Kisah Seram : Pengawal Keselamatan Diganggu Wanita Misteri



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hanafi seorang pengawal keselamatan Hospital Daerah Mersing. Malam kejadian secara kebetulan sewaktu meronda dikawasan rumah mayat Hanafi bersama seorang lagi rakan nya Morgan menuju bilik mayat dimana bilik ini terletak dibangunan paling hujung. Cuma berberapa langkah lagi mereka akan tiba di bilik berkenaan tiba-tiba Morgan menepuk bahu Hanafi dengan serta merta langkah Hanafi terhenti dan menoleh kearah Morgan. Morgan menunjukan hadapan dengan isyarat mulut kepada Hanafi. Sewaktu memandang kearah hadapan, wajah Hanafi seakan disimbah air panas apabila terpandang kelibat seorang wanita berpakaian wad duduk seorang diri dibangku yang disediakan dihadapan rumah mayat.


Hanafi terkejut dan serta merta langkahnya mati. Hanafi merenung kearah kelibat tersebut. Hanafi memberitahu Morgan itu bukan hantu dan kemungkinan pesakit tersesat. Hanafi dan Morgan menuju kearah wanita tersebut. Namun sewaktu menghampiri bangku dimana wanita tersebut duduk tiba-tiba muncul kepulan asap halus dari arah wanita tersebut. Hanafi mengesat mata nya berkali-kali apabila melihat wanita tersebut tiba-tiba hilang bersama asap yang muncul entah dari mana datangnya.melihat keadaan begitu. Hanafi dan Morgan berlari meninggalkan rumah mayat dan pergi kearah bilik kecemasan Hospital. Sekali lagi mereka dikejutkan apabila sebuah kerusi roda tiba-tiba bergerak kearah mereka dengan sendirinya.


Antara kisah misteri yang pernah ditemui Hanafi sewaktu bertugas di Hospital Mersing adalah menemui kelibat nenek tua dikawasan letak kereta awal pagi. Ketika itu Hanafi pergi kekawasan letak kereta untuk mengunci jam. Namun setelah mengunci jam sewaktu menoleh kebelakang tiba-tiba muncul satu lembaga wanita tua terbongkok-bongkok melimpasi deretan kereta yang parking disitu. Hanafi tak terfikir pun soal hantu.


Apa yang difikirnya kemungkinan ibu tua menemankan anaknya mengambil rawatan di Hospital. Hanafi cuba bertanya kepada Nenek tua tersebut namun apabila nenek tersebut melintasi sebuah kereta pacuan empat roda. Tiba-tiba Nenek tersebut ghaib dan lesap entah kemana. Ketika itu baru lah Hanafi mencari-cari nenek tersebut namun tetap tak kelihatan. Baru lah Hanafi sedar yang dilihatnya tadi sebenarnya bukan orang tetapi makhluk lain.

Sekian.

Sumber : Facebook | Google Image | Giphy.com

Post a Comment

2 Comments

  1. Allahuakhbar, harap tak berdepan dengan situasi seperti Hanafi..

    ReplyDelete
  2. Entahlah, tapi selama 47 hari saya ulang alik jaga isteri kat hospital, tak nampak satu kelibat pun dari pagi sampaila tengah malam. Seeloknya dibaca Ayat suci Al-Quran bila melintasi "tempat tertentu" jangan main redah je.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.