Makan di The Chicken Rice Shop, Metro Point Kajang



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan di The Chicken Rice Shop, Metro Point Kajang

Apa khabar semua? Alhamdulillah. Kali ini aku nak berkongsi tentang pengalaman aku makan di The Chicken Rice Shop, Metro Point Kajang. Terdapat banyak sebenarnya restoran yang boleh anda pilih di Metro Point Kajang ini. Aku dan kawan aku sebenarnya ingin mencari sesuatu yang baru atau jarang dimakan, jadi kami ke restoran ini.

Sebenarnya untuk aku sendiri, agak jarang aku makan di restoran The Chicken Rice Shop. Sebab aku suka makan di kedai mamak, KFC, Mcdonald dan sebagainya. Tapi bila difikirkan balik, harganya adalah lebih kurang sahaja. Jadi setelah kami sampai ke restoran ini, kami terus membuat pesanan. Yang paling aku suka adalah menu 2 Combination Chicken yang aku rasa sangat berpatutan.


Makan di The Chicken Rice Shop, Metro Point Kajang

Apa yang anda akan dapat dengan 2 Combination Chicken ? Anda akan dapat dua jenis ayam yang dimasak secara berlainan pilihan anda sendiri, berserta nasi, sup dan juga cili. Untuk minuman, anda perlu membuat pesanan lain kerana tiada minuman disekalikan dalam set ini.


Makan di The Chicken Rice Shop, Metro Point Kajang

Aku memilih set kombinasi dua jenis iaitu Prime Honey BBQ Chicken dan juga bersama Soy Souce Chicken manakala kawan aku memilih Crispy Roast Chicken  dan juga Prime Honey BBQ Chicken. Sememangnya Prime Honey BBQ Chicken akan menjadi pilihan aku sebab rasanya yang sangat sedap dan manis!  

Baca Juga : Makan di The Cofee Bean & Tea Leaf, Nu Sentral, Kuala Lumpur ]


Makan di The Chicken Rice Shop, Metro Point Kajang

Mungkin ada yang akan bertanya, kenyang ke banyak tu je? Sememangnya untuk aku yang makan banyak ni, sangat kenyang ya. Dengan pilihan ayam yang sedap ditambah dengan nasi yang dimasak dengan baik, sememangnya sangat sedap.

Makan di The Chicken Rice Shop, Metro Point Kajang

Makan di sini aku rasa suatu pengalaman yang sangat bagus, terutamanya bila tak ramai orang, boleh kita relaks dan bertenang. Tapi bila ramai orang, seperti biasa, agak bising dengan anak-anak kecil dan sebagainya. Penyediaan makanan juga aku rasa bagus di mana tidaklah kita perlu menunggu lama dan sebagainya. Oh, lupa pula nak beritahu pasal minuman, untuk minuman aku pilih plain water sahaja kerana aku dah beli Tea Live sebelum ke sini.

Makan di The Chicken Rice Shop, Metro Point Kajang

Bagaimana pula dengan harga? Untuk harganya macam yang aku beritahu sebelum ini, ianya sangat berpatutan. Untuk satu set ianya berharga sekitar RM13.05 tanpa sebarang cukai perkhidmatan. Untuk dua set termasuk satu plain water, harganya adalah RM29.70 sahaja. 

Bagi aku harganya berpatutan kerana pastinya anda kenyang dengan pilihan makanan sebegini. Oleh itu, sekian sahaja review makan di The Chicken Rice Shop. Anda bolehlah ke restoran TCRS yang terdekat  dengan kediaman anda ya.

Sekian.


The Chicken Rice Shop

Website : https://www.thechickenriceshop.com/

Lokasi : Metro Point Kajang



43 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Nice pos aeril. Jemput singgah blog baru ema @ ematunz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. aida & famili peminat tcrs.
    sebab, anak2 kalau ke sini, abis makan.
    ayam nyer, nasi nyer... then, order pai tee plak.
    pes halia nyer tu, sedap kan, aerill. segar.
    anak2 aida x makan hi hi hi hi... diorang perabihkan sos nasi ayam tu jer.
    aida suka steamed chicken.
    anak2 prefer roasted chicken.

