Kisah Seram Rumah Sewa di Politeknik Melaka



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pada awal tahun 2015, tujuh orang pelajar sebuah Politeknik di Melaka telah menyewa satu kediaman disebuah perkampungan yang berhampiran dengan Politeknik mereka. Rumah usang kampung milik En. Bahari dengan sewa bulananya RM 250.00 sudah tentu menjadi pilihan, buat mereka yang bergelar seorang pelajar. 

Rumah yang mempunyai tiga bilik tidur dan satu bilik mandi cukup untuk menempatkan mereka bertujuh. Pada permulaan mereka mendiami rumah sewa usang ini tiada sebarang kejadian pelik berlaku. Biarpun rumah sewa yang mereka diami ini, agak jauh di pedalaman kampung. Sehinggalah pada suatu hari salah seorang daripada mereka menemui seorang penjual nasik lemak bajet di tepi jalan. 

Pada awalnya pertemuan ini sangat biasa, seperti seorang perniaga dan pembeli. Akan tetapi lama-kelamaan hubungan mereka menjadi sangat baik. Pada satu malam si penjual nasik lemak yang bernama Hafiz tiba-tiba, muncul di pintu rumah untuk melepak bersama-sama tujuh orang pelajar ini. Bob mula membuka gelanggang perbicaraan dengan tutur yang kemas. Pada awalnya mereka hanya berbual kosong, sampailah pada suatu ketika topik perbualan mereka semakin serius. 

Rupa-rupanya si penjual nasik lemak ini juga seorang bomoh, yang mengubati setiap jenis permasalahan berkenaan penyakit misteri atau pun ghaib. Tiba-tiba bergegar ruang rumah dengan celahan Amoi yang mahu Hafiz membuktikan yang beliau mampu memanggil hantu. Hafiz pun bersetuju dengan celahan Amoi dan mengarahkan Alip dan Hussin untuk mencari botol sos dan mengambil sedikit tanah di luar rumah.

Maka bermulalah ritual menyeru semangat halus, dengan kesemua lampu rumah dipadamkan. Hafiz mula membaca mentera dan tiba-tiba terlihat pantulan raut wajah yang mengerikan di dalam botol, yang di suluh. Wajah seperti pontianak, hampir satu jam ritual ini dijalankan dan kemudianya di tamatkan dengan Hussin membuang botol tersebut. Pada esok harinya selepas waktu isyak Hafiz kembali lagi ke rumah pelajar ini. Hafis duduk dan berbual seperti biasa. Tiba-tiba hafis mengatakan ada sesuatu berlalu di muka pintu, pada mulanya sangkaan pelajar ini hafis hanya bergurau akan tetapi muka Hafis kelihatan serius, dengan menyatakan pontianak lalu di hadapan pintu. Hussin dengan beraninya menyatakan hasratnya untuk mengambil gambar pontianak tersebut.

Hafis pun bersetuju, lalu husin bersiap-siap dengan camera DLSRnya, Hafis mula menyeru dengan bibir terkumat-kamit. Tiba-tiba Hafiz mengarahkan husin untuk mengambil gambar di kawasan yang hafiz arahkan. Tiga keping gambar pontianak di sebalik pokok pisang berjaya di ambil, dengan gambar pertama hanya memperlihatkan objek putih, gambar kedua kelihatan rambutnya dan gambar ke tiga memperlihatkan rupanya dengan jelas. Antara tujuh orang pelajar ini Rijal mula kelihatan gelisah, seakan-akan orang yang lemah. 

Tiba-tiba Rijal seperti orang yang hilang pertimbangan dengan ketawa secara tiba-tiba, lantas membuatkan mereka yang lain ketakutan. Hafiz segera memulihkan rijal dengan merenjiskan air yang ditawarkan. Hafiz memberhentikan ritualnya takut sekiranya Rijal berterusan mengalami histeria. Kemudianya mereka berborak kosong sehingga pukul 1 pagi. Sampai hafiz mula menelek seorang demi seorang, dengan kisah silamnya. Hafiz mulakan menelek pada Bob, setiap apa yang diperkatakan oleh Hafiz membuatkan bob berasa gelisah, seolah-olah apa yang diperkatakan oleh hafiz adalah benar. 

Begitu juga dengan yang lain. Pukul 4 pagi Hafiz mula beredar dari rumah sewa pelajar ini. Tujuh orang pelajar masuk ke tempat masing-masing untuk tidur, sampailah pada suatu ketika alif yang tidur di bilik belakang mendengar bunyi ranting yang dipatahkan, manakalah zack yang tidur di ruang tamu mendengar bunyi seakan-akan selipar yang bergesel dengan lantai. Arip pula terserempak dengan kelibat lembaga putih sewaktu ingin ke tandas, dan menjerit ketakutan. Mereka bertujuh mula berasa ketakutan sehingga tidak dapat melelapkan mata. 

Hampir dua minggu mereka bertujuh tidak dapat tidur dan hampir kesemua kelas diawal pagi mereka tidak hadir. Selepas waktu maghrib sahaja, mereka bertujuh akan keluar lepak di mamak sehinggakan sanggup ke Port Dickson semata-mata tidak mahu berada di rumah. Mereka bertujuh nekad untuk tidak lagi melayan Hafiz, kerana mereka bimbang dengan pelajaran yang tertinggal. Pada suatu malam mereka bertujuh mula solat hajat dan membaca yassin untuk meminta perlindungan pada allah. Selepas mereka membaca yassin tiba-tiba, entah dari mana Hafiz muncul dengan muka yang sangat marah. 

Katanya tujuh orang pelajar ini silap, dan akan terus diganggu sampai bila-bila. Mereka mula berasa sangsi dengan Hafiz dan mereka mula membuat keputusan untuk berubat di kg masing-masing pada hujung minggu. Sekembalinya mereka dari bercuti, zack mula memagar rumah dengan air yang dibekalkan oleh imam di kampungnya. Zack mula merenjiskan air mengikut pusingan kaabah. Menurut imam di kampung zack, hafiz mempunyai niat tidak baik terhadap mereka bertujuh. Dan imam tersebut juga menyatakan kawasan rumah tersebut memang keras. Selepas dari mereka pulang berubat alhamdulilah tiada gangguan lagi dan mereka dapat menumpukan pelajaran sehingga mereka bertujuh berjaya menamatkan pengajian. 

– Kisah Diatas Berpandukan kisah sebenar, dari kiriman seorang hamba allah, nama yang digunakan bukan nama sebenar.


Post a Comment

14 Comments

  1. Pindah aje cari rumah lain yang lebih sesuai.

    ReplyDelete
  2. Wah, kisah benar yer. Rasa macam Hafiz tu yang bela hantu-hantu tu kan...

    ReplyDelete
  3. Ugh, scary. Nsb diorg ber 7 tabah dn tak mudah gelabah

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.