Review Filem : Friend Zone (2019)



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Bertemu lagi dalam siri review filem dan filem kali ini ialah filem Friend Zone. Baiklah. Pada hari sabtu yang lalu, aku berpeluang untuk menonton satu filem romantik komedi buatan negara jiran iaitu negara Thailand. Sebenarnya, aku bukanlah peminat filem-filem Thailand dan kalau aku nak tengok mungkin hanya membeli DVD atau download sahaja di platform yang ada. Tetapi aku tonton filem ini diwayang hasil ajakkan kawan aku.  Jadi, inilah hasil reviewnya setelah aku menonton filem ini. Tiada sebarang ekspetasi atau jangkaan daripada aku kerana aku tidak tau wujudnya filem ini sebelum di pelawa untuk tonton oleh kawan aku. 

Sedikit fakta tentang filem ini, ditayangkan di Thailand pada 14 Februari 2019 ( Valentine's Day) manakala tarikh tayangan di Malaysia adalah pada 4 April 2019.  Ditulis dan diarahkan oleh Chayanop Bunprakop dan barisan pelakon utamanya adalah Naphat Siangsomboon dan juga Pimchanok Leuvisadpaibul. ( Pelakon utama dalam filem A Little Thing Called Love)

Pelakon Utama


Sinopsis

Plotnya berkisarkan kisah dua orang sahabat baik, lelaki dan perempuan. Palm, iaitu seorang jejaka yang terperangkap dalam "friend zone" bersama rakan baiknya, Gink. Apabila Gink mempunyai masalah bersama teman lelakinya, Ted, pastinya Palm akan datang membantu dan menenangkan Gink. Jadi, kisah seterusnya berkisarkan tentang mereka berterusan sebegitu sehinggalah munculnya rasa cinta.


Babak ketika mereka di tahun 2009.

Review Filem

Untuk review kali ini, aku akan ulas dari segi plot, watak, dan juga muzik.

Plot :

Secara keseluruhannya aku rasa plotnya pada aras sederhana. Bermula pada zaman sekolah, menunjukkan bahawa watak wanita utama sangat tidak suka pada lelaki yang curang sebagaimana bapanya sendiri. Aku suka bagaimana plotnya dikisahkan melalui penceritaan semula oleh watak lelaki utama di majlis perkahwinan rakannya. Imbasan semula apa yang terjadi 10 tahun lalu. Cuma di bahagian pertengahan filem aku agak bosan dan "lost", tetapi dapat jumpa jalan kembali setelah plotnya kembali menjadi menarik.

Babak lawak di mana mereka dikejar monyet.

Unsur "humour" aku rasa semuanya menjadi. Babak dikejar monyet salah satu yang menjadi kesukaan penonton lain apabila dikira dari segi gelak tawa, termasuklah aku sendiri.

Antara yang aku suka juga bila mana ada terselit babak di Malaysia! I'm a proud Malaysian!

Watak :

Dari segi watak, aku rasa semuanya menjadi. Disebabkan aku sudah kenal pelakon wanitanya, jadi aku sangat suka dengan lakonannya. Ditambah dengan kejelitaannya yg memukau. Watak-watak tambahan seperti lelaki2 lain yang juga terperangkap dalam "friend zone" sangat membantu dalam memberi rasa tambah di dalam filem ini.

Mereka yang terperangkap dalam "friend Zone"


Muzik : 

Aku suka dengan lagu yang dihasilkan oleh Ted, iaitu teman lelaki Gink, pelakon wanita. Lagu yang dinyanyikan dalam pelbagai bahasa, termasuklah dalam bahasa Melayu. Muzik latar yang lainnya aku rasa sangat "typical" bagi filem Thailand. 

Babak teman lelaki Gink, Ted Bersama penyanyi.

Secara keseluruhannya aku suka dengan filem ini. Mungkin agak kurang dari segi jalan cerita, tetapi dari segi lain ianya sangat mantap. Aku suka bagaimana cara setiap babak difilemkan. Unsur lawaknya yang menjadi dan tidak dibuat-buat. Tetapi untuk dilihat bersama keluarga mungkin tidak sesuai jika bersama anak kecil atau budak-budak, sebab ada unsur seks yang bersifat sederhana.


Antara babak lawak! Sedih tapi lawak.

Yang belum tonton lagi bolehlah ke pawagam terdekat atau tunggu sahaja DVD nya keluar! :)




Markah : 8.35 /10

Sekian.

