Makan di Uncle Chong's Local Delight, Bukit Jalil, Kuala Lumpur



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan di Uncle Chong's Local Delight

Baru-baru ini aku dan kawan aku, Alin telah ke Restoran Uncle Chong's Local Delight yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kami ada mencuba beberapa menu di sini seperti Kari Laksa, Asam Laksa dan juga Ayam Penyet. Untuk mengetahui bagaimana rasa dan rupa menu tersebut, anda boleh baca sehingga habis artikel ini ya.

Restoran Uncle Chong's Local Delight


Makan di Uncle Chong's Local Delight

Uncle Chong's Local Delight merupakan sebuah restoran dengan makanan tempatan yang sangat unik serta menggunakan resepi keluarga turun-temurun. Sudah beroperasi lebih daripada 40 tahun, Uncle Chong's Local Delight mengetengahkan makanan tempatan dan sehingga kini resepinya tidak berubah.  Bermula dengan kopitiam di kawasan Petaling Street, Kuala Lumpur, Uncle Chong's Delight kini mempunyai dua cawangan di Bukit Jalil, iaitu di Endah Promenade dan juga Aked Esplanade Commercial Center.

Selain menawarkan pengalaman makan di restoran, Uncle Chong's Local Delight juga boleh dipesan melalui Foodpanda. Antara menu yang menjadi tarikan dan juga 'main signature' adalah Kari Laksa! Diiktiraf oleh akhbar China sebagai salah satu menu terbaik di dunia pada tahun 2006 dan sehingga kini resepinya tidak berubah.

Selain itu, Uncle Chong's Local Delight juga merupakan sebuah restoran yang 'pork free'. Untuk mereka yang risau tentang ISU HALAL dan sebagainya, pekerja di restoran ini terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Selain itu, 5 tahun sebelum ini, bahagian audit Halal Jakim telah datang dan memeriksa, dan diakui semuanya adalah halal lagi bersih.  Menu di restoran ini pula berasaskan ayam dan makanan laut (seafood) sahaja, dan pembekal bahan ini daripada pembekal yang Halal. Untuk aku, tiada keraguan di sini.

MAKANAN 
Makan di Uncle Chong's Local Delight

Sudah tiba dibahagian paling dinanti-nantikan iaitu berkenaan makanan. Macam yang diceritakan diatas, semua menu di Uncle Chong's Local Delight berunsurkan menu tempatan ya! Ada banyak menu yang best sebenarnya, jadi kami memilih untuk makan menu yang paling popular, Mee Kari, juga Asam Laksa dan Ayam Penyet.

SIGNATURE KARI LAKSA
Makan di Uncle Chong's Local Delight

HARGA : RM 8.90 (S) RM 11.90 (B)

Apa tanggapan anda bila lihat pada gambar? Okay, untuk pendapat aku, setelah merasa dan menghabiskan satu mangkuk mee kari ini, sememangnya rasanya sangat sedap dan berbeza daripada apa yang aku pernah makan sebelum ini. Kalau dilihat dari kuahnya, kelihatan seperti berlemak dan penuh dengan santan, tetapi tidak! Rasa dan kombinasi kari bersama dengan bahan-bahan pes di dalamnya sangat sedap. Tidak terlampau pedas. Untuk mereka yang nak lagi pedas boleh tambah pes. Tapi bagi aku rasanya sudah sedap sebegini. Ayamnya pula sangat lembut, kerangnya juga segar dan sedap.

ASAM LAKSA
Makan di Uncle Chong's Local Delight

HARGA : RM 8.90

Menu seterusnya adalah Asam Laksa. Malu untuk aku bertahu bahawa ini kali pertama aku makan Asam Laksa. Kebiasaannya aku selalu makan Laksa Kedah sahaja. Jadi ini adalah pengalaman pertama aku makan Asam Laksa. Okay, untuk Asam Laksa di Uncle Chong's Local Delight ini, rasanya penuh dengan rasa masam, manis dan juga pedas. Selain itu, ikan yang digunakan iaitu Black Sardine juga sedap. Cuma kena berhati-hati dengan tulang ya. Rasa daripada buah nenas juga sangat kuat. Jadi anda akan bukan dapat rasa masam sahaja, tapi rasa manis dan juga pedas.


AYAM PENYET
Makan di Uncle Chong's Local Delight

HARGA : RM 10.90

Menu terakhir adalah Ayam Penyet. Mungkin ada yang tertanya-tanya dan berfikir kenapa ayam penyet ni ada kuah, nampak macam rendang je? Ni mesti bukan ayam penyet! Ha! Anda salah! Kebanyakan pelanggan lain yang memesan ayam penyet juga selalu beranggapan ayam penyet yang mereka pesan tersalah order!

