5 Disember 2018

Review Novel FIXI : Salafi by Shaz Johar



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tajuk : Salafi
Penulis : Shaz Johar
Keluaran : Mac 2018

Sinopsis :

Sewaktu aku memulas tombol pintu untuk keluar, suara Abang terdengar lagi.

“Abang sanggup bunuh kau kalau kau conteng arang dalam keluarga kita. Simpan kata-kata aku ni dalam otak tu elok-elok.” 

Jantung berdegup kencang. Separuh otakku berkata yang aku tak perlu khuatir kerana Abang takkan sanggup membunuh adiknya sendiri. Dia tidaklah sebodoh atau sekejam itu. Tapi separuh lagi meminta aku terus berfikir dan berwaspada. Melihat karekter Abang, tak mustahil dia mampu lakukan semua itu. 


via GIPHY

Review :

Salah satu novel yang membuatkan aku banyak berfikir dan sememangnya ianya berlaku dalam masyarakat. Antara orang terdekat di  sekeliling aku ada mengalami kejadian yang sama tetapi tidaklah sampai berlakunya kematian. 

Sebuah cerita yang menarik. Aku sangat suka cara penceritaan dalam novel ini dimana ianya berbentuk flashback dan diceritakan oleh si mati.

Walaubagaimanapun aku sangat sedih bila mana dapat tahu ada manusia yang sebegini rupa wujud di dalam kalangan kita.

Tahniah kepada penulis! 

Sekian

3 ulasan:

  1. Simple sangat reviewnya.
    Tapi so far buku2 keluaran FIXI tak pernah mengecewakan.
    Keep on reading. :)

    BalasPadam
  2. FIXI nye novel tak pernah menghampakan

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.