Sumber : Ranking Filem

25 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. suka juga tgk cite thailand tapi kalo tgk kt wayang belum pernah lagi..tapi kalo movie dr thailand biasa nya yg seram2 mcm tu..oh tk sesuai utk kanak2 sbb ada 18sx....oh ada babak di malaysia juga..anyway tq for sharing your review

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. jarang sbnarnya nk tgok filem thailand dkt wayang.. hehe welcome :)

      Delete
  2. hahaha tengok trailer kelakar gile..terbahak seorang dalam bilik. memang plan nak tengok cuma tunggu gaji dah masuk dulu minggu ni.. tak sabar nak pi tengok nie

    ReplyDelete
  3. Sy rajin tgk filem thai kat Netflix. Mmg banyak yg best dan kelakar. Faktor utama pun sbb lead dowang mmg best berlakon

    ReplyDelete
  4. tka sempat lagi nak pergi tgk ni..sbb suka jugak cerita thai nih tambah lagi yg seram ngan kelakar. hahahhaha nak tgk la nnt bila berkesempatan

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tengok filem Thai kat wayang .Selalu tengok kt youtube or iflix jer. Tapi jarang lah tengok Tengok tengok cerita jugak .Tapi jakan cerota macam menarik je walaupun ada part bodan kan .Nanti nak tengoklah

    ReplyDelete
  6. Terus google
    cerita ni lepas baca review ni. Memang nampak macam best je plot cerita. Suke tengok yang romantik2 sweet ni. hehehe

    ReplyDelete
  7. Kita kalau tonton filem Thailand suka yang cite seram hantu mereka memang menakutkan hehehehe cite romantik ni ok juga tapi dan macam filem Korea lak sekali tengok hehehehe...

    ReplyDelete
  8. Rawlins tak menyempat lagi nak pergi menonton Friend Zone nie - ada kawan bagitau best sangat katanya. Nie yang buat macam nak menonton sangat nie.

    ReplyDelete
  9. Macam best je cerita ni. Tapi memang tak dapat disangkal, movie Thai memang kebanyakannnya best. Btw sebut pasal friendzone ni, emi sendiri pun pernah kena friendzone.

    ReplyDelete
  10. Ada tgk iklan pasal filem ni masa menonton wayang baru-baru ni..tgk mcm seronok tapi maybe yg suka cerita cinta2 dan suka tgk hero hensem mungkin diaorg akan suka cerita ni

    ReplyDelete
  11. Wahhhh nampak mcm sebuah filem yg menarik untuk tonton. Nanti nk carilah dekat google. Cerita2 thailand byk bagi mcg yg padu dan bermakna kata org. Mesti filem nie juga ad mcg yg padu utk disampaikan kpd penonton

    ReplyDelete
  12. Belum pernah tonton. 1st time baca review yang buat kita rasa nak pi tengok. Cukup terperinci fakta yang penting. Good laa...
    Nanti nak suh Husband carikan citer ni dan tonton bersama family. Suka citer yang ada lawak fun gini

    ReplyDelete
  13. wahhhhhhh 8.35 ! Ni yang buat onie rasa nak pergi tengok sendiri ni kan. Mesti best gila cerita dia. Actually lama jugak ni tak tengok wayang. Bila baca review nih rasa meronta nak p tngok wayang lak. Okay, nanti kita tgk cerita ni.

    ReplyDelete
  14. Ada tengok nama movie ni tapi xtau filem dr mana. Now dah tau Dr Thailand .Rasa mcm best je jalan cerita dia

    ReplyDelete
  15. Dah lama tak tengok wayang thailand. Biasanya hanya tengok wayang hantu cerita thai sahaje. Ini nampak macam best lar.

    ReplyDelete
  16. Kak suka tgk drama/filem dari Thailand, mmg seronok tgk film dari Thailand yg byk kisah tentang cinta dan family.

    ReplyDelete
  17. Citer Thailand rupanya.. tengok pada gambar ingatkan citer Korea.. hehehe.. jalan cerita dia pun Not Bad.. TB ada juga tengok filem Thailand ni.. kadang kalau kelakar memang kelakar betul.. hahaha

    ReplyDelete
  18. kategori romantik ringan nih tapi best sebab ada unsur lucu ...dulu masa belum khawin suka tengok citer camni sebab boleh berangan , sekarang tak boleh sebab dah ada anak besar2..malu tengok dengan diorang kalau ada adegan bercium...

    ReplyDelete
  19. This movie macam santai and reminds me of my uni days. I enjoy watching Thai movie also.

    ReplyDelete
  20. cerita thai jaranglah mengecewakan sebenarnya

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post