Info Kesihatan : Tips Cegah Muka Berjerawat



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Jerawat akan muncul apabila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda perlu mengetahui mengapa dan bagaimana jerawat boleh muncul di ruang muka anda.

1. Terlalu kerap membersihkan muka

Terlalu kerap membersihkan muka akan menjadikan kulit semakin berminyak atau berjerawat. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencuci muka dua kali sudah mencukupi iaitu pada waktu padi dan sebelum tidur.

2. Memicit Jerawat.

Tabiat atau kelakuan memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan parut. Jadi, elakkan memicit jerawat dengan kuku, lebih elok gunakan losyen jerawat untuk kecutkan jerawat itu.

3. Amalan pengambilan makanan berminyak

Makanan yang berminyak boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak.Pengambilan makanan berminyak secara tidak terkawal akan menyebabkan kulit anda semakin berminyak. Jadi, amalkan makanan diet yang sihat dan seimbang.


4. Elak treatment untuk jerawat

Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat adalah satu tindakan yang bagus. Tetapi janganlah sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat anda sudah sembuh. Untuk mengelakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doktor atau amalkan supplement untuk mendapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak. 

5. Penggunaan pencerah kulit

Terdapat set pencerahan kulit yang tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Bahan dan kandungannya menyebabkan jerawat tidak sembuh, muka semakin bermasalah dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Gunakan set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum cerahkan kulit, atasi terlebih dahulu masalah kulit itu.


Oleh itu, elakkan menggunakan cara-cara yang tidak dibenarkan di atas bagi mengelakkan munculnya jerawat di wajah anda. 

Sumber : Infokesihatan

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. kalau muka ada masalah guna basic skincare dulu , lepas tu kena ubah cara kita makan sehari-hari ,

    ReplyDelete
  2. masa remaja dulu memang jaga muka..
    skrg ni biar je la...sbb dah ada bini.. hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post