18 Jun 2019

Persiapan Raya Aidilfitri 2019



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Untuk entri kali ini aku nak berkongsi tentang persiapan diri aku bersempena dengan raya Aidilfitri 2019. Tahun ini berbeza banyak berbanding dengan tahun-tahun lalu. Apa yang berbeza? Kalau sebelum ini banyak jugak barang yang dibeli dan disediakan untuk meraikan hari raya Aidilfitri tetapi tahun ini sangatlah kurang.

Antara barang yang dahulunya pasti akan dibeli adalah termasuk baju melayu sepasang, baju melayu sahaja, kasut raya, beg sandang raya, sampin, jam raya, seluar jeans/slack, minyak wangi raya dan sebagainya. Banyak kan? Tapi untuk tahun ini aku dapat merasakan bahawa semuanya MEMBAZIR! Mungkin pembelanjaan anda lain daripada aku.

Jadi untuk tahun ini aku membuat satu keputusan untuk tidak membazir lagi. Baju raya aku gunakan baju yanag dibeli semasa majlis perkahwinan kakak aku pada bulan Disember yang lalu. Kasut raya? Tak perlu, aku pakai selipar sahaja. Seluar jeans/slack? Tak perlu. Baru aku perasan bahawasanya banyak benda yang tak penting telah aku beli untuk beberapa tahun sebelum ini semasa raya. Teruknya aku.

Untuk raya Aidilfitri 2019 ini, aku hanya membeli dua benda sahaja iaitu minyak wangi dan pomade untuk rambut. Itu sahaja.


Hitman Dashing Limited Edition Sport EDT


Styling Pomade Gatsby Edgy Quiff

Mungkin aku hanya membeli dua benda ini disebabkan tiada mood raya? Entahlah. Macam mana pun raya tahun ini aku rasakan sederhana dan biasa-biasa sahaja. In shaa Allah tahun depan mungkin akan lebih meriah dan mungkin aku akan kembali menjadi seorang yang sukakan pembaziran? Hahaha.

Bagaimana dengan persediaan raya anda? Oh lupa jugak , persediaan duit raya untuk ibu bapa. Aku jugak ada sediakan duit raya untuk mak dengah ayah aku. Berapa RM? Biarlah rahsia. Untuk budak-budak, aku tak sediakan sebab aku rasa aku masih budak-budak. Mungkin tahun depan aku akan sediakan sebab aku dah ada anak saudara? In shaa Allah.

Sekian sahaja.

Instagram : aerill_hassan

24 ulasan:

  1. mereka yang anak ramai ni kena menabung awal2..tuk buat spend untuk raya..tak kira lah baju/kuih raya/stok bahan nak buat pagi raya..eh byk..so xdelah kurang bajet kan..so dah ada menabung ni x payah nak risau pening kepala..sis dulu igt nak beli beberapa pasang baju..last2 beli selai je..pakai baju yang lama2..mix n match jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah.. saya pun sedang menabung untuk masa depan. apa yang boleh digunakan, guna sahaja. tak perlu membazir :)

      Padam
  2. ermm itulah raya ni selalu buat kita leka dan alpha kan hehehhe, kak lily pun tak delah membazir sangat pun, just beli baju raya sepasang dua itu je. kasut guna je apa yang hado kan. jimat itu pentinggg oooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah.. berjimat cermat membawa berkat :)

      Padam
  3. Samalah kita. Tahun ni sis pun lebih pada bersederhana. Beli yang murah2 je janji baru dan selesa utk raikan Syawal. Yg lain recycle je tahun2 lepas punya. Bukan org perasan pun kan.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya! saya baru sedar sbb tahun ni baru insaf. haha tahun lepas punya banyak brg dibelinya..

