13 Cara Mudah Penjagaan Kereta


Assalamualaikum dan salam sejahtera

13 Cara Mudah Penjagaan Kereta

13 CARA MUDAH PENJAGAAN KERETA ANDA

Memiliki kenderaan sendiri merupakan impian ramai orang termasuklah penulis sendiri. Apabila sudah mempunyai kenderaan seperti kereta, anda perlulah melakukan sesuatu terutamanya bagi penjagaan kereta baru. Untuk fokus kali ini adalah pada kereta ya. Untuk kereta sebenarnya banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan penjagaan. Sebagai contoh penjagaan tayar kereta, penjagaan bateri, penjagaan enjin kereta dan juga pelbagai lagi.

Oleh itu, disini penulis nak kongsikan dengan anda semua 13 Cara Mudah Penjagaan Kereta.

1. BATERI

13 Cara Mudah Penjagaan Kereta
Terdapat dua jenis bateri iaitu sel kering dan sel basah. Anda boleh mengenalpasti jenis bateri kereta anda dengan melihat pada permukaannya. Jika sel basah, bateri tersebut akan mempunyai tutup tempat untuk mengisi air suling, dan sel kering sebaliknya.

Bagi sel basah anda perlu sering membuat pengisian semula air suling bateri dalam tempoh 2 tahun. Jika bateri sel basah menjadi kering, bateri tersebut akan kehilangan cas selepas hanya 6 bulan.Jangka hayat bateri kereta kebiasaannya 18 bulan hingga 2 tahun namun ada juga bateri yang mampu bertahan lebih lama sehingga 4 tahun tetapi harganya agak berbanding bateri lain.

Jika anda mengalami masalah menghidupkan enjin, mungkin sekali masalah tersebut berpunca daripada bateri yang telah kehilangan cas. Kebiasaannya kuasa bateri akan cepat habis dalam cuaca sejuk atau lembap. Kenderaan mungkin tidak dapat dihidupkan sekiranya anda mengabaikan penjagaan bateri.

2. CECAIR PEMBERSIH CERMIN DEPAN

13 Cara Mudah Penjagaan Kereta
Cecair pembersih adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan air biasa untuk membersihkan cermin depan daripada debu, garam, minyak dan kotoran apabila memandu dalam cuaca buruk.

3. TALI SAWAT (BELT)

13 Cara Mudah Penjagaan Kereta
Terdapat beberapa jenis tali sawat dalam kereta anda yang lebih dikenali sebagai timing belt. Anda perlu memastikan tali sawat tidak haus dan longgar. Tali sawat yang longgar akan mengakibatkan bunyi nyaring pada bahagian enjin. Servis tali sawat anda jika ini berlaku.

4. PENGELAP CERMIN

13 Cara Mudah Penjagaan Kereta
Pengelap cermin juga merupakan salah satu perkara penting dalam penjagaan kereta. Periksa pengelap cermin anda 3 bulan sekali dan pastikan ia berfungsi dengan baik terutama pada waktu hujan lebat.

5. CECAIR TRANSMISI AUTOMATIK (AUTOMATIC TRANSMISSION FLUID | ATF)

13 Cara Mudah Penjagaan Kereta
Cecair ini hanya digunakan pada kereta bertransmisi automatik. Kebiasannya, panduan kereta anda akan mencadangkan cecair ini ditukar selepas 20,000km, namun boleh ditukar selepas 30,000km jika ingin berjimat. Sekiranya penukaran ini diabaikan sehingga melebihi 30,000km, kerosakan kritikal boleh berlaku pada kotak gear, menyebabkan perbelanjaan besar.

6. TAYAR

Pastikan tekanan udara pada tayar anda mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kilang. Tekanan udara yang tidak tepat boleh menyebabkan tayar anda mudah retak dan pecah.  Selain itu, permukaan tayar anda akan haus lebih cepat.

Anda boleh mengukur tahap kehausan tayar anda dengan melihat tanda di bahagian tengah bunga tayar tersebut. Pastikan bunga pada tayar tidak kurang dari takat tanda. Jika lebih daripada tanda tersebut bermakna tayar tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan. Anda perlu menukar tayar tersebut dengan segera. Anda perlu memeriksa tayar anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Pastikan angin tayar mencukupi. Tayar yang terlebih atau kurang angin akan mengurangkan kecekapan, kuasa cengkaman dan kestabilan kenderaan ketika bergerak. Tayar ganti juga mesti dalam keadaan baik.

7.  BREK

13 Cara Mudah Penjagaan Kereta
Bahagian brek sememangnya bahagian yang sangat penting dalam penjagaan kereta anda. Anda perlu memeriksa brake disc serta lapisan brake disc setiap 15000 km. Anda perlu memeriksa lebih kerap jika brek anda tiba-tiba mula memekik atau mengeluarkan bunyi atau tarik ke satu sisi.

