12 Julai 2018

Petua Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Cuaca yang kian berubah tidak tentu hala telah menyebabkan hampir kesemua ahli keluarga aku mengalami batuk dan kegatalan di bahagian tekak. Mungkin juga disebabkan oleh pelbagai makanan yang dimakan pasca rumah terbuka dan raya sebelum ini. Jadi , aku telah mencari petua-petua untuk hilangkan batuk dan alhamdulillah , akhirnya dan jumpa.

Tanpa melengahkan masa, aku pun nak kongsi dengan anda semua petua-petua yang aku jumpa. Jemput baca ya.



PETUA 1 :  HALIA + LEMON + MADU

Terdapat dua cara yang boleh dipilih: 

1) Halia dan buah lemon dihiris nipis. Masukkan hirisan halia dan lemon serta madu ke dalam sebotol air.

2) Sedikit halia ditumbuk lumat dan diambil airnya. Campurkan air halia dengan madu, jus lemon dan air biasa. Cara ini lebih berkesan.


PETUA 2 : LEMON + MADU

Jus daripada beberapa hirisan lemon dicampur dengan madu dan dibancuh dalam air suam.

• Lemon boleh digantikan dengan buah limau nipis.

PETUA 3 : BAWANG PUTIH - PALING MUJARAB!

Seulas bawang putih disalai selama beberapa minit lalu dimakan begitu sahaja.l



PETUA 4: AIR ASAM MASIN - PALING SEDAP! 

(TANPA GULA)

Rendamkan sedikit asam masin dengan air suam lalu diminum air asam masin ini.

Tidak diketahui apakah khasiat asam masin sehingga ia boleh mengurangkan batuk tetapi ternyata ia melegakan tekak yang perit akibat sering batuk.

PETUA 5: AIR BELIMBING -  BOLEH MINUM SELALU!

(TANPA GULA) 

Minum jus buah belimbing yang tidak dicampurkan gula.

Petua lain yang diberikan rakan-rakan:

PETUA 6: AIR KOLA

Terdapat dua petua penggunaan air kola untuk mengurangkan batuk.

1) Rebus air kola selama setengah jam dan minum setelah air kola itu sejuk pada suhu bilik.

2) Minum setin air kola yang tidak disejukkan.

PETUA 7: LIMAU NIPIS + KICAP + GARAM

Perah beberapa titis jus  limau nipis pada sesudu kicap dan sedikit garam untuk dijadikan ‘ubat batuk’ stail lama.




KHASIAT BAHAN-BAHAN ‘PENGUBAT’ BATUK

HALIA: Dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman, malah terdapat kajian yang menyatakan
halia dipercayai boleh membunuh sel barah.

LEMON: Buah lemon kaya dengan antioksidan dan jus buah ini dapat meningkatkan pengeluaran antibodi di dalam tubuh. Ia juga mempunyai khasiat antibakteria dan mampu membantu tubuh
menentang jangkitan, terutama sekali jangkitan dada dan melawan semput.

LIMAU NIPIS: Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau berperanan menyingkirkan toksin. Rasa masam dan bahan kimia pektin yang terkandung di dalam limau nipis dipercayai boleh membantu
menghilangkan racunracun di dalam tubuh.

MADU: Mengandungi bahan antibakteria yang dikatakan mampu melawan bakteria penyebab batuk. Turut dikatakan berkhasiat untuk mengurangkan kahak dan batuk.

BUAH BELIMBING: Dipercayai mempunyai khasiat antipiretik (boleh mengurang atau menyembuhkan demam) dan ekspektoran (meningkatkan perembesan bronkial dan memudahkan penyingkirannya), selain khasiat antiradang.


Sumber : Beritahariansg

Sekian

16 ulasan:

  1. kebetulan ejulz tengah batuk dan gatal tekak sekarang ni.. dah 3 hari rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. skrg ni musim batuk rasanya.. saya satu family pun batuk2

      Padam
  2. Lemon dan madu lebah sering menjadi pilihan kami....selain amalkan minum air suam untuk redakan batuk...

    BalasPadam
  3. nice tips. shu selalu pakai tips bawang putih tu dengan air asam.

    BalasPadam
  4. Wahh air kola pon boleh hilang sakit tekak ye. Lepas ni, saya nak cuba. Thanks for the tips.

    BalasPadam
  5. Thanks Aerill, kebetulan zumal ni tengah batuk boleh cuba petua-petua ni...

    BalasPadam
  6. MN biasa buat air suam + lemon + garam atau air suam +lemon + madu insyaallah batuk akan hilang..tapi take time lah..sebab batuk nie susah sikit nak hilang kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena tmbh lgi lah dlm senarai nampaknya.. haha betul tu take time..

      Padam
  7. Info yang bergunq. Tq for sharing

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.