Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Salam Aidilfitri diucapkan buat semua pembaca dan rakan-rakan blogger. Hampir sebulan lamanya tidak menulis dan menerbitkan entri di blog ini. Sebenarnya pada bulan Ramadhan, aku ada buat kerja part time yang menyebabkan masa untuk menulis menjadi terhad. Biasalah, mencari duit leih untuk raya.

Bagaimana dengan raya anda? Mesti meriah kan? Raya aku pada tahun ini adalah raya yang serba dalam sederhana. Tak banyak sangat duit dikeluarkan walaupun berhempas pulas mencarinya. Pertama kalinya sejak bayi aku tidak mempunyai baju raya. Pakai baju melayu sebelum-sebelum ini sahaja.

Tahun ini juga aku beraya tanpa tokwan yang baru sahaja meninggalkan kami sekeluarga beberapa bulan yang lalu. [ Baca Sini ] Juga tahun ini bertambah ahli keluarga baru dalam keluarga aku iaitu abang ipar. Aku belum cerita di blog lagi rasanya tentang perkahwinan kakak aku pada hujung tahun yang lalu. In shaa Allah raya tahun depan akan bertambah lagi ahli keluarga baru. In shaa Allah.

In shaa Allah aku akan teruskan berblogging seperti biasa, setelah mempunyai banyak masa terluang. Banyak benda sebenarnya aku nak kongsikan pada semua. Berjumpa lagi dalam entri yang lain.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Sekian.




9 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post