Nokia 3.1 Plus Akan Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM699 Pada 25 Januari



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Oktober tahun lalu Nokia 3.1 Plus telah dilancarkan dan merupakan sebuah peranti kelas permulaan. Bagi peminat peranti Nokia di Malaysia, telefon pintar ini akan akhirnya dilancarkan di Malaysia pada 25 Januari hadapan dengan harga jualan RM699. Ia akan ditawarkan dalam hanya warna biru dengan pelbagai hadiah percuma dalam bentuk kerangka tahan lasak, powerbank dan pelindung skrin.

Nokia 3.1 Plus dielngkapi skrin 6″ HD+ nirtakuk, dijana pemproses MediaTek Helio P22, memori sebesar  3GB RAM, storan sebesar 32 GB, kamera utama 13+5 Megapixel f/2.0+f/2.4, kamera swafoto 8-Megapixel f/2.2 dan bateri sebesar 3500 mAh. Ini menurut Nokia akan memberikan masa penggunaan sehingga dua hari dengan sekali caj tetapi masih menggunakan port mikroUSB. Bagi yang memerlukan storan tambahan, ia menyokong kad mikro SD sehingga 400GB. Sistem operasi Android One 8.0 digunakan bagi memberikan pengalaman Android Asli.

Sumber : Amanz.my | Lowyat.net




1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post