Program Nak Ubah Hidup 2019 Bantu 12,000 Usahawan Tingkatkan Tahap Potensi Diri



Assalamualaikum dan salam sejahtera
Program Nak Ubah Hidup 2019

Apa khabar? Aku nak kongsikan dengan anda semua satu program yang aku sertai baru-baru ini. Pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 telah berlangsung Program Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International Sdn Bhd di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Selangor. Aku sempat menyertai satu sesi sahaja iaitu pada 30 Ogos pagi. Untuk pengetahuan anda, program 3 hari ini telah dihadiri oleh seramai lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019

Objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup ini ialah untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Sepanjang 11 tahun menganjurkan program dengan tujuan yang sama, apa yang dilihat ialah semakin ramai orang faham bahawa hanya dengan perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan, malangnya ramai yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul.

Program Nak Ubah Hidup 2019

Akibatnya, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan yang tak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Atas sebab itu, RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang perlu dibantu. Memandangkan Dr Azizan Osman sendiri pernah lalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan, dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta sering gagal dalam perniagaan beliau melihat ini sebagai peluang untuk beliau membantu lebih ramai orang lain.
Program Nak Ubah Hidup 2019

Program Nak Ubah Hidup 2019

Apa yang menariknya, kegagalan beliau dalam bisnes sehingga beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang, dan pada saat itu beliau berjanji, bila beliau berjaya dalam bisnesnya nanti beliau akan membantu seramainya anak bangsa untuk menjadi usahawan berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan ilmu yang beliau dapat dari mentornya di luar negara.

Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu.

Program Nak Ubah Hidup 2019

Program Nak Ubah Hidup 2019

Jika sebelum ini, jumlah penyertaan terbesar di satu-satu program anjuran RichWorks hanya sekitar 10,000 orang kehadiran peserta, tapi kali ini jumlah kehadirannya mencecah lebih dari 12,000 peserta hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan 4 bulan yang lalu.

Ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi yang diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama dalam membantu usahawan tempatan membina bisnes yang berjaya. Ini juga terbukti dengan semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada antaranya telah mampu membina jenama terkenal seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok, dan banyak lagi.

Program Nak Ubah Hidup 2019

Program Nak Ubah Hidup yang disempurnakan penganjurannya dengan sambutan Hari Kemerdekaan di mana kesemua peserta telah bersama-sama mengira detik ambang kemerdekaan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan di mana tidak dapat digambarkan keadaannya yang penuh bersemangat dengan laungan kemerdekaan yang menggegarkan dewan SCCC, Setia Alam.

Keesokannya, seisi dewan telah sama-sama mengaminkan doa awal tahun diiringi sesi bacaan Ratib sebagai satu tanda kesyukuran dan pengharapan bagi sambutan Awal Muharram iaitu Tahun Baru Hijrah.
Program Nak Ubah Hidup 2019

Apa yang lebih menariknya, merdeka dan hijrah adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana ramai peserta yang datang ini hadir dengan matlamat untuk memerdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan.

Lebih manis bila Program Nak Ubah Hidup ini juga dihadiri oleh selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Hafiz Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi. Dan pihak RichWorks juga telah menghantar jemputan khas kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Media sebagai salah satu cara untuk kami bantu mereka mengenal potensi diri dan melihat ruang dan peluang dari sudut lain.

Program Nak Ubah Hidup 2019

Alhamdulillah, Team RichWorks berjaya menganjurkan program yang disifatkan oleh peserta sebagai – program konsert tapi padat dengan ilmu yang diyakini telah memberikan impak dan kesan yang besar kepada semua peserta yang hadir.

Program Nak Ubah Hidup 2019



Belum habis lagi kehangatan di Program Nak Ubah Hidup 2019 sudah ramai yang bertanya ‘bila next Program?’ Jadilah YANG PERTAMA berpeluang mendapat tawaran eksklusif program Nak Ubah Hidup 2020, masukkan maklumat anda dengan melayari pautan dibawah sekarang!
Sekian

Post a Comment

24 Comments

  1. bagus sekali sekala dapat memotivasikan diri dengan program orang2 hebat macam ni.

    ReplyDelete
  2. ramai yang masuk program ni. tentunya untuk majukan diri. semoga kita semua dapat menjadi yang terbaik dalam bidang kita ceburi.

    ReplyDelete
  3. ramainya orang sampai 12k.. semua orang nak berjaya dan hidup senang bersama keluarga kan.. kalau ada peluang attend event macam ni memang bagus.. boleh ambil aura positif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. mmg bagus program ni. boleh naikkan semangat yg pudar

      Delete
  4. Syukur diberikan peluang join event macam ni. Kasi naikkan semangat ramai anak muda di luar sana untuk tingkatkan taraf hidup.

    ReplyDelete
  5. Patutlaj jem Setia City hari tu. Amikkau 12,000 org pi seminar Dr Azizan. Nampak juga ramai pergi. Sampai panjat meja eh. Mantap la semangat motivasi camni. Moga semua usahawan terus bersemangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg semua peserta bersemangat. mmg saya pun turut bersemangat hehe

      Delete
  6. Semangat semua yang join program anjuran DAO ni. Belum pernah lagi join program dia

    ReplyDelete
  7. 12,000 ramainya pergi! Kalau kita, kita tak pergi. Serammm takut sebab ramai orang. Nervous semua ada. Memang kaw kaw lah sekali buat sampai berbelasan ribu datang.

    Masuk kena beli tiket ke macam mana selalunya ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ramai. saya pun sbenarnya tak suka ramai2 ni, tapi bila dtg dengar apa yg diceritakan jadi bersemangat. kalau nak tahu pasal tiket & sebaginya boleh tgok dkt link yg saya berikan.

      Delete
  8. Penuh sepenuhnya dewan tu kan. Baik yg muda mahupun yg tua. Semua bersungguh nk ubah hidup. Bagus join program mcm ni, cuma nak kekalkan momentum semangat lps join program tu yg mencabar sebenarnya...

    ReplyDelete
  9. Bagusnya dpt join event mcm ni. Sure byk perkongsian dn byk tips dapat buat usahawan dn bakal usahawan. Berminat jugak nak join utk sedut ilmu

    ReplyDelete
  10. mmg beruntung siapa pergi event richworks ni..sbb ciktom dah tgk ramai testimoni kekwn yg bt bisnes dptkan ilmu dr seminar dr azizan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. ramai yg buat bisnes dan mereka berjaya melalui program mcm ni :)

      Delete
  11. Teringin nak join seminar ni. Nak kutip ilmu. Mana tahu boleh ubah taraf hidup sekarang ni kan. Sebab kita kena buat perubahan untuk lebih berjaya dimasa hadapan.

    ReplyDelete
  12. yang mana masih tercari-cari hal tuju hidup takder motivasi nak buat apa eloklah pi program camni....suka dengar motivasi sebab kadang kita tak tahu nak buat apa ...biasanya habis program camni semua baru terbuka minda...masa tulah idea2 kreatif baru keluar

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.