5 Kelebihan Kuning Telur Yang Anda Tidak Tahu - Aerill Hassan™

Terkini

Tuesday, August 07, 2018

5 Kelebihan Kuning Telur Yang Anda Tidak Tahu



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Salah satu makanan yang sihat dan bagus untuk anda berdiet adalah telur. Namun ramai yang menolak telur kuning kerana dikatakan mengandungi kolestrol yang tinggi. Ya, mungkin betul tetapi jangan pula langsung tidak makan kunin telur. Ada banyak alasan mengapa anda tidak perlu ketepikan kuning telur.



5 KELEBIHAN KUNING TELUR



1. Kaya Nutrisi
Bahagian kuning telur lebih banyak mengandungi nutrisi berbanding putih telur. Hampir 90% zat dan nutrisi terselit dalam kuning telur. Putih telur hanya mengandungi protein.


2. Vitamin K
Jarang nak dapat vitamin K menerusi sayur dan buah tetapi anda boleh 'rebut' vitamin ini dalam kuning telur. Vitamin K jarang ditemui di sayur dan buah, dan anda boleh dapatkan vitamin K pada kuning telur. Vitamin ini sangat diperlukan untuk kekuatan tulang dan membantu mencegah osteoporosis.


3. Otak Sihat
Kuning telur mempunyai vitamin B-comples yang tinggi, pastinya jika anda makan kunin telur mampu meningkatkan kecerdasan. Khasiat ini diperlukan untuk mencegah tekanan dan alzheimer.


4. Penurunan Berat Badan
Jangan terlalu berfikir negatif dengan menolak kuning telur semata tidak mahu gemuk. Sebaliknya kuning telur kaya dengan nutrisi dan dapat meningkatkan kekuatan tubuh badan walaupun anda tidak makan banyak, hasilnya anda lebih efektif dalam menggunakan kalori di dalam tubuh badan.


5. Mencegah Kanser Payudara
Istimewa untuk wanita, kuning telur adalah ubat pencegah kanser payudara kerana kuning telur kaya dengan vitamin selenium. Nutrisi ini mencegah tumbuhnya sel kanser pada payudara dan mencegah kanser usus besar.


Selepas ini jangan ambil putih telur sahaja dan pengambilan telur kuning juga tidak perlu berlebihan. Fakta bawah kuning telur mampu mempengaruhi kadar kolestrol dalam tubuh juga tidak boleh diabaikan. Makan secukupnya dan tidak lebih daripada  biji telur sehari. 

Baca Juga :Apa Itu DIET ATKIN ? ]


Sekian.

6 comments:

  1. Dulu kecik2 kak PC tolak terus kuning telur tu....kalau mama rebus telur....siap..tinggal yang kuning je dalam pinggan..tak pun suruh mama baba makan..huhuhu..lama2 belajar makan sikit2..alhamdulillah ok..
    Terima kasih perkongsian..

    ReplyDelete
  2. nampak telur rebus, kalau letak kicap mudim (cicah kicap mudim) sedappppp... makan 10 biji pun tak terasa. hihi..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah rejek telur bak kuning bak putih, semua msk mulut 😁

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.