Cara Check dan Buang Broken Links Pada Blog Anda


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Mesti ramai blogger atau tuan punya website yang risau jika website mereka mempunyai broken links. Broken links sememangnya menjadi salah satu punca kekurangan trafik pada blog. Jadi, aku nak kongsi dengan lebih lanjut tentang apa itu broken links, punca dan kesan serta bagaimana nak buang broken links.
Semoga bermanfaat.

APA ITU BROKEN LINK?

Broken links are links that don’t work. Some of the reasons why links don’t work include, a website is no longer available, a webpage was moved without a redirect being added and the URL structure of a website was changed. If you click a broken link, you’ll see a 404 page error or similar message explaining the webpage is not available. - RavenTools

PUNCA BROKEN LINK?

An improper URL entered for the link by the website owner. The destination website removed the linked web page (causing what is known as a 404 error). The destination website permanently moved or no longer exists. - Computer Hope

KESAN BROKEN LINK?

User’s experience on your site. 

Jika blog atau website anda dipenuhi dengan broken links, ianya akan menghalang pembaca untuk mendapatkan info yang diinginkan , jadi jangan terkejut sekiranya mereka terus tutup dan membuka website lain pula. Ianya pasti memberi kelebihan pada pesaing anda.

Your reputation and revenue. 

Tidak kisah berapa banyak masa dan juga duit telah anda habiskan dalam menarik pengunjung ke website anda, jika apa yang mereka jumpa adalah broken website, pastinya semua usaha itu sia-sia sahaja. Bagaimana pengunjung nak percaya dengan website anda sekiranya apa yang ada pada blog tidak berfungsi? [Broken Link] Tambahan pula, mungkin halaman tersebut mempunyai keyword yang bernilai tinggi.


Your SEO efforts. 

Pihak Google ada menyatakan bahawa mempunayi satu atau dua broken link pada blog atau website anda tidak mempunyai kesan pada ranking dalam search engine results pages (SERPs), tetapi kesannya melalui cara lain.

> Apabila crawlers masuk ke website anda dan terjumpa dengan broken link, robot ini akan menghabiskan masa dalam menentukan sama ada link tersebut broken atau tidak. Proses ini akan membazirkan masa yang boleh digunakan untuk crawlers tersebut masuk ke halaman lain yang mana tiada broken link. Sekaligus menjadikan peluang untuk halaman yang baik itu berada di ranking yang baik agak terbantut.

> Apabila pengunjung berada di halaman broken link atau broken page, mereka akan meninggalkan page tersebut secepat yang mungkin. Dengan itu, search engine algorithms akan menganggap bahawa website atau blog anda tidak memberikan pengunjung content yang berkualiti atau informasi yang sepadan dengan carian mereka. Sekaligus menyebabkan ranking yang rendah pada halaman anda.

CARA KESAN BROKEN LINKS

1. Broken Link Checker [ https://www.brokenlinkcheck.com/ ]

  • Masukkan url website anda. Kemudian isi Security Code yang betul dibahagian yang perlu diisi. Ada dua pilihan untuk anda mencari broken links. Jika anda boleh menunggu lama, boleh ambil pilihan kedua. Jika mahu carian yang cepat, pilih pilihan pertama.

  • Kemudian, akan dipapar senarai sebegini. Apa yang perlu anda buat adalah cari halaman mana yang mempunyai broken links tersebut.

> src adalah untuk melihat lokasi broken links tersebut melalui codding html
> url pula ada halaman yang mempunyai broken links. Anda akan terus ke halaman tersebut.

CARA MEMBUANG BROKEN LINKS

Seterusnya adalah dengan menukar link yang rosak [broken links] dengan link baru atau terus padamkan link tersebut. Nak diingatkan juga kadangkala komen daripada pengunjung juga adalah broken links.

Anda bolehlah membuat check-up sebulan sekali untuk kenalpasti jika ada broken links lagi pada blog anda.

Sekian

** Jika ada sebarang salahfaham atau salah informasi pada artikel ini, sila kemukakan di ruangan komen.**

Sumber : 123 | Google Image

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. bagus tuto ni... sesekali kena housekeeping juga broken links kat blog kita.... thanks aerill....

    ReplyDelete
  2. Bagusnya info begini, kadangkala lupa juga nak kemaskini blog sendiri. Terima kasih info.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post