Perbezaan Batu Nisan Lelaki dan Perempuan



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar semua? Baru - baru ini aku ada cerita tentang batu nisan arwah tokwan aku. Aku juga ada ceritakan bahawa aku baru tahu adanya perbezaan antara batu nisan lelaki dan juga perempuan. Kemudian ramai pula yang bertanya apakah perbezaannya, aku pulak lupa nak beritahu dalam entri tersebut. Jadi untuk entri ini aku akan beritahu perbezaan antara batu nisan lelaki dan perempuan.

Lepas ni bolehlah anda lihat di kawasan perkuburan Islam dan anda boleh kenal pasti mana satu pusara lelaki dan mana satu pusara perempuan.

Baca Sini : [ Batu Nisan Arwah Tokwan ]


Apa itu Batu Nisan ?

Batu nisan atau adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Biasanya, batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh kematian. 

Batu nisan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantung kepada kebudayaan dan kefahaman. Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok.

Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang. Kebanyakkan batu nisan bagi perkuburan Islam diperbuat daripada Terrazo, Batu Marmar (Marble) dan Kayu Cengal. Catatan pada batu nisan amat berguna bagi ahli sejarah dan ahli keluarga (salasilah).

Apa Perbezaan Batu Nisan Lelaki dan Perempuan?

[Contoh Batu Nisan Lelaki]


Bagi umat Islam tedapat perbezaan diantara batu nisan seorang lelaki dan perempuan. Bagi nisan lelaki biasanya ia berbentuk bulat ataupun empat segi manakala bagi perempuan berbentuk leper/pipih .

[Contoh Batu Nisan Perempuan]

Jadi sekarang ni anda semua dah tahu apa bezanya antara batu nisan lelaki dan perempuan. Bukanlah suatu yang penting, cuma sekadar pengetahuan kepada anda dan juga diri sendiri. Semoga bermanfaat.

Sekian
Sumber : NisanWorld

9 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post