Sebenarnya inilah rupa ayam penyet di Uncle Chong's Local Delight. Merupakan resepi keluarga dan juga yang telah diolah mengikut citarasa yang lebih unik. Kuah dibahagian atas itu bukanlah rendang tetapi kuah istimewa yang rasanya sangat lain daripada rendang. Ayamnya juga sangat sedap. Tips yang aku nak bagi untuk sesiapa yang akan makan disini, kuahnya lebih sedap dicampurkan dengan sambal yang berada dibahagian tengah itu!

Untuk pilihan nasi, anda boleh memilih sama ada untuk dimakan bersama dengan 'nasi ayam', nasi biasa atau 'nasi lemak'.

SENARAI MENU
Makan di Uncle Chong's Local Delight

Makan di Uncle Chong's Local Delight


SUASANA DI UNCLE CHONG'S LOCAL DELIGHT
Makan di Uncle Chong's Local Delight
Ruangan hadapan Uncle Chong's Local Delight

Makan di Uncle Chong's Local Delight
Di bahagian dalam restoran

Makan di Uncle Chong's Local Delight
Inilah pemilik Uncle Chong's Local Delight, iaitu Mr Vincent, anak kepada Uncle Chong.

LOKASI



Alamat : Commercial Center, Aked Esplanade, No 3-G, Jalan Jalil Perkasa 13, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10 Pagi - 10 Malam, Tutup Pada Hari Ahad



Disclaimer : All the food in this article is sponsored by Uncle Chong's Local Delight

34 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Semalam only I just went at Petaling Street area! Gosh I don't know about Uncle Chong restaurant.

    Murr murr pulak tu. And I know confirm sedap sebab dah lebih 40 tahun as well as dah buka sampai branch baru pulak tu. The Kari Laksa nampak so legit! Wanna try to eat this chinese cooking style pulakkkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba ya nnti :) saya recommendkan untuk try kari laksa :)

      Delete
  2. sekali lalu baca nama kedai, memang x nak singgah sebab dikhuatiri non halal. tp dh ada review ni, ok la kalau nak try kan..

    ReplyDelete
  3. menarik menu dia...


    psst... thanks sudi join segmen Mia.

    blog anda tersenarai di https://www.mialiana.com/2019/09/senarai-url-blog-36.html

    ReplyDelete
  4. waa. name je chinese. satu malaysia kan. heheh. sedap semua nampaknya makanan tu.

    ReplyDelete
  5. saya suka makan ayam penyet. nak cari yang betul-betul sedap kadang susah juga.

    ReplyDelete
  6. LAH DEKAT DENGAN RUMAH KITA TAK TAHU PUN ADA KEDAI NI HEHEHEHE NAK JUGA LAH CUBA MAKAN NAMPAK SEDAP DAN MENYELERAKAN HEHEHEHE NANTI BOLEH BELANJA KITA OK..

    ReplyDelete
  7. weyyyyyyyyyy.. pernah lalu tapi masa tu was was ha.. baik !!! nanti singgah dan makan tanpa was was plak.. hee~

    ReplyDelete
  8. Wow. Portion dia besar tak? Harganya dah nampak sangat berpatutan dah. Nie boleh try la nie sebab dekat dengan rumah Rawlins.

    ReplyDelete
  9. tengok menu-menu kat sini tetiba rasa macam nak pergi sekarang je. terus lapar dibuatnya.

    ReplyDelete
  10. Lebih 40 tahun restoren uncle chong ni, mesti dia punya tahap kesedapan makanan tu tak payah nak diragukan lagi. Betul tak? Mee kari dia tu menggiurkan sgt...

    ReplyDelete
  11. Kari Laksa dia nampak ummphh sangat. Berapa bintang bagi? Kalau cun next time balik KL boleh la nak singgah singgah.

    ReplyDelete
  12. betapa makmurnya malaysia ni. Kedai bangsa cina, tpi dijual halal dan mesra utk pelbagai kaum dan agama boleh makan. good job. Adehh part asam laksa sedapnyaaa. tetiba terliur hahah


    blogwalking sini ya dari https://theathra.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, betul tu. semangat satu malaysia. boleh cuba nnti :)

      Delete
  13. wah menarik semua menu dia..dekat bukit jalil ye..boleh la anti terjah..nampak sedap..unik ayam penyet dia

    ReplyDelete
  14. drooling.. i feels like wanna go eat there now.. feels so hungry.. looks so delicious and yummy leh...

    ReplyDelete
  15. Menarik menu dia. Nanti boleh bawak family makan kat sini

    ReplyDelete
  16. Akak suka masakan cina muslim. Sedap, saiz hidangan banyak, boleh makan seisi keluarga dan harga pun berbaloi-baloi. Cuma Uncle Chong ni jauh. Kalau ke sana insyaAllah boleh cuba. Kena plan baik punya. Hehe.

    ReplyDelete
  17. akak tertarik kat Kari Laksa tu sebab ada kerang...dapnya kerangggg....

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post