Kisah Seram Hari Pertama di Asrama



Assalamualaikum dan salam sejahtera



 Nama aku Timah. Aku salah seorang pembaca setia page ni tapi aku bukan jenis “keyboard warrior” or komen walaupun aku suka atau tak sesuatu cerita tu. Yang penting aku enjoy baca cerita seram ni. Cerita yang aku nak sampaikan ni memang kisah yang betul-betul terjadi pada aku 12tahun dulu. Itu kali pertama aku masuk ke asrama di salah sebuah sekolah teknik di daerah Johor. Sebelum tu aku minta maaf kalau kisah ni ringkas dan tidak menyeramkan. Aku tak pandai nak menulis sangat. Apa pun aku cuba sebaik mungkin.

Buat pengetahuan semua, asrama perempuan ini mempunyai tiga tingkat. Tingkat bawah didiami oleh warden, surau kecil dan bilik TV. Tingkat 2 pula didiami oleh pelajar senior, dan tingkat 3 didiami junior iaitu batch aku. Asrama ini juga terletak di belakang salah sebuah Hospital kerajaan yang da beroperasi berabad lamanya. Bangunan asrama perempuan sama macam bangunan sekolah. Tapi Cuma ade satu pintu masuk di hadapan dan tingkap di sebelah kiri kanan pintu dan bahagian belakang. Depan block asrama perempuan terdapat satu pokok besar yang dah bertahun hidup menjalar di situ. Dan kalau buka tingkap belakang, korang akan nampak rumah mayat Hospital. Yang memisahkan cuma pagar jaring hijau, dan tempat meletak kenderaan di rumah mayat tersebut. Seram bukan.. Ok cukup pasal kedudukan asrama aku. Ceritanya bermula begini…..

Hari pertama masuk sekolah asrama, aku antara pelajar yang semangat sebab aku jenis seorang yang suka berdikari. Pada hari tersebut semua pelajar dan ibu bapa sibuk menguruskan hal pendaftaran, bertemu warden asrama, sesi suai kenal, mengemas pakaian serta barang-barang di dorm yang telah ditetapkan dan lain-lain. Setiap dorm mempunyai 10 katil bertingkat yang akan di duduki seramai 20 orang pelajar. Aku ditempatkan di dorm 8. Aku dapat katil atas, selang satu katil dengan tingkap sebelah depan.

“Semua pelajar, tolong tutup lampu! Dah pukul 11malam.”

Terdengar suara akak guard kat bawah block. Memang itu kerja dia. Kalau ada dorm yang masih terang dia akan jerit dari bawah. Kalau dengar suara orang dekat atas walaupun tak kuat dia boleh dengar. Setepek kena sound. Telinga gajah agaknya dia pakai. hehe

Cepat-cepat kami tutup lampu. Peraturan asrama, tepat pukul 11 malam, kami di arahkan untuk menutup lampu menandakan waktu untuk semua pelajar tidur. Disebabkan malam itu malam pertama tidur di asrama, pasti akan rasa sedikit takut. Tapi aku anggap perkara ni hanya lah perkara kecil kerana masih belajar menyesuaikan diri kat tempat baru. Semua lena di ulit mimpi. Aku pulak terjaga, entah pukul berapa. Zaman tu tak macam sekarang, pelajar tak dibenarkan bawa handphone. Zaman Nokia lagi. Jadi cuma berpandukan jam loceng. Jam tu pulak ada atas locker. Aku pulak rabun. Jadi tak kuasa aku nak bangun tengok jam.

“Ya Allah, kenapa panas sangat malam ni? Tadi ok je..” Dengus aku sendiri.

Aku sempat jeling kipas dinding yang tak jauh dari katil aku. Masih berfungsi! Tapi kenapa aku tak dapat rasa angin sampai dekat aku. Bulu roma aku terus meremang. Aku rasa tak sedap hati. Aku terus pejam mata dan cuba tidur. Makin lama makin rasa panas. Mandi peluh di buatnya. Aku cuba nak pusingkan badan tapi terasa kaku. Aku tak dapat bergerak.


