Tempat Menarik di Terengganu Wajib Di Kunjungi | Bahagian 3



Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempat Menarik di Terengganu Wajib Di Kunjungi | Bahagian 3

TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU WAJIB DI KUNJUNGI | BAHAGIAN 3
Sedikit fakta menarik tentang Terengganu, ibu negeri Terengganu iaitu bandaraya Kuala Terengganu yang terletak di muka muara tepi Sungai Terengganu. Terengganu berada di bawah kuasa Sultan yang merupakan Kuasa Pemerintah Tertinggi Negeri. Sultan Terengganu sekarang ialah Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Antara kerajaan lama dan kota lama di Terengganu adalah Foloan (Kuala Berang), Perimula (Kuala Terengganu), Kole (Kemaman), Dungun (Dungun), dan Paka (Paka).Pemerintahan. - (Sumber JourneyTerengganu)



1. PULAU KEKABU 

Pulau Kekabu, Terengganu
Pulau Kekabu ini terletak di daerah Marang. Untuk kesini hanya boleh dilalui oleh kenderaan kecil seperti van, kereta dan motorsikal sahaja, kerana jambatan yang ada tidak muat untuk kenderaan besar. Sepanjang perjalanan anda boleh lihat perkampungan nelayan yang sangat cantik.

Tarikan utama pastinya Taman Rekreasi Keluarga di sini yang merupakan tempat riadah untuk seisi keluarga. Sangat sesuai untuk beriadah dan lepak-lepak kerana mempunyai pelbagai kemudahan awam.
Pulau Kekabu, Terengganu

Pulau Kekabu, Terengganu
Terdapat juga kumpulan muzik yang memainkan muzik tradisional melayu. Sangat menarik kerana belum ada di tempat lain. Anda juga boleh menaiki kuda untuk bersiar-siar di kawasan ini.
Pulau Kekabu, Terengganu

Selain itu, anda juga boleh melihat bot-bot nelayan yang bertaburan di kawasan laut yang terbuka. Sangat sesuai untuk mereka yang suka ambil gambar! Sangat cantik.

LOKASI


2. KAMPUNG JAMBU BONGKOK
Kampung Jambu Bongkok, Terengganu.
Satu lagi tempat yang semestinya tidak akan dilepaskan peluang untuk mengambil gambar dan dipamerkan diruang Instagram atau media sosial lain. Lokasi ini terletak di Kampung Jambu Bongkok. Kampung ini sangatlah indah, suasana kampungnya begitu terasa. Yang lebih menarik adalah pantainya yang sangat putih dan bersih.

Kampung Jambu Bongkok, Terengganu.
Mempunyai pondok dan buaian yang diletakkan dikawasan pantai pastinya menarik minat mereka yang sukakan mengambil gambar.

LOKASI

3. TANAH BRIS, HUTAN JAMBU BONGKOK
Tanah Bris @ Bris Sand, Terengganu
Satu lagi lokasi menarik terletak berdekatan dengan Kampung Jambu Bongkok adalah Tanah Bris atau Bris Sand. Untuk pengetahuan semua, tiada sebarang papan tanda diletakkan yang menunjukkan kawasan ini. Walaubagaimanapun Tanah Bris ini sangat cantik!

Tanah Bris @ Bris Sand, Terengganu
Lokasinya persis seperti dalam filem Disney atau filem-filem berunsurkan fantasi. Tak sangka hutan sebegini boleh dijumpai didalam Malaysia.
Tanah Bris @ Bris Sand, Terengganu
Salah satu lokasi yang pastinya akan digemari oleh mereka yang sukakan gambar-gambar keindahan alam semulajadi.
LOKASI

4. NISAN NIRA, MANIS SOKMO ENTERPRISE
Nisan Nira, Manis Sokmo Enterprise
Lokasi seterusnya adalah di Kampung Batangan, Marang. Disini anda boleh melihat bagaimana manisan dihasilkan. Untuk pengetahuan anda , Nisan merupakan singkatan bagi perkataan Manisan. Pelbagai hasil tempatan dapat dilihat disini.
Nisan Nira, Manis Sokmo Enterprise
Ini merupakan kali pertama aku melihat bagaimana gula perang dihasilkan secara banyak dan besar-besaran.
Nisan Nira, Manis Sokmo Enterprise

LOKASI



5. UPTOWN KONTENA, DAPO PATA
Uptown Kontena, Dapo Pata, Terengganu
Lokasi seterusnya sesuai untuk anda makan dan lepak bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Dibina menggunakan kontena, Uptown Kontena ini terletak betul-betul dikawasan pantai.dan dibuka disebelah petang sehingga ke lewat malam.
Uptown Kontena, Dapo Pata, Terengganu
Mempunyai variasi restoran makanan, sememangnya pengunjung dapat memilih sama ada mahu makanan western, makanan tempatan dan juga lain-lain. Yang lagi menarik, hasil seni pada kontena disini sangat cantik. Sangat sesuai untuk anda mengabdikan gambar disini. Salah satu tarikan disini selain makanan adalah hasil seni sebegini.
Uptown Kontena, Dapo Pata, Terengganu

LOKASI

6. WARISAN SARI

Warisan Sari, Tok Jembal, Terengganu
Lokasi terakhir adalah Warisan Sari. Konsep di Warisan Sari ini adalah istana melayu lama. Terletak di Tok Jembal, Kuala Nerus, Warisan Sari merupakan satu usaha memartabatkan seni gamelan melayu. 

Terbahagi kepada lima bahagian, semua nama yang diberi adalah berdasarkan nama-nama lagu popular di dalam seni gamelan seperti Balai Geliung, Lantai Lima, Teratak Nangga, Galeri Antawada dan Wakaf Selanting.
Warisan Sari, Tok Jembal, Terengganu
Pengunjung dapat melihat sendiri koleksi gamelan yang ada yang dipamerkan selain dapat melihat persembahan secara langsung gamelan di sini.
LOKASI

Negeri Terengganu sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan serta produk pelancongan tempatan yang sangat menarik dan lain daripada negeri-negeri lain. Negeri yang penuh dengan budaya melayu serta usaha mengekalkan serta memartabatkan budaya sangat giat dijalankan. Kepada yang belum pernah ke Terengganu, apa lagi tunggu? 


Terengganu ‘negeri cantik, budaya menarik dan orangnya baik-baik’.

Credit to :  Gaya Travel Magazine | Tourism Terengganu | 

#TerengganuNOWand4ever
#BeautifulTerengganu
#TourismTerengganu
# CutiCutiMalaysia #VM2020
#VisitMalaysia2020
#GayaTravel


Sekian.
Artikel ini dihasilkan dari program You'll Love Terengganu.. and forever! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 20 hingga 24 Ogos 2019 anjuran Tourism Terengganu dan Gaya Travel Magazine

Post a Comment

4 Comments

  1. di Terengganu byk tempat menarik tp makanan x sedap plak. Nak shopping pun x byk pilihan. Tp jika di Kelantan sebaliknya. X de pun tempat2 yg indah. Pelancong dtg utk shopping n makan2 je.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.