Review Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal (2019)



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hi, semua! Kita kembali lagi dalam sesi review filem! Baiklah rasanya sekarang merupakan masa yang sesuai untuk aku review filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal. Sebenarnya dah lebih seminggu aku tonton filem ini tetapi untuk mengelakkan daripada spoiler untuk rakan-rakan yang belum tonton lagi.

Filem ini diarahkan oleh tiga orang pengarah iaitu Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin dan juga Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim. Diterbitkan oleh syarikat Les' Copaque Production dan juga menelan belanja sebanyak RM20 juta untuk menghasilkan filem ini. Mula ditayangkan pada 21 Mac 2019. Filem ini merupakan filem ke tiga yang berdasarkan siri animasi Upin Ipin. Filem pertama adalah Geng: Pengembaraan Bermula (2009) dan filem kedua pula adalah Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016)
Nakhoda Ragam

Sinopsis

Semuanya bermula apabila Upin, Ipin dengan kawan-kawannya: Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei dan Susanti tersandung pada keris mistik di bilik stor Tok Dalang. Keris ini tiba-tiba membuka portal dan membawa mereka terus ke kerajaan Inderaloka. Ketika mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka berjumpa dengan watak-watak dari cerita dongeng Melayu dan Malaysia seperti Mat Jenin dan Belalang. Mereka sekarang perlu bekerjasama memulihkan kerajaan ini kembali ke keadaan sediakala dan melawan dengan Raja Bersiong yang ingin mengambil alih Inderaloka.


Bawang Merah & Bawang Putih


Review Filem :

Sebelum menonton filem ini, aku menjangkakan filem ini hebat dan lain daripada yang lain hanya setelah menonton trailer filem ini yang bagi aku sangat menarik. Mungkin selepas menontonnya tanggapan aku salah? Atau sebaliknya?

Plot :

Mengenai plot atau jalan cerita, aku dapat rasakan jalan cerita filem ini sangat bijak. Bagaimana menggunakan watak-watak kisah dongeng yang pastinya dekat dengan masyarakat. Aku suka bagaimana keris siamang tunggal itu berfungsi apabila lengkapnya suatu kisah. Itu sala satu bahagian yang aku suka. 

Juga aku suka babak di mana tarian dan nyanyian beramai-ramai. Sangat meriah dan menghiburkan. Elemen gambus itu sangat bijak ya!

Walaubagaimanapun, aku masih rasa ada persamaan walaupun bukanlah ditahap peratusan yang tinggi jalan ceritanya untuk filem ini dan juga filem Magika (2010). Kisah bagaimana budak kecil masuk ke dunia lain dan berjumpa dengan ramai watak kisah dongeng. Tetapi macam aku bagitahu, peratusan persamaannya tidaklah banyak. Lagi pula filem Magika itu sudah hampir 10 tahun berlalu.


Belalang
Watak :

Berkenaan watak, aku sangat suka dengan watak-watak kisah dongeng yang diperkenalkan. Setiap watak pastinya mempunyai fungsi tersendiri dan aku tak rasa mana-mana watak diberi sesuatu yang tidak memuaskan hati aku. Semuanya cukup rasa. 

Watak Tanggang antara yang menjadi kegemaran aku, bagaimana ibu rindu dan maafkan anaknya. Selain itu, watak Bawang Putih dan Bawang Merah juga membuatkan aku terkesima. Mungkin boleh ditambah baik pada watak penjahatnya untuk mungkin menunjukkan kejahatan yang lebih sedikit. Tetapi aku faham, cerita ini untuk tontonan kanak-kanak.

Raja Bersiong


Muzik :

TERBAIK! Kenapa aku katakan muziknya terbaik? Kerana semuanya diadun dan dihasilkan dengan baik, bagaikan muzik latar dalam sebuah filem Marvel! Daripada tekaan aku, muziknya adalah daripada live orchestra!

Selain itu, aku juga suka dengan lagu-lagu di dalam filem ini. Nyanyian Fakhrul Razi dan juga Ernie Zakri sangatlah merdu dan aku rasa berjaya!


Grafik :

Dari segi grafik, rasanya tiada apa yang perlu dikomen. Kualitinya setanding dengan filem Disney malah mungkin lebih baik. Tahniah ya untuk pasukan grafik.

Secara kesimpulannya, filem ini merupakan satu lagi naskhah terbaik daripada penggiat filem animasi negara! Tahniah kerana Berjaya menaikkan martabat industry perfileman animasi Malaysia. 15 tahun dahulu pastinya tiada siapa dapat membayangkan Malaysia mampu menghasilkan filem sehebat ini.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini.

Markah : 9.91 / 10


Sumber : Wikipedia

Baca Juga : [ Review Filem : Avengers Infinity War ]

43 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Tak tengok lagi cerita ni. Memang ada hajat nak bawak anak sulung tu pergi tengok wayang. tapi setiap weekend ni busy betul tak dapat nak curi curi masa untuk pergi.

