Review Novel Fixi : Nota : 3 oleh Shaz Johar



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Tajuk : Nota : 3
Penulis : Shaz Johar
Keluaran : April 2017

Sinopsis


"Aku nak bagi story bagus kat kau ni. Memang ada orang yang cuba nak bunuh aku. Aku ada dapat surat. Macam notis. Macam nota. Macam ni ha." - Amri Adnan.

Kali ini Ray disogokkan pula dengan beberapa siri nota yang diterima oleh musuh tradisinya untuk dijadikan novel. Setiap satu nota itu mengandungi 117 patah perkataan dan kesemuanya berupa ancaman bunuh. Akibat rasa ingin tahu siapa pengirim dan apa kaitan angka 117 pada nota-nota itu, dia bersetuju untuk mencari jawapannya.

Dalam pencariannya itu, dia menelusuri dua jalur yang berbeza : Antara memaafkan dendam lampaunya, atau terus berperang dengan perasaannya sendiri.

Review :

Kembali lagi ke segmen review novel Fixi.Seperti biasa, novel karya Shaz Johar sememangnya penuh dengan elemen kejutan atau "twisted". Untuk Nota 3, aku suka dengan plotnya yang digarap begitu baik. Mungkin ada antara pembaca yang sepertinya bosan dengan watak Ray. Tetapi bagi aku watak ini dikembangkan dengan baik. Ada juga beberapa bahagian yang aku tak dapat nak terjemah melalui tulisan sebab ianya sangat "mind blow".


Ada beberapa watak baru yang menjadikan penceritaan di dalam siri ke 3 ini lebih bernafas baru. Boleh dikatakan banyak jugak babak yang membuatkan aku ternganga, sebab plotnya begitu tidak dijangka. Good job. Aku suka cerita yang mana aku tak dapat jangka apa yang terjadi. Kadang-kadang ada novel yang kisah dan penceritaannya senang untuk dijangka. Tahniah penulis. In shaa Allah aku akan beli dan baca lagi tulisan-tulisan Shaz Johar.

Sekian.





Catat Ulasan

39 Ulasan

  1. honestly nisa suka buku2 FIXI. ada banyak jugak dalam koleksi. tapiiii siri NOTA memang tak pernah baca lagi! hahaha how come laa nisa ni kan. boleh dah kot grab tiga-tiga terus. thanks for the review !

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke. ada buku apa tu? haha nnti jgn lupa buat review ya! :) welcome

      Padam
  2. Hasil nukilan SHaz Johar tak pernah mengecewakan. Dia pandai twist plot tu supaya perjalanan cerita jadi lebih menarik dan seronok dibaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. shaz johar antara penulis yg saya suka :) karya beliau sangat wow! :)

      Padam
  3. Tak pernah baca Novel yang macam ni. Nak baca sekarang ni pun tak sempat. Rindu pulak. Nak selami jiwa balik bila dapat baca novel ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti cubalah ya sebab novel2 fixi lain daripada novel2 lain. :)

      Padam
  4. tak ingat dah bila last baca novel hahahaa. rare juga bila ada yang review novel ni, bagus sebenarnya tak lapuk dek zaman. teruskan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke..haha sebenarnya banyak jugak yg review novel :)

      Padam
  5. Lama tak membaca novel. Novel ni nampak menarik juga. Boleh la try baca nanti sebab sinopsis dia best juga dan macam nak tau lebih lanjut lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah baca ya! tapi kena baca ketiga2 siri ni :)

      Padam
  6. Dlu2 suka bc novel tp tu pn pinjam kwn punya sbb die suka beli tp lama dh xbaca novel.. Bgsnya rajin bc novel dan ulas.. Teruskan membaca

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha samalah, banyak jugak novel2 yg saya baca bukan kepunyaan sendiri. alhamdulillah, hanya certai2 novel sahaja. itupun kalua ada waktu lapang.

      Padam
  7. Dah lama rasanya tak baca novel.dulu time belajar layan jugak novel fixi ni tapi sekarang dah busy sangat nak baca haha macam best jeeee

    BalasPadam
  8. Tak pernah beli novel fixi ni tapi bila baca review best best pulak .Cerita nota ni pun nampak best je. Nampak gaya kena beli lah tambah koleksi novel yang ada. Jalan cerita menarik rugi kalau tak beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena baca ya buku fixi! kebanyakannya best :)

      Padam
  9. Tak peenh tau pasl novel fixi ni.. Sebab nad sendiri tak berapa baca novel ni.. Ada novel pun kdg terbiar. .Nak hbiskan tu entah bila. .Ahhaha. .

    BalasPadam
  10. Ah dia macam inception dengan plot twist sesangat thriller gitu lah? Kena fokus ni kalau membaca kalau tak perghhh ketinggalan cerita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, ada tiga siri dan tiap2 siri nota ni ada plot twist yang tidak dijangka :)

      Padam
  11. anak sebenarnya suka novel FIXI...kisah misteri penulisan generasi muda hari ini sememangnya tidak menghampakan. masa PBAKL memang antara buku yang dibeli buku oleksi adalah buku FIXI

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, ramai penulis yang karyanya sangat bagus.

      Padam
  12. Rawlins dulu suka baca karya Buku Fixi. Lepas tu terserempak plak Buku Prima - terus berubah dan memborong novel seram dari Buku Prima. Teringin nak buat book review tapi tak berkesempatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. buku prima saya belum lagi sempat nak baca. mungkin lepas ni :)

      Padam
  13. It's been a long time since I've last read a novel thanks for bringing back such memories for me. Reading is a good habit I must bring back.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank you :) I hope you will do book review in future :)

      Padam
  14. Sy nie bab baca novel sangatlah tidak dipraktikkan dalam hidup. Last baca novel bila erk, time form 5 rasanya. Itupon sebab nak spm. Ramai cakap novel2 dari fixi nie best sebab tulisannya yg santai dan relatable dgn kehidupan. Nanti nk cuba cari lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lamanyaa… haha bolehla cuba nanti ya baca buku fixi :)

      Padam
  15. Wah peminat buku Fixi rupanya. Dulu BBL terjebak kejap minat buku fixi tapi adik selalu baca lepas hilangkan. barangkali dia sedekah kat library sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha boleh pulak dia sedekah dkt sekolah :)

      Padam
  16. Iza pernah baca buku keluaran fixi. Tapi lama dah tinggal baca membaca novel ni. Zaman dah kahwin ni nk baca buku pun kena time anak tido. Tapi buku ni nampak menarik. Iza suka buku misteri2 gini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke.. haha nnti cuba lah baca buku fixi yg lain ya :)

      Padam
  17. now you make me curious about this book. i love book and yet start any book in Malay Language... i just bought a few and i think i wanna buy this too... hehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, you should read this book! i'm sure you will love it.

      Padam
  18. Sampai sekarang kita tak pandai nak baca novel. dulu pernah jugak beli, tapi last last simpan je dalam rak buku. hurmmm sedih haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm mana boleh tak pandai? nak kena belajr membaca balik ni… hehe :)

      Padam
  19. Mmbr suka tul novel fixi ni..
    Saya pulak minat novel cintan cintun hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh ye ke… hehe saya pulak suka kedua2nya :)

      Padam
  20. Ohh penggemar Novel fixi rupanya. saya x pernah baca lagi tapi selalu nampak kat kedai buku. 1 day nak kena juga cuba baca novel fixi ni.

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.