PTPTN - Syarat -Syarat Pengecualian Bayaran Balik



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kali ini aku akan kongsi dengan anda tentang syarat-syarat bagi mereka yang ingin dikecualikan daripada membayar hutang PTPTN. Sememangnya hutang perlu dibayar tetapi kepada mereka yang mencapai tahap atau menerima kelayakan untuk dikecualikan balik, itu adalah satu bonus! Ramai sebenarnya yang masih lagi tertanya-tanya tentang syarat dan juga dokumen apa yang perlu disediakan. Jadi, aku kongsikan dengan anda semua.

Pengecualian Bayaran Balik

Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman:

  • Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama oleh IPT.
  • Mengikuti peringkat pengajian Ijazah secara sepenuh masa.
  • Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
  • Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.
  • Kursus yang diikuti oleh peminjam di telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.
  • Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.


Dokumen yang perlu disertakan:

  • Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
  • Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
  • Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).


Nota:

Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa seperti ditetapkan oleh PTPTN iaitu Bahagian Akademik IPT atau Bahagian Yang Mengeluarkan Transkrip dan Skroll di IPT/Cawangan peminjam mengikuti pengajian sahaja.

Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

Bagi tranksrip yang tidak dinyatakan maklumat permarkahan/ penggredan, surat makluman pengiraan dan penentuan permarkahan/ penggredan daripada IPT perlu disertakan.

Permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman akan diproses dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

 Sumber : PTPTN

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post