    ReplyDelete
  2. semua review cakap best filem animasi baru upin ipin ni..teringin nak pergi tengok tapi ada anak kecik tak sesuai plk nak bwk pi tgk wyg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. mungkin boleh pgi wayang yg mesra budak kecil? mcm pernah dgr ada wyg mcm tu

      Delete
  3. Memang sangat best..seriously diluar jangkaan i masa sebelum tonton. Sangat puas hati. Harap pecah panggung ya dan semua sokong karya tempatan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah.. luar jangkaan … harap2 pecah rekod sebelum ni :)

      Delete
  4. Xdan p tgk lagi ni. . Dok ingt nk bawak anak buah time cuti sekolah. .Xsempat jugak

    ReplyDelete
  5. Teringin nak bawak harraz pi tengok cinema citer upin ipin ni.. tapi harraz ni macam takleh dok diam je dalam panggung.. hahaha... dha pernah bawak dulu tengok hantu kak limah.. tapi kartun tak pernah lagi.. maybe should try this movie bawak harraz tengok.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pawagam yg mesra budak2... family punya style.. mungkin boleh cuba? :)

      Delete
  6. Ramai juga yg kata cerita Upin Ipin ni best. Tapi sbb kitorang mmg tak pegi wayang dgn anak, so kena tunggu je la ada kat Astro ke baru boleh tengok. Hehe

    ReplyDelete
  7. wahhhh tinggi rate , nampaknya memang berpuas hati sangat yer ...ramai yang sokong filem upin ipin kali ni ....hari tu hantar anak2 jer tengok , so far anak kata memang best....tu kalau diajak repeat tengok pun nak jugak ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk saya mmg berpuas hati. sebab di luar jangkaan. :)

      Delete
  8. Alaaa belum tengok lagi filem ni. Tengok trailer je pun dah tau best. Lagu-lagu ost pun best, kena dengan cerita. Ni bukan budak-budak je suka, dewasa pun sama.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. Banyak review dok baca kata menarik jalan ceritanya. Tapi kita tak sempat nak pergi tengok lagi. Ntah ntah sampai ke sudah tak tengok pun. Teringin gak nak bagi anak anak tengok.

    ReplyDelete
  10. tengok berita movie upin ipin nie dapat income RM25 juta dalam Malaysia sahaja.. tu tak masuk lagi dari indonesia yang confirm lagi meletop. BBL tak sempat lagi nak pergi tengok.. insyallah hujung minggu ni plan nak pergi tengok jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, dh rm25 juta. berapa lah kutipannya nnti.. agak boleh catat rekod tak? hehe selamat menonton ;)

      Delete
  11. Ramai cakap best ceeita nni.. Nad tak tgk lagi. .Husbnd pun buzy kerja.. Tengok trailer pun macam best. Je. Suara yang menyanyi pun sedp. .Haishh memg kenw pergi juga ni

    ReplyDelete
  12. Hebatkan animasi ni, katanya dah kutip2 berjuta2 kalah animasi dr luar negara. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sangat membanggakan. tak sabar nk tgok apa yg akan terjadi lagi 5 tahun :)

      Delete
  13. jika ada masa ke KL abe kie akan tgok la citer ni. meme sedap org2 kata.

    ReplyDelete
  14. Upin Ipin Keris Siamang Tunggal memang best .Sya dh tengok dengan anak anak memang diorang pun enjoy .Filem .upin ipin ni dah setaraf kartun disney .terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. tak sangka animasi Malaysia sangat maju sebegini ;)

      Delete
  15. bagi sy, sy suka movie upin ipin yang ni. Besttt, tak mengantuk pun masa tengok. Sarat dengan pengajaran, nilai2 murni. sesuai utk tontonan segenap lapisan masyarakat.

    ReplyDelete
  16. Akak suka cerita ni. Sebab dia buat akak dan anak teruja. Bahagian anak suka kemunculan upin ipin dan kawan-kawan. Manakala akak teruja kisah rakyat yang di terapkan dalam filem ni. Dengan kemaafan dan Air mata terus Semuanya jadi baik.

    ReplyDelete
  17. eh siri ke tiga rupanya. Lahhh tak perasan ada movie jeng jeng tu. Tapi mmg ni yg patut we sokong we share we sebarkan tentang cerita kisah dongeng melayu kepada orang lain dalam bentuk animasi. Barulah nampak trademark melayu tu kat mana. The creator and team behind upin ipin ni mmg the best lah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... rasanya jeng3 tu agak kurang memberangsangkan… btw diorg mmg the best untuk filem kali ni :)

      Delete
  18. ishhh ramai bg feedback kata best..maka hujung minggu ni nak laa bawa dua beradik tu pi tgk movie ni..akak pulak excited nak tengok..ehehe

    ReplyDelete
  19. Belum berkesempatan nak tengok cite ni. Ramai kata best. Nanti nak paksa anak gi tengok cite ni..suh dia temankan mak dia yg teringin tgok cite upin dn ipin..hehehe

    ReplyDelete
  20. cadangnya nak bawak sofia tengok filem kesukaan dia ni, setiap kali check online semua tiket sudah habis. decide tunggu ditayangkan di astro first je lah.. hehehe

    ReplyDelete
  21. This is one great creation but our local producer and I enjoy watching this so much!!!

    ReplyDelete
  22. Best filem ni. Mmg bertaraf international. Dah tengok tempohari. Memang puas hati sangat2. Brrbaloi nak bawak family dtg tonton ramai2.

    ReplyDelete
  23. Cerita mmg terbaik..Anak2 layan..Grafik dia besttttt....

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post