Tayar Kereta Pecah Langgar Batu Besar di Lebuhraya PLUS



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Baiklah untuk entri kali ini aku nak cerita tentang satu kejadian yang sememangnya tidak dingini yang berlaku terhadap aku dan keluarga ketika dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Kulim, Kedah.

Hari sabtu, malam ahad, aku dan keluarga pulang ke Kulim, Kedah setelah beberapa hari mereka datang ke Lembah Klang untuk mengambil adik aku yang telah selesai pengajian di UiTM Dengkil. Disebabkan aku juga bercuti, jadi aku turut ikut mereka pulang ke Kulim, Kedah. Kami sekeluarga tinggal di rumah maksu aku di Kajang, Selangor. Selain keluarga aku, makcik aku yang tinggal di kampung juga turut ikut keluarga aku dari Kulim dan datang ke Kajang.

Perjalanan pulang pada mulanya lancar sahaja, melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Bertolak pada jam 11.30 malam. Ayah aku memandu kereta, seperti biasa. Kemudian, pada jam 1.00 pagi, kami sekeluarga singgah di RTC Perak, di Simpang Pulai. Setelah selesai makan dan merehatkan diri sebentar, kami teruskan perjalanan ke Kulim.

Beberapa kilometer daripada RTC Perak, kereta yang dipandu ayah aku terlanggar batu besar yang berada di tengah-tengah lebuhraya. Tayar di bahagian kanan yang melanggar batu tersebut. Kemudian, tayar tu pancit, kemudian dengan berhati-hati ayah aku mengawal kereta ke tepi lebuhraya. Setelah diperiksa, tayar itu terbelah di satu bahagian dan menyebabkannya pancit. Jadi, kenalah tukar dengan tayar simpanan, tapi ada masalah nak tukar sendiri sebab kenderaan lalu lalang sangatlah laju.


Suasana di kawasan tempat kereta di tepi lebuhraya.

APA YANG PERLU ANDA BUAT KETIKA KERETA ANDA ROSAK DI LEBUHRAYA?

Disebabkan ketika itu kenderaan yang lalu lalang sangatlah laju!! Termasuklah bas dan lori ya, semuanya sangat laju, jadi kami keluar daripada kereta dan terus ke sebelah penghadang yang berada di tepi lebuhraya tersebut. Lampu kecemasan dibuka supaya kenderaan lalu lalang dapat lihat.

Seterusnya, kami menelefon PLUSLINE 1800 88 0000, tetapi sebelum itu aku mencari papan tanda kecil yang menunjukkan kilometer berapa anda berada. Setelah membuat panggilan, pihak PLUS akan bertanya beberapa soalan penting termasuklah kilometer anda berada, nombor kenderaan anda, masalah yang berlaku serta berapa jam diambil untuk pihak Peronda Plus datang ke tempat anda.

30 minit! Itulah masa yang diberitahu oleh pihak PLUS yang akan diambil untuk Peronda PLUS datang ke tempat kami.


Alhamdulillah, mereka tiba pada masa yang dijanjikan. Sebelum itu, pihak PLUS ada menghantar mesej berunsur peringatan kepada kami agar tidak melayan mana-mana orang yg kononnya nk datang membantu. Ye lah, sebab ada banyak kes ditipu, disamun dan sebagainya.


Lampu yang sangat cerah!

Kenderaan Peronda PLUS sangatlah cerah lampunya. Kemudian mereka membantu menukar tayar simpanan yang berada di bawah kereta. Mungkin ada yang akan kata, kenapa tak tukar sendiri? Senang je kan? Tetapi sebenarnya sangat bahaya kerana tayar itu disebelah kanan, iaitu dibahagian kenderaan lain lalu lalang. Jadi, bantuan pihak PLUS Peronda sangatlah penting.

Akhirnya selesai juga pada jam 3.30 pagi. Pada mulanya ayah aku membuat anggaran jam 3 pagi sudah sampai di Kulim malangnya ada sesuatu yang berlaku. Kemudian, dengan berbekalkan tayar simpanan yang saiznya kecil, kami teruskan perjalanan ke Kulim, Kedah.



Sememangnya Peronda PLUS sangatlah membantu dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami sampai di Kulim, Kedah pada jam 5.00 pagi dan adik aku yang kecil terpaksa ponteng kelas pada hari ahad kerana mengantuk ya amat.



Keesokkan harinya, kami ke bengkel tayar dan menukar tayar simpanan itu ke tayar sebenar. Saiz sebenar. Alhamdulillah, semuanya selesai juga.



Salah satu pengalaman yang tidak dijangkakan. Batu besar di tengah lebuhraya, di waktu malam, dan tiada tiang lampu. Nasib baik ayah aku bijak mengawal kenderaan dan alhamdulillah ketika itu kelajuan kereta tidaklah melampau-lampau. Dengan muatan di dalam kereta ketika itu sangatlah penuh sebab semua barang-barang adik aku dibawa pulang.

