jarang dititikberatkan. Kesian hidup sengsara padahal makhluk tuhan juga

    BalasPadam
  2. So far aku blm join GA sebab langsung takda idea nak jwb soalannya. Mgkin if ada idea, boleh join nanti

    BalasPadam
  3. selamat maju jaya. semoga menang kali ini..

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.