Jika lapisan pad kelihatan menipis hingga hampir pada backing plate, pad perlu diganti. Kadar kehausan ketebalan pelapik brake pad yang dibenarkan adalah tidak kurang 2 milimeter (mm). Sekiranya ketebalan pelapik brek kurang 2 mm, hujung klip akan bergesel menyentuh brake disc dan bunyi akan kedengaran menandakan paras minimum penggunaan brake pad dan ia harus ditukar dengan segera.

Jika tidak, pelbagai masalah akan timbul apa yang kita panggil secondary defect. Antaranya brake disc akan mengalami kesan calar yang sangat banyak, brake disc akan hangit (terbakar) meninggalkan kesan hitam kebiruan dan ini akan menyebabkan less effectiveness of braking system.

8. BREK ANTI KUNCI

13 Cara Mudah Penjagaan Kereta
Sistem Brek anti kunci (ABS) mengelakkan tayar daripada terkunci apabila membrek secara mengejut. ABS mengepam brek secara automatik sehingga 18 kali sesaaat apabila pemberhentian kecemasan dilakukan. Apabila pemandu menekan pedal brek dengan kuat, sistem ini secara automatik menyelaraskan modul brek, atau memberi tindakan  "mengepam" kepada setiap tayar untuk mengelak tayar terkunci. Ia membolehkan kenderaan diberhentikan dengan baik. 

9. PENAPIS UDARA (AIR FILTER)

Perlu ditukar setiap 20,000km kerana untuk melancar penapisan penyedutan udara luar masuk ke injection. Tetapi anda juga boleh mendapatkan penapis udara yang tidak perlu diservis, sebagai contoh penapis udara berjenama K&N.


10. PENYEJUK RADIATOR (RADIATOR COOLANT)

13 Cara Mudah Penjagaan Kereta
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau. Boleh ditukar setiap 60,000km sekali. Penggunaan coolant berbanding air biasa akan menjadikan enjin lebih lambat panas dan juga tak mudah mendidih. Jika boleh, anda juga boleh mongosongkan tangki radiator semasa menukar coolant (Radiator flush).

11. MINYAK ENJIN

13 Cara Mudah Penjagaan Kereta
Minyak enjin memastikan pemanduan kereta anda senyap dan perjalanan jauh tidak mejadi masalah. Minyak engin perlu ditukar mengikut tempoh masa pengunaan atau jumlah jarak perjalanan. Minyak enjin jenis semi-sintetik boleh digunakan sehingga 5,000 km atau 3 bulan manakala minyak sintetik penuh boleh digunakan sehingga 10,000 km atau 6 bulan. Jangan biarkan minyak tersebut di dalam enjin kereta melebihi had yang ditetapkan kerana ini boleh meninggalkan keladak yang akan melekat dan menebal pada bahagian dalam enjin. Ini boleh menyebabkan pelbagai masalah lain dan kerosakan kritikal pada enjin.

Anda juga boleh mengetahui sukatan atau kelikatan minyak enjin melalui penyukat minyak enjin atau lebih dikenali sebagai “dipstick”. Anda juga disyorkan untuk menukar penapis minyak (oil filter) setiap kali anda menukar minyak enjin.

12. MINYAK GEAR (GEAR OIL)

Bagi mereka yang menggunakan transmisi manual, anda tidak memerlukan ATF tetapi sebaliknya memerlukan minyak gear. Minyak ini boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.

13. PALAM PENCUCUH (SPARK PLUG)

Ditukar selepas 20,000 km perjalanan. Jika anda menggunakannya sehingga 30,000 hingga 40,000 km masih tidak menjadi masalah. Tetapi jika melebihi 40,000 km, elektrod di dalam palam pencucuh akan menipis, menyebabkan cucuhan api di dalam silinder enjin tidak lengkap atau lemah. Enjin kereta akan terasa seperti “semput”, kerana kehilangan kuasa daripada salah satu silinder.


Alhamdulillah, 13 Cara Mudah Penjagaan Kereta sudah diterangkan dengan begitu jelas. Harapannya semoga kita semua dapat pengetahuan berguna untuk masa hadapan dan bukan hanya sekadar tahu memandu sahaja.

