Sejarah Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu



Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu

Baru-baru ini aku berpeluang membuat lawatan ke Rumah Warisan Haji Su yang terletak di bandar Kuala Terengganu. Jadi, aku nak kongsikan dengan anda semua tentang sedikit sebanyak sejarah yang ada pada Rumah Warisan Haji Su ini.

RUMAH WARISAN HAJI SU

Haji Su merupakan seorang ahli perniagaan dan pada zamannya adalah kalangan yang ternama di negeri Terengganu. Allahyarham dikatakan mempunyai banyak kapal untuk urusan dagang di rantau ini malah mempunyai kapal penumpang yang menghubungkan Kuala Terengganu dengan Singapura. Pemilik asal rumah ini juga diabadikan sebagai nama penempatan di situ iaitu Losong Haji Su.

Rumah Haji Su merupakan rumah paling besar di penempatan itu yang masih terdapat rumah-rumah tradisional yang melambangkan taraf kehidupan keluarga yang mendudukinya pada masa silam.

Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu


PEMULIHARAAN DAN AMBIL ALIH

Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta untuk tujuan pembelian dan pemuliharaan rumah ini iaitu sebagai usaha mengekalkan monumen atau artifak warisan bangsa agar tidak lenyap begitu sahaja bersama sejarah. Usaha ini juga bertujuan untuk ilmu tentang seni bina Melayu, yang melambangkan intipati kemajuan teknologi, ketinggian nilai seni serta acuan corak budaya. 

Kerja-kerja konservasi Rumah Haji Su bermula pada Jun 2014 dan berakhir pada penghujung Februari 2016. Di atas 3 lot tanah yang meliputi kawasan seluas 0.4 hektar di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu. Terengganu, Malaysia terdirinya Rumah Limas Belanda (1940an) dan Rumah Bujang Berpeleh Berkembar Tiga (1850).

Pihak Kerajaan Negeri Terengganu melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah mengambil alih warisan beharga ini untuk dibaikpulih dan dikekalkan sebagai sumber ilmu yang sangat penting kepada generasi hari ini dan akan datang. Ianya melambangkan kemajuan teknologi tradisional, ketinggian nilai senibina dan budaya Melayu.

SALASILAH KELUARGA HAJI SU

Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu

GAMBAR RUMAH HAJI SU 
SEBELUM DIBAIK PULIH DAN PEMELIHARAAN

Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu
Sumber Gambar : Pensel Patah Tun Teja

Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu
Sumber Gambar : Pensel Patah Tun Teja

GAMBAR RUMAH HAJI SU 
SELEPAS DIBAIK PULIH DAN PEMELIHARAAN

Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu

Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu

GAMBAR SEKITAR KAWASAN 
RUMAH HAJI SU DI BAHAGIAN LUAR DAN DALAM

Bahagian dalam rumah ini sangat luas dan besar, serta suhunya sejuk sahaja walaupun diluar sangat panas terik. Boleh dilihat betapa kayanya Haji Su apabila rumah ini mempunyai pelbagai ruang serta jumlah bilik yang banyak.

Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu



Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu

Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu

Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu

Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu

Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu
Potret Haji Su

Usaha pihak Kerajaan Negeri serta Muzium negeri untuk memulihara dan pelihara Rumah Warisan Haji Su ini merupakan salah satu langkah terbaik dalam mengekalkan lambang kesenian dan senibina melayu.

LOKASI


Sumber : Google Image | Google Maps

Sekian

Artikel ini dihasilkan dari program You'll Love Terengganu.. and forever! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 20 hingga 24 Ogos 2019 anjuran Tourism Terengganu dan Gaya Travel Magazine

35 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. menarik juga untuk dilawati, boleh ubah angin nanti. teruskan post entry pasal tempat menarik di Terengganu mungkin satu hari nanti jadi duta pelancongan mana tahu

    ReplyDelete
  2. hari tu lalu je tapi tak singgah. memang cantik and kesenian terengganu terserlah. insyaAllah boleh singgah next time.

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak jalan-jalan sekitar Terengganu. Dulu family suka ke sana. Haa kalau ke sana lagi bila-bila nanti, boleh la singgah-singgah tengok rumah ni. Nisa suka tengok rumah lama tradisional macam ni.

    ReplyDelete
  4. banyak warisan negara seperti ini. Kene patut dipulih dan diperlihara. nice

    ReplyDelete
  5. Fantastic and interesting. Bagus betul Haji Su nie. Beliau ambil berat sejarah hidup keluarganya. Tak ramai orang buat camtu. Btw, thanx for sharing. You gave me idea on where to visit in Terengganu.

    ReplyDelete
  6. seriusly baru tahu kewujudan rumah ni..dan tak sangka kita ada orang melayu yang berjaya pada zaman dulu...cuma tertanya..apa yang terjadi dekat generasi nya sekarang masih berniaga atau sebaliknya

    ReplyDelete
  7. bagus ada usaha nak jaga warisan rumah lama. rumah kayu ni unik at least generasi akan datang boleh tengok keindahahan seni rumah melayu lama.

    ReplyDelete
  8. This house is authentically traditional and beautiful. Simple and raw. I hope it will be well maintain for years to come for generations to know about this place.

    ReplyDelete
  9. Cantiknya rumah tu bila dah dibaikpulih.. Besar pulak tu.. Besar juga nilai peruntukkan baikpulih rumah tu ya.. Moga terus terpelihara..

    ReplyDelete
  10. MEMANG KLASIK HABISLAH REKAAN RUMAH BAGUS ADA USAHA UNTUK MENJAGA KERANA REKA BENTUKS ANGAT MENARIK DAN SUSAH NAK JUMPA RUMAH MACAM NI BAGUS UNTUK GENERASI AKAN DATANG...

    ReplyDelete
  11. Uiksss bagus2..details abes cte dia. Tapi besar nau umah ni hahah aritu masuk pun lelah nak gi semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. mmg tak sempat hbis masuk bilik dlm rumah tu.. besar gile..

      Delete
  12. Warisan sejarah yang tak akan ditelan dek zaman..kena bawak anak² ke sana ni biar dia tahu Malaysia ni penuh dengan keindahan kemelayuan. Kalau tak bila cerita nganga je tak dpt imagine .. hehehe

    ReplyDelete
  13. kita dok teganu pun tak pernah sampai sini. nanti nak bawa la anak2 tengok warisan terengganu yang unik ni. thanks for sharing

    ReplyDelete
  14. Cantik nyer rumah lama ni. Memang patut dipelihara dan dipulihara.
    Menjadi kenangan generasi muda kelak. Sejarah is so good sebab ia preserve whatever dulu kala, kan.

    ReplyDelete
  15. Besar betul rumah ni kan. bagus betul kerajaan negeri ambil alih , pulih dan pelihara rumah ni. untuk generasi akan datang juga nanti.

    ReplyDelete
  16. Cantik rumah2 lama macam ni. Harus dikekalkan dan dipelihara. Suka tengok rumah2 mcm ni. Harap dapat pergi kesini dan lihat sendiri keunikkn rumah2 lama seperti ini

    ReplyDelete
  17. Salam Saya hazree ...dri johor ...arwah atok Saya Mohammed bin tahir bin Muhammad ...mengikit cerita arwah atok ....moyangnya dulu Dari terenggsnu menaiki kereta rosroy hinggs ke mersing dn terus duduk di mersiing....

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post