      Padam
  4. Bila makin meningkat usia ni rasa macam tak ada mood sangat nak buat preparation raya haha.. Tahun ni sangat sederhana. Beli baju raya sehelai dengan tudung sehelai. Yg lain recycle je dari tahun lepas :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama :) makin naik usia.. makin hilang mood. mungkin sebab masa kecil tak banyak benda nak difikirkan :)

      Padam
  5. Hehe.


    Kalau lelaki, dalam kepala senang ( ambil mudah) + cepat. hehe. Biar murah asal kena dengan badan kita kan bro. SELAMAT HARI RAYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. sbb malas nak fikir dah. yg penting raya haha selamat hari raya jugak :)

      Padam
  6. Oh that's your grooming stuff, it's good to don't go overboard when come to spending. Better save some money for rainy days.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes.this year i want to spend less money for everything ;)

      Padam
  7. Kak Bell pun tak shopping banyak. Beli pun lepas Raya. hahaha. Baju untuk attend event je. Oklah berjimat. Alhamdulillah tahun ni sis tak membazir juga. Bolehlah bernapas sikit dari tahun2 sebelomnya. Btw, selamat hari raya Aeril.

    BalasPadam
  8. Bila ada anak anak memnag kena menabung awal untuk buat persiapan hari raya. Macam saya syawal tahun ni belum habis lagi tapi dah plan nak menyimpan dan beli baju awal sebab senang tak ada nanti kelam kelibut

    BalasPadam
  9. wow! betul2 jimat ni. xul ni belum insaf lagi dalam berbelanja. Shopping raya saja dah 500 lebih, duit raya lagi. Maybe lepas ni boleh ikut cara aerill

    BalasPadam
  10. Persediaan raya bila dah jadi mak, banyak fokus pada anak-anak. Bagus lah peruntukkan duit untuk parent, tapi tak berapa setuju tak bagi duit kat budak-budak, sebab itu lah kegembiraan kanak-kanak di hari raya. dulu masa kanak-kanak tak dapat duit raya ke? takut nnt bila ada anak , org lain pun tak sudi nak bagi duit raya.

    BalasPadam
  11. Ikut plan nak recycle je baju lama tapi masa pack nak balik kampung boleh pulak tertinggal baju raya. Dah tak memasal kena keluar duit beli baju baru itupun nasib baik ada lagi warna yang mak nak tu. Selamat Hari Raya Aeril!

    BalasPadam
  12. Haha bestnya la jadi lelaki. Grooming perfume dan gel rambut aje. Pakaian pun baju melayu dan samping. Cuma pening nsk fikir warna dan rekaan slim fit atau tradisional aje. Hahaha. Kalau orang pompuan. mekap aje dah berapaaaaa. pitamm

    BalasPadam
  13. nak belikan asbenlah set dashing nih , bau dashing sedap dan sangat kelelakian ...tunggu aniversary bulan depan saya nak belikan dia ...idea jugak ni kannn

    BalasPadam
  14. Terbalik pula dgn cx. Tahun ni sakan beraya beli beg kasut segala. Hahah jika sebelum² ni tak beli. Tahun ni beli sbb rasa nak lekatkan berkat rezeki blogging. Hehe Alhamdulillah

    BalasPadam
  15. Kita pun tahun ini sangat sederhana persiapannya. Sekadar memeriahkan dengan barangan untuk anak2 jer. Tak me letak bajet tertentu tapi ikut kemampuan

    BalasPadam
  16. Tahun ni semua persiapan raya awal dan berjimat cermat..hehee..meriah tu ada sebab anak makin mebesar dah seronok dan paham apa tu raya..ehhee

    BalasPadam
  17. it's great to always prepared for hari raya.. selamat hari raya.. hope u had a blast celebrations!

    BalasPadam
  18. Bila dah mkain besar ni ingatkan makin grand kan sebab ada duit. Rupanya makin berkurang persiapan raya ada lah hahah. Dulu kalau shopping bukan main sakan, lama-lama makin berkurang. Apa pun, Selamat Hari Raya Aerill! :D

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.