Review Filem Munafik 2 | Seram atau Islamik?



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menonton satu filem keluaran dan terbitan Malaysia iaitu filem Munafik 2. Sebelum menonton filem ini, aku ada juga melihat beberapa review dan pandangan daripada netizen dan penggemar filem Malaysia. Sebenarnya cukup sukar untuk aku menonton filem Malaysia kerana sebelum ini sudah beberapa kali dikecewakan. Alhamdulillah, setelah melihat reivew dan pandangan rakyat internet Malaysia, aku terus membuat keputusan untuk tonton filem ini dipawagam berdekatan.

Sedikit Fakta Tentang Filem Ini

Pengarah : Syamsul Yusof
Penerbit : Datuk Yusof Haslam
Penulis : Syamsul Yusof
Lakon layar : Syamsul Yusof
Dibintangi oleh :
  • Syamsul Yusof
  • Maya Karin
  • Fizz Fairuz
  • Mawi
  • Fauzi Nawawi
  • Nasir Bilal Khan
  • Rahim Razali
  • Weni Panca

Muzik
  • Sky Productions 
  • Extreme Music

Sinematografi : Rahimi Mahidin
Suntingan : Syamsul Yusof
Syarikat produksi : Skop Productions
Pengedar
  • President Productions (Malaysia)
  • CBI Pictures (Indonesia)

Mula ditayangkan
  • 30 Ogos 2018 (Malaysia)
  • 26 September 2018 (Indonesia)


Perbelanjaan : RM2.8 juta

=========================================

Review Filem Munafik 2

Jalan Cerita

Dari segi jalan cerita, aku rasa ceritanya sangat mudah. Sesiapa sahaja boleh faham tentang jalan ceritanya iaitu mengenai Sakinah sekeluarga yang diganggu oleh kumpulan ajaran Sesat diketuai Abu Jar. Kemudian, mereka meminta tolong Ustaz Adam untuk membantu selesaikan. Ustaz Adam juga mempunyai konflik diri tersendiri.



Mungkin ada beberapa plot yang boleh dikembangkan lagi dan sebagainya.Untuk babak pengakhirannya, aku agak kurang berpuas hati kerana kumpulan ajaran sesat itu sepatutnya ditimpa bala yang lebih teruk dan kejam!

Karakter

Aku begitu suka dengan karakter yang ditonjolkan oleh Abu Jar! Sebab lakonan jahatnya begitu menjadi sehinggakan aku sudah tidak suka pada watak Tok Adi! Begitu menjadi lakonannya. Untuk watak Azman, aku sudah perasan daripada awal filem bahawa sesuatu sudah tidak kena dengan karakternya, dan akhirnya terbukti di penghujung cerita.



Perkembangan karakter Sakinah mungkin boleh dikembangkan sekembang-kembangnya. Mungkin boleh diceritakan siapa suaminya sebelum ini, dan bagaimana kehidupan mereka sebelum ini di mana ayahnya masih sihat. Satu lagi, aku suka dengan watak dan karakter yang dibawa oleh Mawi! Mungkin selepas ini boleh dibuat filem spin off tentang kehidupan Azhar melawan hantu dan perkara sihir.

Muzik

Untuk ulasan muzik pula, aku rasa tidak banyak boleh diperkatakan. Disebabkan ini filem seram, sudah pasti banyak elemen seram yang ada pada muziknya untuk menambahkan keseraman pada babak-babak tertentu.

Elemen Seram

Aku begitu yakin bahawa 90% yang hadir ke pawagam menonton filem ini pastinya ternanti-nantikan elemen seram yang membuatkan anda menjerit sambil membaling pop corn anda ke tempat duduk hadapan anda! Boleh aku katakan bahawa elemen seram di dalam filem ini tidak melebihi 50% daripada keseluruhan filem.



Walaubagaimanapun, elemen seramnya berjaya! Aku cukup suka dengan tahap keseraman di beberapa babak, contohnya di rumah Sakinah. Jadi, secara keseluruhannya, bagi elemen seram, tahniah kerana berjaya!

Elemen Islamik

Ada beberapa review yang aku baca yang mengatakan filem ini melebh-lebih dari segi Islamik dan sebagainya. Suka untuk aku ingatkan bahawa filem ini tajuknya Munafik! Sudah pastinya akan ada banyak perkara Islamik yang ditekankan. Mungkin kalau anda mencari elemen seram 100% boleh tonton filem yang ada perkataan 'HANTU' pada tajuknya.



Bagi aku elemen Islamik di dalam filem ini sudah secukup rasa. Membuatkan kita rasa insaf dan berjaya menjentik hati aku. Tahniah!


========================================

Beberapa pertanyaan atau perkara yang membuatkan aku berfikir :-


  • Dimana pihak berkuasa?
Aku tertanya-tanya di mana pihak Polis, Tentera atau JAKIM. Yang paling dekat hanyalah apabila Pak Rahim menyuruh Azman untuk membuat report polis sahaja. Aku yakin jika di dunia sebenar, pastinya pihak berkuasa termasuk parti Islam SeMalaysia akan pantas membuat kerja.
  • Dimana teknologi?
Kerap kali aku terfikir, dimana teknologi terkini? Mengapa tiada handphone atau telefon bimbit? Paling kurang pun mungkin boleh SMS atau Email sesiapa sahaja untuk membantu? Mungkin kedudukan kampung atau tempat itu tiada line bagi talian yang membuatkan mereka sudah berputus asa dalammenggunakan teknologi terkini.
  • Dimana lampu?
Sesuatu yang sangat klishe bilamana filem seram kebanyakannya rumah pastinya gelap dan cahaya adalah minimal! Kalau di dunia sebenar, pastinya aku akan buka lampu dari tempat parking kereta ke ruang tau, bilik, tandas sehinggalah ke dapur dan ruangan luar dapur! Mungkin sekali lagi, bekalan elektrik agak kurang di kawasan kampung sebegitu, tambahan pula pengangkutan ke kampung itu menggunakan jalan sungai sahaja.

Itu sahaja beberapa perkara yang aku kira tidak logik dan mungkin kalau diguna pakai di dalam filem akan mencacatkan suasana dan babak sebagainya. 

============================================


Kesimpulannya, filem ini sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Elemen seramnya tidak melampau-lampau malah filem ini mampu menginsafkan diri. Tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan filem ini. 

Skor yang aku beri : 8.78 /10 bintang

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post