“Sah aku kena kacau! Masa ni la dia nk kacau..!” hati aku kuat mengatakan ada sesuatu yang sedang ganggu aku.

Aku cuba baca surah-surah yang aku ingat. Bila aku buka mulut nk baca Bismillah…

“Bis…urgh…arrrgh!!” mulut aku macam kena kunci. Aku nak sebut Allah pun tak boleh. Jerit pun tak keluar suara. Cuma telinga korang je boleh dengar suara sendiri yang tersekat.

Tak ada cara lain lagi dah, aku cuba baca dalam hati. Hampa. Tunggang terbalik aku baca. Aku dah tak tahu kali ke berapa aku baca. Aku tenangkan diri aku sekejap. Tarik nafas dalam-dalam. Nak tak nak aku kena juga hadap. Aku cuba lagi sekali. Kali ni aku baca satu-satu ayat. Tapi da sampai pertengahan ayat, tiba-tiba….

“Ish! ape ea ayat dia? Macam mana aku boleh lupa ni?? Tak mungkin!”

Aku mengomel sendiri dalam hati. Ligat kepala aku fikir. Aku langsung tak ingat ayat seterusnya. Aku tak puas hati, aku baca lagi. Tak mungkin aku lupa sedangkan aku selalu baca. Tetap sama, otak aku blurrr… Mati-mati aku cuba nak ingat ayat seterusnya. Mati akal dibuatnya. Lama-lama aku rasa geram. Kuat betul benda ni halang aku. Aku rasa macam benda ni tengah ketawakan aku. Aku nekad. Aku tak peduli. Aku dah rasa penat sangat. Aku sebut kalimah “Allah” berkali-kali dalam hati. Nama Allah je yang mampu aku ingat. Sampai satu tahap aku jerit lepaskan geram.

“Allahuakbar!!!” Aku jerit sekuat hati aku. Terus berderu rasa dingin angin kipas. Betapa nyamannya aku rasa dengan badan aku yang mandi peluh dari tadi. Baru dapat gerakkan badan aku. Tapi aku pelik, kenapa tak ada seorang pun kawan-kawan aku sedar? Pada aku da cukup kuat dah aku jerit tadi. Terkebil-kebil mata aku. Mungkin diaorang semua tidur mati kot.

Tak tahu berapa lama aku dalam keadaan macam tu. Aku dah tak larat dah nak fikir banyak. Setelah berapa lama aku cuba lepaskan diri, akhirnya aku terlena sendiri. Nasib baik lah benda tu tak munculkan diri. Kalau tak, boleh pengsan aku kat situ. Bila aku balik cuti hujung minggu, aku cerita dengan mak aku. Mak kata benda tu saja mengusik. Nak kenal dengan aku. Aku tak boleh pusing pun sebab benda tu ada dekat belakang aku. Allah mak aku ni pun.

Itu adalah pengalaman aku masa hari pertama dekat asrama. Alhamdulillah, sejak dari malam tu, aku dah tak kena kacau lagi. Tapi ini baru permulaan untuk semuanya. Ada sebab kenapa aku beritahu secara terperinci kedudukan asrama aku. Ada kaitan dengan kisah yang terjadi selepas ini. Ada masa nanti, aku akan kongsi cerita seterusnya apa yang berlaku pada kawan satu dorm dengan aku. Malam yang penuh dengan trauma untuk semua penghuni asrama perempuan. Sekian…


Sumber : Fiksyen Shasha

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. sape duduk asrama tu siap la kena kacau hahaha

    ReplyDelete
  2. Aku pun selalu kena mcm ni dkt rumah tp dsebabkan selalu kena tindih syaitan nilah, aku takdpt tido malam.

    ReplyDelete
  3. Pernah kena jugak dulu masa duk kat matric. Kena tindih je kerjanya padahal tak pernah kena sebelum ni. 2/3 x jugak jadi. Hantu kat sana kuat kot..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post