Review MAMEE SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan semua? Sudah lama rasanya aku tak review mi segera. Kali terakhir adalah Review Maggi Pedas Giler Perisa Tom Yummz pada tahun lalu. Beberapa minggu kebelakangan ini aku ada terlihat satu mi segera baru keluaran MAMEE. Jadi, review kali ini untuk melihat dan merasa adakah mi segera ini betul-betul pedas atau sekadar omong kosong sahaja? 


via GIPHY

MAMEE SLRP! Mi Segera  Perisa Kari Xtra Pedas


Sebelum itu, di pasaran atau dipasaraya terdapat dua jenis MAMEE SLRP! ya, iaitu Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas dan juga Mi Segera Perisa Kari Berapi. Untuk kali ini aku hanya membeli dan mereview Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas sahaja. Yang satu lagi mungkin di hari lain.



Sebenarnya ada pelbagai jenis bungkusan, ada yang jenis sebegini iaitu dalam pek 5 bungkusan, ada juga yang dalam bungkusan "cup". Tapi aku rasa untuk bungkusan "Cup"rasanya macam tak cukup sebab adik beradik aku ramai, jadi aku beli yang jenis pek 5 bungkusan.


Cara Penyediaan :-
  • Masukkan mi segera ke dalam 400ml air yang mendidih dan masak selama 2-3 minit.
  • Masukkan serbuk perencah dan ramuan tambahan. Gaul sampai rata.
  • Sedia untuk dinikmati!


How to Prepare:-
  • Place instant noodle into 400ml boiling water and cook for 2-3 minutes.
  • Add in seasoning powder and garnishing. Stir well.
  • It is now ready to serve!
REVIEW!



Pertama, ianya sememangnya pedas. Ya, sekali lagi aku beritahu rasanya pedas. Tetapi pedasnya tidaklah melampau seperti Maggi Pedas Giler Perisa Ayam Bakar. Mungkin sebab ianya berlainan jenis. Untuk Maggi Pedas Giler tu, ianya adalah jenis kering, manakala untuk MAMEE SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas ini adalah secara berkuah.



Rasanya adalah seperti mi segera perisa kari, tetapi tahap kepedasannya adalah dalam 3 atau 4 kali daripada yang biasa. Untuk aku sendiri, tahap pedas ini boleh dibincang lagi, tanpa meneguk sebarang air dan sebagainya. Mungkin untuk lebih pedas anda boleh buat kuahnya lebih pekat.

Disebabkan tahap kepedasannya boleh dibincang dan tidak melampau, aku rasa ianya boleh direpeat lagi di masa akan datang. 

MAMEE SLRP! Mi Segera  Perisa Kari Xtra Pedas

Boleh dapatkannya di pasaraya terdekat dan juga dipasaraya online.

Sekian

Sumber : Google Image | MAMEE | GIPHY.COM

49 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. semua benda nak taruk pedas2 ni. tapi nampak mcm best, rasa mcm meggi kari tapi pedas. macam best je kalau nak cuba ni

    ReplyDelete
  2. Tak berani la nak try yang terlebey pedas ni. Kalau travel tak boleh bawak yang ni takut habis mood sakit perut masa travel. hehe. Serius takut nak mencubanya. Pedas yang biasa-biasa ok lagi. Kalau ada perkataan Extra tu tak berani....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sama lah saya ni. Hari tu pun makan kongsi dgn adik beradik. Nasib baik pedas ya tk melampau.

      Delete
  3. Naim pun tak berani nak cuba. risau takut ulang alik ke tandas sahaja. haha. APA2 semoga ia memjadi pilihan yang kaki pedas~ haha

    ReplyDelete
  4. Wah! Maggi baru? Terbaik! Boleh cuba ni. Kalau ramen boleh telan InShaaAllah maggi slurp ni blh makan dengan baik. Hahaha will purchase asap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ramen samyang pun bolej, takkan yg ni tk boleh kn? Haha

      Delete
  5. packaging baru ke? rasanya macam sebelum ni ada dah yang xtra pedas ni. kalau iza memang tak makan la. ritu husband beli maggi apa ntah. tak mampu sis nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti pulak packaging baru ke apa.. tapi mmg pedasnya boleh dibincang

      Delete
  6. uish ade juga ternampak kat kedai pasal megi nie. nak try tapi takut pulak. sebab kita jenis tak tahan pedas. tapi lepas baca review angah mgkin akan try sbb megi pedas giler perisa ayam bakar kita boleh tahan lagi even berair-air lah mata nie. hehehehe. thanks for the review :)

