Cara Menjawab Soalan" Mengapa Awak Berhenti Kerja?" Ketika Temuduga



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Berhenti kerja satu perkara yang kalau boleh semua orang nak elak daripada terjadi. Bila berhenti kerja ada bermacam perkara yang kena dipertimbangkan kerana nanti bila hadir temuduga untuk kerja baru soalan paling digeruni yang bakal majikan akan tanya ialah " Mengapa awak berhenti kerja terdahulu?" Ini soalan yang memang takut betul kalau ditanya sebab jawapan anda sama ada akan membuka peluang atau terus buatkan majikan tidak mahu mengambil anda bekerja.

Sebelum nak hadir temugua , praktis bagaimana nak menjawab soalan tersebut agar anda boleh bercakap lancar sahaja tanpa kedengaran seperti mengingati skrip. Jangan hanya sediakan jawapan sahaja, sediakan juga respond follow-up manalah tahu bakal majikan mahu bertanya lebih mendalam mengenai mengapa anda berhenti kerja. Ini adalah 5 sebab utama mengapa pekerja berhenti kerja dan berikutan itu, disediakan cara-cara terbaik untuk menjawab soalan apabila ditanya "Mengapa berhenti kerja?"


  • Kerja Short-Term

Bila anda berhenti kerja selepas beberapa bulan sahaja atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, dan seterusnya untuk kerja terbaru yang anda diterima pun nampak gayanya macam anda tidak boleh stay lama sahaja? Ini bukan kerja yang anda cari, jadi anda boleh ke nak berhenti sekali lagi walaupun tak sampai setahun? Sama ada nak letakkan short-term job itu dalamresume atau tidak pun boleh menjadi satu isu.

Tapi sewaktu mencari kerja mestilah anda kena mengira sekali semua short-term job yag pernah dilakukan kerana kalau tidak diletakkan, majikan akan menganggap bahwa anda menganggur buat jangka masa yang lama. Bila bakal majikan tanya mengapa anda kerja sekejap-sekejap sahaja, yang pentingnya disini adalah bersikap jujur. Jangan mencuba untuk berikan komen buruk mengenai company atau majikan terdahulu di hadapan bakal majikan. Mudahkan kerja, terangkan sahaja yang kerja terdahulu tidaks epadan dengan diri anda dan anda berhenti kerja sebelum syarikat terdahulu invest banyak lagi duit pada anda kerana ianya akan merugikan sahaja.

  • Perbezaan Pendapat dengan Bahagian Pengurusan

Sebenarnya majikan atau recruiter boleh menghidu bau calon yang berhenti kerja terdahulu tanpa berurusan atau berunding dengan pihak pengurusan sebelum membuat keputusan. Benda macam ini selalu terjadi dan anda bukannya orang yang pertama tergagap-gagap apabila diajukan soalan. Jika anda berikan penjelasan yang prinsip di tempat kerja terdahulu itu berbeza dengan tempat lan, bakal majikanboleh merasakan yang anda ini sebenarnya tidak gembira dengan kerja itu ataupun dengan majikan anda.

Tidak perlu pun sebenarnya untuk anda berikan penjelasan berjela-jela mengapa anda berhenti kerja. Cuma berikan jawapan ringkas dan beritahu pada mereka yang anda mahu mencari kerja yang sepadan dengan culture kerja dengan diri anda. Beritahu bahawa syarikat itu menyediakan keadaan persekitaran yang anda mahukan.


  • Berpindah Tempat

Bagi anda yang sudah bekeluarga atau atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan yang memerlukan anda berpindah tempat kerja, apabila bakal majikan bertanyakan soalan itu, senanglah untuk anda nak menjawab. Tetapi yang sukarnya di sini ialah untuk meyakinkan bakal majikan yang anda tidak akan berhenti kerja selagi anda tak sesuaikan diri dan walaupun pasangan anda itu berpindah tempat kerja lagi.