Alhamdulillah, tiadalah kejadian yang lebih teruk berlaku. Terima kasih diucapkan kepada pihak Peronda PLUS kerana membantu. Semoga tiada lagi batu besar di lebuhraya yang mengganggu kenderaan lain selepas ini.

Sekian


Post a Comment

23 Comments

  1. alhamdulilah tiada yang teruk terjadi..mujurlah abahnya bawa perlahan..risau juga kalau terlanggar batu, kereta yang dipandu tidak boleh dikawal..dulu kereta kami pernah berasap..cepat2 stop n berhenti di tepi call polis peronda..mujurlah kena malam..xdelah panas...dalam 5minit dah sampai..mmg terbaiklah plus peronda ni kan

    ReplyDelete
  2. Allahu .Nasib baik tak jadi apa apa kejadian yang tak diingini .Nasib baik abah drive perlahan .Nak nak time malam kan. Alhamdulilah semua dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. tengah malam pulak tu. mmg nasib baik sangat malam tu

      Delete
  3. sy pun pnh tayar pecah smpi sportrim ok sbb g langgar divider hahaha jln gelap xnmpk! seram giler dh la sorg2 huhuhu seb beik smpi hotel ada pkcik tu tlg tukarkn n seb beik ada spare tyr citer dia!! btw SALAM PERKENALAN dari sy Suzai, jemputlahh ke blog sy www.sizzlingsuzai.com hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduii.. lagi seram.. nasib baik semuanya okay :) salam kenal jugak

      Delete
  4. Thanks for the infor. Really need the help from Peronda Plus especially when we are stuck in the highway.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah xda apa2 yg buruk jdi kan... Bgus tindakan pants dari pihak plus

    ReplyDelete
  6. Selalu bila kereta rosak tepi highway, kita dah panik tak tahu nk buat apa. Thanks for the info!

    ReplyDelete
  7. Takutnya kalau jadi macam ni. Nak nak lagi kalau belah malam gelap pulak tu. Kalau sorang sorang lagi naya. Mesti panik tak tau nak buat ape.

    ReplyDelete
  8. Nampak remeh tapi sebenarnya keselamatan diri semasa di jalanraya mmg penting terutama bila terjadi kejadian yg tidak diingini.. Satu info yg berguna utk kaum perempuan yg suka drive malam2 cam AM nie..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah semuanya dah selamat ...nebes jugak baca ...baik ambik langkah keselamatan itu lagi bijak dari kita nak tuunjuk hero...malang tak berbau kan...syabas peronda PLUS

    ReplyDelete
  10. Thank god it wasn't a big issue but it was sure scary, I'm glad the Peronda Plus came quick, I also keep their number on my phone just in case I need them someday.

    ReplyDelete
  11. dugaan betul bila geap2 tayar pecah. agak seram juga...takleh bayangkan kalau kita perempuan kena hadap masalah ni sorang2 huhuhu..tapi cepat juga bantuan datang kan...

    ReplyDelete
  12. Mujur tiada apa yang berlaku..bahaya juga kan..ermmm..nasib ada peronda plus..kalau tak, mesti buntu nak buat apa..kene simpan nombor diaorg ni..

    ReplyDelete
  13. Kan.. Sbnrnya mmg boleh tukar sendiri. Tp sbbkn memikirkan pd waktu mlm dan kenderaan laju..agak sukar nk btulkn sndri..sbb tepi jln pon xdela besar mne.. Kdg2 kenderaan suka main tepi2 juga... Mujur lah pihak plus ada kan..

    ReplyDelete
  14. Alhamulillah tak ada apa yg serius belaku. Ingat lagi masa sis nak ke Johor, tayar kereta pecah jugak, berpusing kereta n langgar penghadang beberapa kali, nasib baik tak ada kemalangan jiwa berlaku. Sebabkan tiba2 ada pulak keta tow dtg lps kita berpusing terus guna dia, lps tu nyesal tak call peronda plus sb org tow charge kita gila babas punya..huhuhu

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah selamt sampai destinasi. Gerun jugak akak membaca , ialah awal pagi gelapa gelita teringat akak sewaktu mandu lewat malam ke Desaru, tetiba lampu keta padam seketika, Subhan Allah .. Allah saja yang tahu perasaan waktu tu mandu berdua ngan anak dara akak.

    ReplyDelete
  16. Saya pernah alami keadaan yg hampir macam ni. Asalnya nak elakkan kereta yg makan jalan lepastu terlanggar batu besar, terus pecah tayar😭😭

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah semua selamat dan berjalan lancar. Itu yang penting. Nasib baik ada peronda plus kan. Mudah pulak tu untuk di hubungi. Thanks for sharing, bermanfaat ni untuk orang lain kat lUar sana yang turut alami kejadian yg sama kelak

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.