    ReplyDelete
  7. maggi kari tu, pada aida x pedas mana pun.
    adakah kepedasan nyer mcm ramen hitam?
    tu yes pedas, aerill.
    tapi ni berkuah, mcm lebih menarik jer.
    berkenan aida nak mencuba nyer. nanti nak gi beli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kalau takda kuah, mungkin pedasnya lagi lebih. tapi sebab berkuah jadi ianya di tahap masih boleh berbincang

      Delete
  8. Ic.. Baru tau mamee keluarkan meggi kari pedas berapi ni. Boleh try nnt bila stock megi da hbis nnt

    ReplyDelete
  9. Tak pernah try lagi hat maggie mamee ni. Sungguh pedas ye. Kita suka maggie pedas² ni. Nanti nak carilah cuba makan. Heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti cubalah ya. tahap pedasnya masih boleh dibincangkan :)

      Delete
  10. Rakyat Malaysia siapa yang tak suka dengan jenama mamee kan? Dah pasti semuanya akan mengemari mi segera mamee kena pula dengan perisa kari. perghhh kecur air liur dibuatnya :) Mungkin saya jak kot yang tak makan mi segera kat Malaysia ni..haha

    ReplyDelete
  11. Woww ada megi baru ke.. Kenp tak pernh nmpk.. Haha.. Sellau makn megi kari xtra pedas.. Pergh kene try ni.. Nampk sedap pulak.. Hahaha.. Lama tak makan megi ni.. Suka pedas2 ni

    ReplyDelete
  12. Sedap ek? Sy biasa tak berapa suka mammee ni sebab mi dia cam lain sket haha dulu pernah beli yg daebak tu terus banned sbb tak sedap. Tp yg ni rasa cam nak try je

    ReplyDelete
  13. Lama dah rumah ni tak beli stok meggi. Saje je nak hadkan makan meggi. Tapi sekali sekala apa salahnya kan. Ermmmmm tengok aerill review ni macam terliur pulak nak cuba. Lagi lah pedas. Mesti best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala bolehlah. Kalau tiap2 hari mmg cari nahas haha

      Delete
  14. masyaAllah. mek takkan makan ni. takleh kompromi dengan pedas. haha. bagus lah sape boleh buat challenge untuk maggy pedas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ye ke. Takpa2. Untuk yg sukakan pedas bolehlah try.

      Delete
  15. dengar ayat pedas mamee ni boleh berbincang. terus rasa nak cuba.haritu dah cuba maggie pedas black paper, sakit ya amat. Mamee yang ini boleh la cuba lepas ni. tq ya

    ReplyDelete
  16. Baru lagi ke ni? Macam best jek. Marsha memang suka pedas tapi tak tahu lah tahan pedas tak yang ni. Balik nanti nak singgah carilah. Menarik ni.

    ReplyDelete
  17. Ohh ada mamee baru ker ni hehehe tak tahu pun tak pernah nampak pulak pek hitam ni hehehe tapi sayang kita tak suka yang sangat pedas tak tahan perut ni wakakakaka tapi nampak sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ye ke tak tahan pedas... Alaaa..bhaha tkpe nnti cuba yg lain

      Delete
  18. Sis memang tak boleh berkolaborasi dengan spesis pedas giler ni wak. Setakat pedas kari biasa tu okay lagi. Boleh layan. Tapi apa-apa yang ada kena mengena dengan 'pedas giler' memang 'musuh ketat'. Hahaha...

    ReplyDelete
  19. Kalau I memang takkan cubalah, pedas sikit je dah terseksa tapi suami memang gila pedas. Bolehlah beli ni untuk dia bagi dia rasa. Kadang-kadang dia makan pedas pun sebab nak tengok dia tahan pedas atau tak. LOL

    ReplyDelete
  20. 3 hingga 4 kali pedas ? okay nope. tak nak makan. takut cirit birit. hahahaha. cuba ayam mcd yg 3 kali epdas tu pon dah cirit birit sampai penat dan takde tenaga dibuatnya. hahahaha

    ReplyDelete
  21. nampak macam sedap. pekat dan warna dia aummmm! hahaha

    ReplyDelete
  22. kita memang x boleh makan pedas sebab berpantang. so buat masa ni tengok ajelah orang makan dan sahut cabaran makan pedas ni. hehe

    ReplyDelete
  23. Baru rasa kari xtra pedas 2 3 hari ini. Pedas mmg pedas. Tp rasa pedas tak lama kat lidah. Ok lah kn

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post