Imam Nikah Budak 11 Tahun "Rasulullah SAW mengahwini Siti Aisyah di usia sembilan tahun."



Assalamualaikum dan salam sejahtera



GUA MUSANG: Ibu anak empat melahirkan rasa terkilan dengan tindakan suaminya berkahwin dengan kanak-kanak berusia 11 tahun. Menurut wanita yang berusia 34 tahun itu, dia hanya mengetahui perkara berkenaan setelah dimaklumkan rakannya dengan perkongsian foto perkahwinan suami.

Katanya, difahamkan, suaminya bernikah dengan kanak-kanak itu di Thailand, pada 4 Syawal lalu.

“Remuk hati saya bila menerima perkongsian foto itu kerana sebelum ini, saya pernah bertanya selepas diberitahu kenalan terdekat mengenai hubungan mereka.

“Tapi, dia kata tidak logik untuknya bercinta dengan kanak-kanak. Bila saya bertanya selepas menunjukkan foto berkenaan, pada awalnya dia tidak mengaku.

“Namun akhirnya dia mengaku dan memberitahu Rasulullah SAW mengahwini Siti Aisyah di usia sembilan tahun,” katanya sebak.

Namun, katanya perkongsian di laman sosial Facebook miliknya itu bukanlah untuk ditularkan.

“Saya sudah merujuk kepada pihak yang lebih arif dalam kes ini.

“Biar mereka yang tentukan kes ini,” katanya.

Sementara itu, memetik portal berita Mstar,  wanita berkenaan berkata dia tidak terkejut dengan tindakan suaminya itu kerana pernah terdengar desas-desus suaminya akan berkahwin lagi sebelum ini.

“Suami pun pernah kata tak mungkin dia akan kahwin dengan budak. Jadi saya dan isteri pertama pun fikir perkara yang sama.

“Namun saya tak sangka perkara itu benar-benar terjadi. Kalau dengan anak dara atau wanita yang lebih berusia saya boleh terima.

“Saya sendiri pernah nak pinangkan seorang wanita untuk suami tetapi dia tolak. Yang buat saya marah sebab dia kahwin dengan kawan sepermainan anak saya,” katanya.

Ketika ditanya mengapa dia berkongsi kisah itu di media sosial, wanita berkenaan berkata tidak berniat untuk mengaibkan suaminya. Sebaliknya, dia mahu suaminya itu menjadi lebih bertanggungjawab terhadap keluarga.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan mengikut undang-undang. Saya dan isteri pertama sanggup terima madu kami sekiranya dia menjalankan tanggungjawab dengan baik, “ katanya.

Berita mengenai perkahwinan lelaki itu dengan budak perempuan 11 tahun menjadi bualan hangat netizen selepas perkara itu dikongsi isteri beliau sendiri. Rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki tersebut yang sanggup berkahwin dengan budak perempuan bawah umur.


...............................................................................

Terkejut dan terdiam ketika aku membaca kisah ini di ruangan Twitter. Pada mulanya aku ingatkan kisah ini berlaku di negara jiran rupanya berlaku di negara sendiri dan lebih memburukkan ianya terjadi di negeri Kelantan. Sememangnya kebanyakan rakyat Malaysia memandang negeri itu sebagai suatu negeri yang teruk dan sebagainya.

Isunya di sini adalah perkahwinan di bawah umur itu. Yang lebih memeranjatkan ianya terjadi pada seorang yang dianggap ketua iaitu imam di kampung tersebut. Malas untuk aku mengulas lebih lanjut, apa pendapat anda/

Sekian

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Kesian bdk tu, blm reti bfikiran dgn matang lagi pun.. issk, kenot brain dgn kes camni

    ReplyDelete
  2. Apa motif dia kahwin dengan budak umur 11 tahun?? Tak boleh ke cari org lain.. .Sibuk je nak kawin dengan budak

    ReplyDelete
  3. Hello, I have browsed most of your posts. This post is probably where I got the most useful information for my research. Thanks for posting, maybe we can see more on this. Are you aware of any other websites on this subject. ziyarat imam hussainkarbala

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post