Makan Nasi Arab Al Haura Arabic Kopitiam



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pada hari khamis yang lalu, ayah aku telah ke bandar Sungai Petani kerana ada urusan disana berkenaan kerja dan sebagainya. Ayah aku telah membeli bungkusan nasi arab daripada restoran makanan arab  Al Haura Arabic Kopitiam. Restoran ini terletak di bandar Laguna Merbok.

Dua bungkusan itu sebenarnya adalah lauk yang berbeza. Salah satunya adalah ayam manakala satu lagi berlauk kambing. Disebabkan aku tidak makan kambing, jadi aku ambil yang berlauk ayam.



Turut disertakan adalah beberapa makanan sampingan seperti sup, sambal dan sebagainya. 

Mengenai rasa pula, bagi aku nasi arab ini agak sedap tetapi bukan yang paling sedap pernah aku makan. Yang paling sedap adalah di Wangsa Maju , Kuala Lumpur di mana ketika itu mak saudara aku membawa satu keluarga aku makan di sana.

Mengenai lauk pula, ayamnya sedap dan bagi aku lebih menarik daripada kedai makanan arab sebelum ini yang pernah aku pergi di Kulim. Bagi aku satu bungkus seperti itu sangat mengenyangkan! Makan separuh bekas itu pun dah rasa penuh dah perut tu. Anda boleh lihat dalam gambar pertama betapa banyaknya lauk yang disediakan.


Sekian sahaja review kali ini, makanan yang memuaskan untuk sesuatu yang dipesan untuk bawak balik rumah. Untuk sesiapa yang ke Sungai Petani, bolehlah ke restoran ini untuk mencuba.


Nama Restoran :Al Haura Arabic Kopitiam 

Alamat : 32-32b LRG BLM 1/4, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah


4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Replies
    1. haha takpa... nnti kalau2 ada kelapangan nk pi sp tu boleh la mkn

      Delete
  2. Suami saya peminat nasi arab tapi nak ajak pergi makan kat sini tak dapat, jauh sangat..makan kat kedai area rumah je la :D

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post