Review Filem - Black Mirror : Rachel, Jack and Ashley Too



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kembali lagi dalam sesi review! Kali ini aku akan review salah satu episod dalam rangkaian siri Black Mirror. Untuk mereka yang belum tahu, Black Mirror merupakan salah satu siri di Netflix iaitu siri antologi sains fiksyen, berkenaan masyarakat di zaman moden berhadapan dengan masalah akibat salah guna teknologi terkini. Setiap episod dalam siri ini adalah berbeza dimana setiap episod membawa cerita tersendiri. Sehingga kini sudah 5 siri "season" telah ditayangkan dan untuk episod Rachel, Jack and Ashley Too ini merupakan episod terakhir dalam siri ke 5.



Kenapa aku nak review episod ini?

Sebab aku merupakan salah seorang peminat Miley Cyrus. Aku suka dengan lakonan Miley Cyrus dalam Hannah Montana dan juga beberapa filem yang dilakonkan sebelum ini. Jadi, aku tertanya-tanya sama ada lakonannya hebat atau tidak di dalam cerita ini.

Trailer



Sinopsis



Rachel, Jack and Ashley Too mengisahkan tentang kehidupan penyanyi popular Ashley O yang dieksploitasi oleh ibu saudaranya Catherine, yang juga pengurus peribadi. Sebuah robot android Ashley Too yang boleh berfungsi sebagai peneman dan bersuara seperti Ashley O dijual kepada peminat Ashley O. Ashley O yang tidak berpuas hati dengan imejnya serta lagu-lagu yang dinyanyikan. Perbalahan berlaku antara Catherine dan Ashley O yang menyebabkan Ashley O koma. Kemudian Catherine menggunakan minda Ashley O untuk menghasilkan lagu untuk album baru menggunakan teknologi terkini. Pihak media dan peminat masih menganggap bahawa Ashley O koma disebabkan alahan pada makanan.

Ashley O bersama Catherine

Rachel, peminat tegar Ashley O mendapat robot android Ashley Too sempena hari lahirnya yang ke 15 daripada bapanya walaupun kakaknya Jack tidak suka dengan Ashley O dan robot itu. 6 bulan kemudian, Catherine merancang untuk membuat pelancaran untuk Ashley Eternal, iaitu holografik sebagai ganti kepada Ashley O yang koma dan boleh membuat persembahan secara holografik di serata dunia.
Rachel bersama robot android Ashley Too


Setelah robot android itu melihat berita tentang kisah Ashley O koma, robot itu mengalami "glitch" dan kemudian terjatuh. Rachel dan Jack cuba menghidupkan robot itu semula menggunakan teknologi dimiliki ayah mereka. Kemudian, mereka secara tak sengaja telah membuang "limiter" yang berada pada minda robot dan mengakibatkan robot android itu mempunyai keseluruhan minda Ashley O.

Catherine di pelancarang holografik, Ashley Eternal

Robot itu memberitahu segalanya pada Rachel dan Jack tentang kejahatan Catherine dan tentang Ashley O. Kemudian, Rachel, Jack dan robot android itu ke rumah Ashley O untuk menyelamatkan Ashley O yang sedang koma. Mereka berjaya mengalahkan pengawal di rumah Ashley O dan kemudian Ashley O sebenar sedar daripada koma. Setelah itu, mereka terus berkejaran ke tempat di mana Catherine membuat pelancaran Ashley Eternal, iaitu versi holografik. Akhirnya mereka sampai bersama polis ke tempat itu dan Catherine sedar bahawa rancangannya gagal dan media dan semua orang melihat Ashley O sebenar sudah sedar daripada koma. Dipenghujung episod memperlihatkan Ashley O dalam keadaan yang diingini, membuat persembahan bersama Jack dan ditonton oleh Rachel bersama robot android Ashley Too.

Rachel, Jack, Ashley Too dan Ashley O


Pelakon

  • Miley Cyrus as Ashley O / Ashley Too (voice)
  • Angourie Rice as Rachel Goggins
  • Madison Davenport as Jack Goggins
  • Susan Pourfar as Catherine Ortiz
  • Marc Menchaca as Kevin Goggins
  • Jerah Milliagan as Busy G
  • Daniel Stewart Sherman as Bear
  • James Ill as Habanero
  • Nicholas Pauling as Dr. Munk
Review


Plot | Jalan Cerita

Setelah menonton sebanyak dua kali, jalan ceritanya pada awalnya agak perlahan di mana melihatkan kehidupan Rachel dan keluarganya. Kemudian jalan cerita mula menjadi menarik apabila ditunjukkan bagaimana konflik yang terjadi pada Ashley O.

Ada beberapa babak rasanya tidak perlu, tetapi mungkin ditambah untuk memberi pertambahan masa.

Pelakon

Miley Cyrus membuktikan bahawa lakonannya sangat hebat. Babak ketika beliau terseksa di atas katil sangat berkesan. Harapnya selepas ini Miley mungkin boelh lebih banyak berlakon filem atau drama sebegini? Pelakon lain seperti Angourie Rice juga aku rasa sangat baik. Sebelum ini aku pernah melihat lakonan Angourie Rice tetapi hanyalah sedikit sahaja babak beliau iaitu di filem Spider-Man : Homecoming. Susan Pourfar membawa watak Catherine juga aku rasa satu watak yang penting dalam episod ini. Ianya sangat berjaya dan menghasilkan kebencian terhadap wataknya pada setiap penonton episod ini.



Muzik

Ini salah satu perkara yang menjadi viral dan menjadi sebutan oleh peminat Miley Cyrus dan juga media Hollywood apabila lagu nyanyian Ashley O di dalam episod ini menjadi bualan ramai sehinggakan pihak Netflix sendiri menerbitkan muzik video Ashley O dengan lagunya "On A Roll" di youtube mereka.

