Menang Lazada Shopaton Blogger Contest !



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana aku diberikan rezeki pada bulan Oktober ini. Alhamdulillah. Sungguh tidak disangka apabila aku menjadi antara puluhan pemenang bagi pertandingan Lazada Shopathon Blogger.

Ceritanya bermula begini,  pada 1 September 2018 yang lalu, emel daripada pihak Lazada mengatakan bahawa satu pertandingan blogger akan dijalankan. Tanpa melengahkan masa, aku terus turut serta dalam pertandingan itu kerana hadiahnya yang menarik dan juga semua peserta akan mendapat boucer secara percuma sebagai hadiah penyertaan.



Ada dua sesi bagi pertandingan ini, maka aku sertai kedua-dua sesi penganjuran. Hadiah yang ditawarkan bagi aku sangat lumayan.

Jumlah kesemua hadiah ditawarkan adalah RM6,450 . pembahagian hadiah adalah seperti berikut  :-

Tempat Pertama : 1 X RM 85 
Tempat Kedua :  10 X RM300
Tempat Ketiga : 19 X RM150

Tanpa menunggu lebih lama, aku mengambil masa yang ada untuk mengarang entri dan artiketl seperti yang ditetapkan oleh pihak mereka. Kepada anda yang nak baca artikel yang aku tulis, boleh baca dengan klik link di bawah ini.



Kemudian pada awal Oktober, pengumuman pemenang telah dihantar melalui emel. Alhamdulillah, nama aku tersenarai sebagai salah seorang pemenang.



Pada mulanya aku berharap agar aku mendapat hadiah tempat pertama. Tetapi tak mengapa tempat kedua pun sudah lumayan hadiahnya. Kemudian, aku lihat dengan lebih teliti, di sebelah nama aku  ada X 2! . Adakah aku dapat hadiah untuk RM300  X 2? Jika dikira jumlah pemenang untuk hadiah tempat kedua, hany ada 9 orang sahaja.



Seterusnya, dapat emel lagi yang meng 'confirm' kan bahawa aku menang RM300 X 2 iaitu berjumlah RM600! Alhamdulillah! Jumlahnya sama banyak dengan pemenang tempat pertama! Alhamdulillah. Syukur tak terhingga!

.....................................................................


Begitulah kisahnya. Alhamdulillah, sehingga hari ini, aku masih gembira dan teruja apabila berjaya dalam pertandingan ini. Alhamdulillah. In shaa Allah, jika ada pertandinagn lagi kelak, aku akan sertai lagi! :)

Sekian

15 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Tahniah, samalah kita dpt 2nd prize. Tahniah sbb menang berganda..

    ReplyDelete
  2. untung gila dapat 2 hadiah. sama hadiah dengan 1st prize plak tu haha aku menang 3rd prize. tapi dah syukur alhamdulillah. tahniah aerill

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. tahniah! menang berganda-ganda la ni ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post