Sekian

Sumber : FMT | VOIZ.ASIA | Google Image

36 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Tak pakai kereta tu pun still kena ada knowledge pasal kereta ni hehe. especially org yg mcm ain suka jadi co-driver je ni hehe

    ReplyDelete
  2. Wahh lengkap betul ni, Aeril! Memang membantu sangat ni. Tapi masalahnya belum punya kereta. Haha. Surely akan suggest artikel ni dekat member-member atau ahli keluarga just in case diorang memerlukan waktu emergency kan. Lagipun walau tak ada kereta, pengetahuan macam ni memang sangat membantu juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nak beli kereta? bolehlah bwk jalan nnti. haha yg tak ada kereta pun kena tahu jugak pasal benda2 ni :)

      Delete
  3. Terbaiklah! Sebagai perempuan, cx memang tak tahu .hahaha apa yang biasa cx tahu adalah cek air, minyak hitam, isi minyak, air bateri, dengan coolant. Lain² tak pandai. Hahah! Bagus sgt entry ni. Cx save ok!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas info yg bermanfaat ni, boleh lah sis jadikan rujukan. Sis ni tahu bawak je..tapi bab-bab macam ni memang fail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, nak kena ambil tahu jugak, sbb manalah tau kalau ada sebarang kecemasan :)

      Delete
  5. So far alhamdulillah masih alert pasal penjagaan kereta ni. Tkot kereta skit. Kene servis on time. hehehe. A good sharing. hehehe

    ReplyDelete
  6. Tq Aerill, info sangat bermanfaat. Sesuai untuk org mcm Yaya ni..tahu drive je..hihi

    ReplyDelete
  7. Baguslah cara dan tips yang simple untuk pemandu yang tak ambil tahu pasal semua ni macam kita hehehehe kita nak guna juga tips ini best... Ok lepas ni kita lebih berhati-hati dan tahu mana nak tengok kereta kalau tidak melayang dowh ribu nak repair..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3 daripada melayang beribu2, baik berjaga2 terlebih dahulu

      Delete
  8. good article. mek biasa ambil tahu jugak tentang basic basic ni. yelah kot lah breakdown time pergi kerja ke, at least kita tahu jugak apa nak bagitahu kat service advisor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. In shaa Allah sama2 kita belajar dan gunakan ilmu ini

      Delete
  9. Terima kasih di atas perkongsian ini.
    Kadang-kadang ada culas memeriksa keadaan kereta dan komponen berkaitan tetapi akan sentiasa teringat setiap hujung bulan untuk semak.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih share info ni. Liez tahu nak check air je hihihi yang lain suami yang selalu tengokkan.. kena check kereta selalu sbb liez selalu guna untuk bawa anak-anak keluar. Risau pulak kalau jadi apa2 atas jalan nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, sbb tu kena ambil tahu jugak. Supaya senang jika bersendirian nnti.

      Delete
  11. Ruby belum ada kereta sendiri. Suami punya adalah. Hehe.

    Suami Ruby bab² keta ni dia suka buat sendiri. Macam tukar minyak enjin, minyak gear, palam tu. Dia buat kat rumah.

    Yang tips no 8 tu, baru tau.

    Tq Aerill share. Penting sangat seseorang ada ilmu macam ni

    ReplyDelete
  12. Betul tu semua yang share kat post ni memang penting. Kalau salah satu jammed memang haru lah. Kereta memang tak boleh nak hidup. Kalu hidup pun tak boleh jalan jauh.

    ReplyDelete
  13. Tq share tips penjagaan kereta ni bro. Last week baru kena overhaule kereta. Sebab tak jaga air radioAtor , panas habis enjin . Bahaya tu kalau main jalan tak jaga betul2. Hilang habis 6k sekelip mata

    ReplyDelete
  14. thank you for sharing this valuable information about basic things in taking care of our cars. sy nie bab2 kereta memang lemah sikit. tp benda2 basic mcm nie mmg perlu ambil kira dan tahu. kalau tak, habislah jahanam kereta tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, sbb tu saya sendiri kena tingktkan ilmu tentang kereta

      Delete
  15. Wah, banyak juga nak kena jaga. Saya biasa suami yang banyak ambil tahu. Tapi lately ni nak juga tambah ilmu sebab nk beli kereta sendiri. Hehe. Thank you sharing.

    ReplyDelete
  16. Pergh tu dia.. Banyak juga nak kene ambil tau ni... Huhu.. Suami ade cerita juga kadg2 pasl kereta.. Tapi jenuh nak paham. Kemudian lupa... Hehee.. Kereta ni mmg kene jaga dan tengok kan

    ReplyDelete
  17. terima kasih atas semua tips yang dikongsikan memang sangat berguna sebenarnya..biasanya org pompuan mmg x amik port sgt psl keta..tapi lps ni kenalah amik tahu kot

    ReplyDelete
  18. Thanks you for this post! I love this kind of useful tips, is important to take care of our car before any accident.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post