Tekankan bagaimana anda yang boleh beri nilai kepada organisasi itu melalui kerja tetapi jangan sesekali beritahu yang mungkin anda hanya akan mampu untuk bekerja buat tempoh masa yang singkat sebelum perlu berpindah semula. Lakukan selidik sebelum hadiri interview. Mungkin company itu ada syarikat di lokasi lain yang boleh membantu anda atau pun mereka yang ada meyediakan kerja di mana anda boleh lakukan online-conference.

  • Gaji

Paling penting sekali jangan mencuba untuk beritahu majikan yang anda berhenti kerja kerana mahu adapatkan gaji yang lebih di tempat lain. Ini memang jelas menunjukkan yang anda ini hanya pentingkan gaji sahaja dan bukannnya kerja. Bilamana ada kerja lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi, anda sudah semestinya akan berhenti dan ambil peluang depan mata kan? Lagi sekali majikan boleh membaca gerak geri anda yang jenis mahukan gaji besar sahaja. Benar mereka tahu yang pencari kerja mahu dibayar dengan jumlah yang berbaloi tetapi bila dengar sendiri dari mulut calon ianya membuatkan bahawa anda seorang yang materialistik.

  • Sebab - Sebab Peribadi

Jika anda berhenti kerja atas sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan, tidak perlulah diperjelaskan lagi. Beritahu sahaja yang anda berhenti kerja atas sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan tapi maklumkan yang anda sudah berjaya selesaikan isu tersebut dan bersedia untuk mulakan kerja. Jika anda berhenti kerja kerana mahu menjadi ibu atau bapa yang duduk di rumah, ianya diterima tetapi sediakan sebab anda yang jelas dengan kesan dan sudah berfikir dengan lebih dalam kerana anda bukannya menjadi suri rumah sebab give up mencari kerja tetapi memilih untuk bersama keluarga.

Jika anda masuk kembali ke alam pekerjaan selepas menunggu anak kecil tidak memerlukan penjagaan rapi lagi, jelaskan bagaimana anda masih lagi kekalkan kemahiran yang ada, kemahiran profesional walaupun sewaktu anda tidak bekerja.


Sudah Tahu Bagaimana untuk Jawab?



Sekarang selepas membaca kelima-lima situasi ini anda mesti sudah tahu bagaimana untuk menjawab kan? Pentingnya disini ialah kekal jujur dan jangan sesekali mencuba untuk menipu atau ebrselindung. Kalau penemuduga tanya lagi soalan yang sama, anda sudah mempunyai semua jawapan itu di dalam kepala! Selamat Berjaya! 

Sekian

Sumber : Maukerja.my

9 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. betul. shu dulupun lepas anak sudah besar, masuk kerja dgn alasan anak sudah sihat dan tak perlukan perhatian 24jam. alhamdulillah rezeki di sini. dan memang betullah seteruk mana alasan kita berhenti sebelum ni, jangan di cerita di dalam iv. diorg tak perlukan. diorg nak tau konfiden dan cara atasi. bukan masalah kita.

    ReplyDelete
  2. 6. Dinasihatkan berhenti kerja oleh pihak pengurusan

    ReplyDelete
  3. cerita bab interview ni, dah 10 tahun dah berlalu, semoga kekal hingga ke pencen dengan kerja sekarang, nowadays persaingan sangat banyak, memang kene tonjolkan diri dengan kelebihan dan keupayaan melakukan kerja dengan baik, yang penting jangan mengalah dan terus usaha cari kerja yang sesuai

    ReplyDelete
  4. Nasib tak perlu jwb soalan ni. Dr dulu hingga skrg kt tpt keja yg sama

    ReplyDelete
  5. kadang tu bila jujur kena reject pulak, belum yang kritik kaw2

    ReplyDelete
  6. hi..singgah sini...
    jemput baca dan kongsikan hobi anda http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/08/hobi-zaman-kanak-kanak-sehingga-dewasa.html

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post