Russell Taylors Belgian Waffle Maker with Temperature Control (Stainless Steel) WM-25 - Aerill Hassan™

Monday, December 24, 2018

Russell Taylors Belgian Waffle Maker with Temperature Control (Stainless Steel) WM-25



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Beberapa minggu sebelum ini, aku ada membeli satu barang di Lazada. Apakah barangnya? Ianya adalah Russell Taylors Belgian Waffle Maker with Temperature Control (Stainless Steel) WM-25

Aku pernah cerita yang aku pernah menang satu pertandingan blog oleh Lazada. Alhamdulillah, ini adalah antara barang yang berjaya di beli. Untuk pengetahuan anda semua, produk ini adalah hasil daripada permintaan adik aku yang bongsu.


Alhamdulillah, setakat ini semuanya berfungsi dengan baik sekali. Senang juga nak membuat wafle. Untuk resepinya aku ada terjumpa satu resepi di facebook, dan alhamdulillah rasanya sangat sedap.


Cara penggunaan yang mudah membuatkan aku gembira sebab tak perlu membeli wafle di pasaraya! Hanya buat sendiri di rumah, lebih senang dan juga dapat meletakkan seberapa banyak inti yang anda mahukan.



Di atas aku ada tulis bahawa ianya adalah permintaan adik bongsu, memandangkan ketika aku mendapat baucer Lazada tarikhnya begitu hampir dengan ulang tahun kelahirannya, jadi ini adalah hadiah bagi ulang tahun hari lahirnya. Alhamdulillah. Tak perlu nak fikir lebih tentang hadiahnya apabila beliau sendiri memberikan permintaan.

Sekian.

1 comment:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.