Muzik video Ashley O - On a Roll di youtube


Untuk pengetahuan anda semua, lagu di dalam episod ini merupakan lagu saduran daripada lagu nyanyian Nine Inch Nails. "Head Like a Hole" menjadi "On a Roll" manakala "Right Where It Belongs" menjadi "Right Where I Belong." Lirik dan lagunya digubah menjadi sesuatu yang baru dan segar untuk episod ini.


Hubung kait \ Teknologi

Miley Cyrus sebagai Hannah Montana
Ada beberapa teori berkenaan episod ini dan juga kerjaya Miley Cyrus sendiri. Kononnya kisah ini serupa dengan apa yang terjadi pada Miley ketika Hannah Montana disiarkan dimana dikatakan Miley tidak suka dengan Hannah Montana yang dilakonkannya. Kononnya Disney mengawal Miley Cyrus ketika itu. Mungkin ada benar dan salahnya disini.

Selain itu, teknologi yang digunakan dalam episod ini iaitu robot android, holografik, serta teknologi menggubah lagu ketika koma adalah sesuatu yang agak baru. Untuk masa sekarang rasanya teknologi dah ada cuma belum cukup sempurna untuk menghasilkan teknologi sebegini. Mana tahu, lagi 10 tahun ada teknologi sebegini?

......................................................


Secara keseluruhannya, untuk Rachel, Jack and Ashley Too aku sarankan untuk anda tonton episod ini untuk melihat bagaimana dunia artis dieskploitasi oleh pengurus dan juga bagaimana teknologi di masa akan datang mungkin dapat menjadikan dunia hiburan berbeza.


Markah : 8.56/10

Sekian





17 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Ahaa qeela pon dh tgk episode ni before ni, mmg best dan yess, as a Miley fan mmg excited jugak nk tgk since dh agak lama dia tak muncul berlakon kan. Black Mirror mmg best2 episode dan mmg tunjukkan advance technologies dlm setiap episodes from season 1. Anyway indeed teori hubungkait tu menarik jugak and seems logical bila difikir2 kan. Papepon, hope ada lagi laa Miley muncul berlakon lepas ni hehe.

    ReplyDelete
  2. Peminat Miley Cyrus? Haha, sy pun suka Hannah Montana.

    ReplyDelete
  3. eh kat Neflix eh. ingat kat panggung wayang tadi. balik kampung tak sempat nak tengok neflix padahal bukan buat apa pun. kena cari masa free tengok cerita ni. tengok trailer pun boleh tahan best amat. thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. Menarik juga series ni.. siap dapat rating 8.56 tu, sure best. Netflix sekarang pun filem dan series yang ada memang umphhh...

    ReplyDelete
  5. Kalau tengok iklan di Netflix mamang banyak drama yang best2. tapi sampai la ni masih belum lagi nak tonton. Tak sangka Miley Cyrus masih lagi berlakon, ingat dia full menyanyi je sekarang. So I believe yg dia pandai berlakon. Cite ni mcm best pulak. Subscribe Netflix la nanti. Ke ada share ID? hehe

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik dna best jugak series ni. Tapu tuhlah saya ada iflix je. Netflix tak ada. Namlak gaya kena langgan nak tengok cerita ni sebab jalan cerita memang menarik. Pernah juga dengar artis sebelah sana seolah "dikawal". Nampak canggih teknologi yang diterapkan dalam series ni.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tengok lagi lakonan Miley Cyrus kita kurang minat sikit tapi tengok yang ni lebih kepada sains dan teknologi hehehehe memang menarik juga best lah nak try pergi tengok...

    ReplyDelete
  8. Wow fans Miley Cyrus jugak! Betul la tu teori aeril yang Miley cuba tonjolkan kisah dia dalam episod ni sebab dekat scene last tu ada dua budak perempuan tak suka dengan Ashley O dah bila Ashley nyanyi lagu rock. Fans HM pun tak suka dengan Miley bila dia cuba serlahkan taste music dia sendiri.

    ReplyDelete
  9. Jalan cerita walaupun sedikit memeningkan tapi mesti best sebab ada unsur2 suspen kat situ. Nanti nak try tengokla. Dah lah Miley Cyrus berlakon, mesti best.

    ReplyDelete
  10. baca sinopsis macam best tapi bila la ada masa nak tengok filem ni.. huhu

    ReplyDelete
  11. Sounds like an interesting story Netflix is coming out with better movies and drama no wonder so many people are addicted to it.

    ReplyDelete
  12. Baru je register Netflix. boleh la layan tengok.. dah lama xtgk lakonan Miley Cyrus last sekali Hannah Montana tu itu pun xtgk sepenuhnya.. mcm best je jalan cerita ni..a

    ReplyDelete
  13. Interesting review for black mirror! I'm still thinking to watch but after reading ur review I can be more sure to watch it 😉

    ReplyDelete
  14. I heard from my partner that the story is damn twisted... Not sure if I'd want to. Mindf*ck myself... But I'm sure am damn interested to watch the series

    ReplyDelete
  15. I have yet to watch any Black mirror episodes...after reading this I think I should start watching. HA :D Ouh...didn't know that Miley cyrus was acting in this one. Surely a good one for her fans. :)

    ReplyDelete
  16. Macam best je. Kat netflix ada tak ni? Nak tengok la nanti time cuti, hehe. Kalau tak cuti, memang tak sempatnya nk tengok.

    ReplyDelete
  17. macam best. tapi bila time nak tengok tu, berebut dengan anak. review complete, thanks for sharing.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post