Tiada Masa Menulis Blog?



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar semua? Sudah lama rasanya tak menulis. Sebenarnya di dalam kepala macam-macam entri nak ditulis. Macam-macam perkara yang telah terjadi pada minggu lepas. Salah satunya adalah review Avengers: Endgame. Ya, aku dah tonton pada hari pertama tayangan di Malaysia, di awal pagi. Aku nak tulislah review, tapi mungkin dalam seminggu lagi, sebab utamanya adalah pasti akan ada banyak spoiler dalam review aku.

Antara cerita lain adalah pasal apa yang aku tengah buat sekarang sehinggalah raya. Ada juga entri review buku dan sebagainya. Pada awal bulan April aku ada membeli beberapa buah buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019, malangnya satu buku pun tak dapat nak baca lagi.

Semuanya kerana apa?

MASA!

Akhir- akhir ini aku sangatlah tidak ada masa untuk lakukan pelbagai perkara sehinggakan satu hari aku tak tidur sebab kena siapkan kerja. Itu salah aku jugak sebab suka tangguhkan kerja. Tidur lewat? Dah menjadi rutin, dengan penat kerjanya lagi. Lepas tu ada kerja lain pulak nak kena fokus. Sememangnya masa sangat mencemburui aku. Ini pun aku tulis entri ni dalam masa yang sangat cepat. Sebab kena buat perkara lain pulak lepas ni.

Harapannya semoga aku tidak sesat dan meninggalkan blog ini. In shaa Allah aku akan usahakan juga untuk hasilkan satu entri setiap hari. 

Sekian terima kasih.

Post a Comment

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.