Beli Kabel Micro USB Murah di Shopee



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beli Kabel Micro USB Murah di Shopee

Apa khabar semua? Baiklah, kali ini aku nak kongsi dengan semua pengalaman aku membeli kabel Micro USB murah di Laman Beli Belah Online No 1 Malaysia, Shopee. Aku sememangnya suka membeli barangan online sekarang ini, kerana ianya memudahkan, hanya perlu bayar melalui applikasi sahaja, masukkan alamat, kemudian tunggu barang sampai dirumah.

Tetapi, banyak juga kes ditipu yang aku dengar kebelakangan ini. Sama ada ditipu dengan produk yang tidak berkualiti, atau ditipu barang tidak sampai dan sebagainya. Takut juga, tapi aku gagahkan diri untuk beli juga barang.

Disebabkan di rumah semua kabel USB yang ada sudah nazak dan menunggu waktu untuk dikebumikan, jadi aku belanja semua orang dengan kabel USB baru yang berharga RM4.00 sahaja. Murah kan? Adakah kualitinya biasa-biasa sahaja atau teruk? Jom aku kongsikan.



Pineng PN303 Quick Fast Charge Micro USB Cable for Android 

Beli Kabel Micro USB Murah di Shopee
Pertama aku pilih disebabkan harganya yang murah.Kalau beli di luar, harganya mungkin dalam RM10 ke RM20 macam tu. Kemudian, aku lihat pula pada berapa banyak yang telah dijual oleh kedai ini. Lebih daripada 50000 kabel Micro USB yang telah terjual.

Beli Kabel Micro USB Murah di Shopee
Gambar kabel Micro USB seperti yang dijanjikan. Gambar ini ada pada halaman kedai mereka ya!

Beli Kabel Micro USB Murah di Shopee

Langkah seterusnya sebelum membeli adalah melihat pada ulasan. Ya, ini adalah yang sangat penting, untuk melihat berapa banyak ulasan 5 bintang dan sebagainya. Aku lagi suka bila adanya ulasan beserta gambar. Kepercayaan terhadap kedai bergantung kepada bahagian ini bagi pendapat aku.

BARANG SAMPAI DI RUMAH

Selang beberapa hari, barang sampai di rumah. Alhamdulillah. Jadi inilah masanya untuk kita lihat sama ada kabel Micro USB ini adakah kualitinya setanding dengan yang diluar atau tidak pada harga yang sangat murah ini?

Lupa nak beritahu, aku beli 5 kabel ya, untuk semua ahli keluarga.

Beli Kabel Micro USB Murah di Shopee
Sebiji macam dalam gambar di Shopee!

Beli Kabel Micro USB Murah di Shopee
Aku beli mengikut pilihan warna yang ahli keluarga pilih.

Beli Kabel Micro USB Murah di Shopee

Aku sangat berpuas hati dengan kualitinya. Boleh lihat ianya kelihatan baru, cantik dan tak kelihatan macam harga RM4.00. Setakat ini berpuas hati. Cuma untuk tahu berapa lama ianya boleh bertahan, aku tak boleh nak buktikan lagi, sebab barang baru sampai.

Kepada yang nak beli kabel Micro USB murah macam ni, bolehlah beli di Shopeee ya. Buka di bahagian carian, dan cari Pineng Malaysia.

Beli Kabel Micro USB Murah di Shopee


Sekian


6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. murah betul ni. boleh beli jual semula ni hehe

    ReplyDelete
  2. Murah ni. Kalau beli kat kedai, rasanya lebih dari tu kan. Beli byk2, pastu jual balik ha ha ha...

    ReplyDelete
  3. Buy micro usb converter online at low prices in India at mywire.com.my. Explore a wide range of micro usb converter from top brands. micro usb converter

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post