    ReplyDelete
  3. Ohh ya la. Metro Point dah buka Chicken Rice Shop. Haritu ke sana baru perasan. Selalunya kalau bella gi Metro Point cari makan, sama ada masuk Subway, Sushi King atau Kenny Rogers je. Skrg dah ada TCRS ni, boleh la tukar selera pulak

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Harga lebih kurang dgn fastfood yang lain je. My fevret of coz ayam bbq chicken rice shop. Sedap. Tiap kali order dapat extra rice, fuhh. Teringin la pulak

    ReplyDelete
  5. chicken rice shop is not bad though... price is very reasonable too.. time to eat it again.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Ruby pernah juga makan chicken rice shop ni. Boleh tahan jugak sedapnya. Hehehe.

    Harga pun tak lah mahal mana. Oklah tu.

    Kita geng! Ruby pun suka lepak kedai mamak. Kiki

    ReplyDelete
  7. Lama jugak tak makan tcrs. Hampir setahun jugak lah. Tapi bila tengok gambar2 aerill ni, buatkan tekak ni membuak buak nak makan tcrs. Boleh laaa akhir bulan ni makan

    ReplyDelete
  8. Melihat pada gambar sudah Naim terliur. Terima kasih sudi berkongsi tempat yang menarik . Insha Allah , boleh Naim pergi selepas ini

    ReplyDelete
  9. Chicken Rice Shop adalah antara restoran tempatan kegemaran kita memang lauk dan juga makanan sini kena dengan selera kita best kalau time buka puasa mesti pergi restoran ni senang nak pilih menu...

    ReplyDelete
  10. sedapnya nasi ayam..dah lama BBL tak makan The Chicken Rice Shop. rasanya ada kupon RM10 dapat dari member.. terliur pulak tengok entri pasal TCRS ni. aum tunggu gaji kita pergi makan sini ye

    ReplyDelete
  11. Suami nora suka makan dekat sini. Nora kalau dtg sinj mesti nak order pie ti dia. Ayam plak sure lah pilih roasted. Anak beranak mmg suka makan dekat TCRS ni.

    ReplyDelete
  12. lame dah jugak tak makan chicken rice shop. macam boleh repeat ni.

    ReplyDelete
  13. lame dah tak makan chicken rice shop. boleh repeat ni.

    ReplyDelete
  14. lama dah tak makan chicken rice shop. boleh repeat ni.

    ReplyDelete
  15. sedapnya. lama tak makan di chicken rice shop. boleh repeat ni.

    ReplyDelete
  16. Lama xmakan dekat TCRS..tp mmg brbaloi la makan kt sini harga berpatutan..nak ajk husband makan sni la nanti..thanks sharing..

    ReplyDelete
  17. Metro point kajang eh??? haha.. rinduuuunya tempat tu... kat situlah tempat sis rajin shopping masa mula2 dok kat kajang dulu.... dah lama x gi sana ni.. kalau pergi boleh la makan kat sini..

    ReplyDelete
  18. Nasi ayam kt sini boleh tahan sedap dia...bonda suka dia punya pie tee tu...kalo pegi makan kt sini...first order mesti pie tee tu....mmg sedap

    ReplyDelete
  19. Chicken rice shop memang fav family Iza. agak-agak tak tau nak makan apa kat luar mesti makan kat chicken rice shop. makan sini memang kenyang walaupun kadang-kadang tengok portion macam sikit.

    ReplyDelete
  20. Sedapnyaa. Akak pun suka tcr ni.. Fav sangat.. Suka yg steam chicken tu... Sedapnya

    ReplyDelete
  21. alamak dah lama x makan nasi ayam crs...suka dengan tawaran pelbagai ayam yang sedap...plg best tentulah roasted...lagi satu pai tie dia pun sedap juga

    ReplyDelete
  22. Kak pernah mkn nsdi ayam ni mmg sedap klu gi shoping kat mall mesti singgah mkn

    ReplyDelete
  23. The Chicken Rice Shop punya makanan makin sedap kan, dan harga pun amat berpatutan. Mouse mommy pun suka makan kat situ jugak. Tea tarik pun best tau!

    ReplyDelete
  24. suka nasi chicken rice shop ni. sedap, lembut dan tak muak hehehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post