Senarai 50 Individu Terkaya di Malaysia (2018)



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Entri kali ini adalah mengenai senarai 50 individu terkaya di Malaysia untuk tahun 2018. Siapakah yang mendahului kedudukan itu? Senarai ini dikeluarkan oleh Forbes.com pada Mac yang lalu.



Tan Sri Robert Kuok masih kekal sebagai orang terkaya di Malaysia untuk tahun 2018. Beliau berada di kedudukan sebagai individu paling kaya di Malaysia sejak 13 tahun yang lalu.

Bilionair ini juga merupakan individu ke-96 paling kaya di dunia dengan kekayaan bernilai USD$14.8 bilion (RM57.7 bilion) yang sebahagian besarnya datang dari sektor minyak sawit, perkapalan dan hartanah.





Dalam senarai 50 orang bilionair dan jutawan ini, terdapat cuma 8 orang Melayu dan seorang wanita. Syed Mokhtar Al Bukhary yang berada di kedudukan ke-12 merupakan orang melayu terkaya di Malaysia ,manakala Norraesah Mohamad yang berada di kedudukan ke-48 merupakan wanita terkaya di Malaysia. 




Jadi , setelah melihat senarai ini , ada tak nama anda? Hehe, in shaa Allah jika kita kerja keras mungkin nama kita akan tersenarai juga. Mungkin buat masa ini kita berada di ranking terbawah, tetapi percayalah bahawa semua ini tidak penting. Yang penting adalah hati dan budi pekerti kita. *cewahh..


Semoga kita sama-sama termotivasi.

Sekian

P/S : Kalau salah seorang daripada mereka derma pada kita RM 1juta kan best. Btw, di mana kedudukan Dato Alif Syukri & Dato Vida ya? :)


Sumber : Forbes

10 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. aah kan, baru perasan mana perginya Dato Alif dengan Dato Vida. heee biarlah kaya tanpa menunjuk-nunjuk

    ReplyDelete
  2. My bos no. 4!
    Alif n vida tak declars reta, tu yg tak tersenarai 😊

    ReplyDelete
  3. Kena usaha lebih gigih moga lebih ramai orang Islam jadi individu terkaya dan menguasai ekonomi Islam sebagaimana para sahabat Nabi s.a.w dulu...

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post