PTPTN - FAQ Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman



Assalamualaikum dan salam sejahtera




FAQ [ Frequently Ask Questions] Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

1. Siapakah yang layak memohon pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan?
  • Peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
  • Bagi peminjam IPTS, program yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.
2. Bagaimanakah cara memohon pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan?
  • Peminjam hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN bagi menikmati insentif ini dalam tempoh 12 bulan (1 tahun) daripada tarikh konvokesyen.
Dokumen yang perlu disertakan ialah:
  • Borang Akuan Pelajar bagi Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman yang telah lengkap diisi.
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang disahkan.
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
  • Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
  • Surat pengesahan Ijazah Sarjana Muda yang diperolehi adalah setaraf dengan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).

Nota:
  • Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai Bahagian Akademik IPT atau bahagian yang bertanggungjawab mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam.
  • Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.


3. Siapakah yang boleh mengesahkan salinan transkrip dan Ijazah?
  • Salinan transkrip dan Ijazah hendaklah disahkan oleh pegawai Bahagian Akademik IPT atau bahagian yang bertanggungjawab mengeluarkan transkrip/skrol mengikut cawangan IPT peminjam. Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

4. Saya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama semasa belajar di UPM dan kini sedang menyambung pengajian dalam program Sarjana di UM. Bolehkah saya mendapat pengesahan untuk dokumen Ijazah dan transkrip saya daripada Bahagian Akademik UM?
  • Tidak boleh. Pengesahan dokumen hanya boleh dilakukan di Bahagian Akademik IPT atau bahagian yang mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam mengikuti pengajian sahaja. Dalam kes ini, peminjam perlu mendapatkan pengesahan daripada Bahagian Akademik UPM.


5. Saya telah membatalkan pinjaman pendidikan PTPTN kerana menerima penaja lain dan telah lulus pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Bolehkah saya memohon pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan ke atas jumlah pinjaman yang diterima sebelum pinjaman tersebut dibatalkan?
  • Boleh. Pertimbangan pengecualian bayaran balik akan diberikan ke atas jumlah pinjaman yang tidak bertindih dengan penaja lain. Sekiranya terdapat pertindihan, peminjam perlu menyelesaikan jumlah pinjaman yang bertindih.


6. Saya telah menamatkan pengajian lebih awal daripada tempoh lazim yang ditetapkan IPT. Adakah saya layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan?
  • Layak. Pertimbangan pengecualian bayaran balik boleh diberikan ke atas jumlah pinjaman yang diterima dalam tempoh pengajian sahaja. Bagi pinjaman yang diterima selepas tamat pengajian, jumlah tersebut perlu dibayar balik kepada PTPTN.


7. Apakah sebab-sebab peminjam tidak mendapat pengecualian bayaran balik ke atas keseluruhan jumlah pinjaman yang telah diterima?

Peminjam tidak mendapat pengecualian bayaran balik ke atas keseluruhan jumlah pinjaman yang diterima sekiranya:
  • Menerima pinjaman selepas tamat pengajian;
  • Bertindih Tajaan;
  • Mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP).


8. Bagaimanakah kaedah bayaran balik bagi baki jumlah pinjaman yang tidak layak dikecualikan di atas sebab-sebab yang dimaklumkan pada soalan 7?
  • Penjadualan semula pinjaman ke atas baki jumlah pinjaman yang tidak layak dikecualikan akan diberikan dan peminjam adalah tertakluk untuk membuat bayaran balik secara konsisten mengikut ansuran bulanan dan tempoh bayaran balik yang baharu
  • Surat tawaran penjadualan semula pinjaman akan dikeluarkan kepada peminjam dalam tempoh sebulan selepas pertimbangan pengecualian bayaran balik ke atas jumlah pinjaman yang layak diberikan.
  • Peminjam dikehendaki membuat penyelesaian penuh ke atas baki hutang pinjaman sekiranya tidak mahu membuat bayaran balik secara ansuran bulanan melalui Penjadualan Semula pinjaman.


9. Bagaimanakah untuk saya mengetahui status permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan saya?
  • PTPTN akan memaklumkan status dan keputusan permohonan kepada pelajar melalui surat atau peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

Sumber : PTPTN

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. moga semua peminjam jelas dengan syarat pengecualian ni. dan nak lagi pasti, call PTPTN sendiri.

    ReplyDelete
  2. Elok juga kan, sekurang kurangnya ada pengecualian.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post